Sabda Rasulullah SAW, akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan dan tipu daya, kata-kata pendusta dibenarkan (dipercayai) dan didustakan percakapan orang yang benar, diberi amanah kepada pengkhianat dan dikhianati orang-orang yang amanah.
Kemudian akan berkata-katalah golongan al-Ruwaibhidhah. Baginda SAW ditanya: Siapakah golongan al-Ruwaibhidah? Maka baginda SAW menjawab: Orang yang bodoh lagi fasik berbicara (mengurus) berkaitan perkara umum yang besar. (Riwayat Ibn Majah).
Tidak dinafikan, dunia sudah di akhir zaman. Fitnah juga melata malah manusia membuat pilihan membuka aib manusia lain di media sosial tanpa mengira latar belakang. Jika Allah SWT menutup aib billion umatnya, kenapa kita sebagai hamba membuka aib orang lain?.
Ads
Walau di media sosial timbulnya persoalan demi persoalan mengenai pembongkaran kononnya wujud salah laku seksual melibatkan seorang pendakwah terkenal namun kesahihan suatu berita adalah lebih baik kita serahkan kepada pihak berkuasa kerana mereka berautoriti penuh menjalankan siasatan.
Dalam pada itu, pendakwah disayangi ramai, Ustaz Ebit Lew yang terkenal sibuk dengan tugasan dakwah dan kerja kebajikan dilihat tenang menikmati hidupnya bersama isteri kesayangan ketika bercuti ke Langkawi.
Ads
Dalam satu catatan di instagramnya @ebitlew, dilihat dirinya meluangkan masa bercuti bersama isteri dicintainya. Malah kata-katanya amat menusuk ke jiwa, cukuplah kita hidup bukan nak orang suka tapi Allah.
Berikut perkongsiannya khusus buat isteri disayanginya.
Ads
“Bidadariku,baikkan Allah temukan kita. Dialah Allah yang temukan kita. Terima kasih Allah yang tak berhenti beri nikmat dalam hidup kita. Syukur pada Allah. Tak tahu nak ucap bagaimana. Kasih sayang terbesar Allah beri Islam ini. Terima kasih ya Allah. Dialah Rab pemilik segala-galanya. Bahagia dihati bila kita bersyukur. Syukur hadir bila kita kenal tuhan. Kenal Allah.
Hargailah orang kita cintai kerana Allah. Hargai keluarga. Bidadariku, abang akan terus memegang tanganmu sehingga mendapat Redha Allah. Hidup hanya untuk Allah sayang. Redha Allah. Kita tak hidup nak sukakan orang. Hanya untuk sukakan Allah. Maafkan semua orang. Doa keampunan. Doa hidayah dan kebaikan rahmat buat 8 bilion manusia seluruh Alam. Kita tak datang dalam dunia. Kita dihantar oleh Allah sebagai sebaik-baik umat. Sambung kerja Nabi saw. Bawa Islam dan kasih sayang.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
‘Pandai baca Al-Quran, akhlak & akademik pun bagus.’ Cuma khilaf, terpedaya pujuk rayu lelaki hingga mengandung luar nikah. Tersalah langkah cuma sekali, namun kesannya diingati seumur hidup.
Mendidik anak dalam dunia serba moden ini bukanlah sesuatu yang mudah. Kadang-kadang ibu, bapa telah berikan asas pendidikan agama yang sempurna, namun takdir Allah anak tersalah langkah. Ujian ini bukan saja pada sang anak tapi juga kepada ibu, bapa.
Menerima ujian berat sebegini bukanlah mudah. Anak yang ditatang bagai minyak yan penuh hamil anak luar nikah di saat dia masih menyambun belajar.
Masyallah terlalu berat! Jika ibu, bapa yang tak kuat imannya, mahu saja dihalau anak yang bersalah kerana menconteng arang ke muka mak,ayah.
Kisah yang dikongsikan Baitus Solehah ini menjadi inspirasi kepada ibu bapa di luar sana yan berdepan situasi sama. Mereka tak terus menghukum anak, sebaliknya memberi peluang apada anak untuk mengubah diri.
20 tahun umurnya ketika melahirkan anak perempuan. Masih sekolah. Ambil diploma di tahun akhir. Semester akhir. Tiba-tiba mendapati diri mengandung.
Memang sangat sangat terkejut. Imbasan ketika dipujuk rayu 9 bulan dahulu terbayang di ruang mata. Cuma sekali itu saja. Beritahu ibu ayah. Mula-mula ayah panik. Menangis, bingung, tidak tahu apa hendak dilakukan.
Akhlak & Akademik Pun Bagus
Ayah google, cari info. Jumpa nombor telefon saya. Ayah telefon saya, bercerita. Terdengar suara sayu seorang ayah meluahkan masalahnya. Sungguh hiba hati ayah.
Setelah mendengar nasihat dan pandangan saya. Ayah turuti. Habiskan dulu peperiksaan semester akhir supaya dapat diploma. Habis periksa baru daftar masuk Baitus Solehah.
Tak sampai seminggu masuk Baitus Solehah, sakit hendak melahirkan anak. Terus hantar hospital. Dua hari selepas tu discaj, bawa balik Baitus Solehah.
Oleh kerana masih dilanda shock culture, dalam berusaha untuk menerima hakikat mengandung tanpa suami, terpaksa berjauhan dengan ibu ayah, masih berusaha nak suaikan diri dengan aktiviti dan kehidupan di Baitus Solehah, tiba tiba melahirkan anak pula. Satu keadaan lagi diri nak hadap. Semua datang bertubi tubi.
Bila melahirkan anak, sakit melahirkan belum berapa nak hilang, kena menyusukan anak pula. Anak kuat menyusu. Kerap bangun susukan anak.
Hari ke-10, tiba tiba menghilangkan diri dari klinik. Selepas pemeriksaan post natal, cek tahap kuning anak, keluar dari kawasan klinik tanpa pengetahuan sesiapa. Ibu ayah pun tidak tahu.
Saya terus memaklumkan kepada ibu ayah. Sehingga 24 jam jika tidak ada khabar berita, laporan polis orang hilang akan dibuat oleh Baitus Solehah. Jadi ibu ayah berusaha mencari melalui kawan kawan.
Akhir terjumpa di rumah kawan. Ibu ayah bawa menginap di hotel untuk bersembang dan luahan hati ke hati. Pujuk memujuk.
Terpedaya Pujuk Rayu Lelaki
Esoknya, ibu ayah hantar semula ke Baitus Solehah. Walau apa pun, ibu ayah mahu anak jadi kuat. Betul-betul bertaubat, sedar salah silap walaupun terperdaya dengan pujuk rayu kawan lelaki yang dianggap baik.
Ibu ayah mahu anak bina jati diri. Kuatkan iman, mantapkan rohani. Sebenarnya anak ni bukan tak tahu agama, sangat elok bacaan Al Quran, boleh jadi imam solat jemaah, akhlak pun bagus, akademik pun bagus.
Tapi, itulah terpedaya dengan pujuk rayu lelaki yang konon bulan bintang itu dapat dicapai dengan tangan.
Alhamdulillah, selepas dihantar semula, boleh terima kaedaan. Berusaha untuk kuat. Berusaha menjaga anak sendiri dan belajar agama. Duduk di dalam kelas mentelaah kitab dengan guru.
Hingga Mengandung
Apabila keputusan peperiksaan keluar, keputusan bagus. Hari tu masa majlis konvokesyen, saya benarkan pulang sehari. Lepas tu Mohon sambung belajar melalui upu.
Diterima masuk sambung sarjana muda di IPT. Semalam waktu daftar keluar selepas cukup tempoh 6 bulan, akan meneruskan pengajian. Daftar masuk IPT. Memulakan kehidupan baru di kampus.
Sementara tu, anak pun dah 6 bulan, sepenuh menyusu susu ibu ekslusif 6 bulan, sekarang dah boleh makan , boleh titip anak kepada nenek.
Ibu ayah beri sokongan teruskan belajar. Saya pun beri sokongan. Banyak nasihat diberikan. Cabaran kehidupan di kampus. Satu saja, “no couple”, “no dating”. Tutup aib rapat rapat, ingat wajah ibu ayah dan anak. Jauhkan jalan yang menghampiri zina.
Salah langkah sekali bukan bermakna akan tersalah langkah selamanya. Kejayaan terbuka untuk melangkah. Ingat Allah, jauhi jalan jalan menuju kemurkaan Allah. InsyaAllah selamat dunia akhirat.
Opah Cucu Seribu,
Mak Liza
Kashoorga : Keluarga yang hebat, baik anak atau ibu, bapanya.
‘Sentiasa doakan kejayaan anak.’ Bapa ini tak sangka kesemua enam anak memilih perubatan sebagai kerjaya dan mengikut jejak langkah.
Sudah tentu sebagai bapa sentiasa mendoakan kejayaan anak, namun dirinya tidak pernah meminta anak-anaknya memilih bidang perubatan sebagai kerjaya. Takdir Allah, kesemua anaknya memilih untuk bergelar doktor sepertinya.
Bukan sahaja mewarisi kebijaksanaan bapa, malah kesemua enam anak Dr Wan Ahmad Kamal Wan Annuar, 72, meneruskan legasi dengan mengikut jejak langkahnya memilih bidang perubatan sebagai kerjaya.
Lima daripada enam anak Dr Wan Ahmad Kamal yang juga pakar perunding perubatan dan kulit, kini bergelar pakar perunding dalam bidang kepakaran masing-masing.
Kejayaan Anak
Mereka ialah Dr Wan Syazli Rodzaian, 44, iaitu pakar perunding pembedahan plastik dan rekonstruktif, Dr Wan Syameen Afira, 42, (pakar perunding kulit dan estetik), Dr Wan Syahira Ellani, 39, (pakar perunding histopatologi), Dr Wan Syamir Zharif, 37, (pakar perunding buah pinggang), Dr Wan Syazween Lyana, 36, (pakar perunding kulit dan estetik) manakala Dr Wan Suzanna Maria, 29, ialah doktor perubatan dan peguam.
Dr Wan Ahmad Kamal berkata, beliau dan isteri, Julie Yacob, 68, tidak merancang untuk memastikan kesemua anak mereka menjadi doktor.
Malah, mereka hanya menyangka hanya seorang atau dua daripada mereka yang menceburi bidang itu.
Bapa Ini Tak Sangka
Menurutnya, berkemungkinan, pendedahan beliau merawat pesakit di klinik kepada anak-anak sejak kecil, menimbulkan minat mereka dalam bidang berkenaan.
“Di klinik kulit saya, ada ruang khas untuk keluarga dan anak-anak sering datang ke klinik selepas pulang dari sekolah atau pada masa lapang. Malah, mereka suka melihat saya merawat pesakit dan turut membantu memberikan ubat kepada pesakit,” katanya.
Ditanya berkaitan rahsia kejayaan mendidik anak-anak, Dr Wan Ahmad Kamal berkata, sebagai ibu bapa, mereka sangat mengambil berat terhadap pelajaran anak-anak dan sentiasa mendorong menanam keyakinan diri.
Kesemua 6 Anak
“Kami juga sentiasa menggalakkan anak-anak untuk mencapai yang terbaik dalam pelajaran dan kehidupan. Di samping itu, kami memberikan pujian walaupun kebaikan yang mereka dilakukan adalah kecil.
‘Ditambah pula, hubungan kekeluargaan di antara kami sangat rapat dan ini menjadikan anak-anak terbuka untuk berkongsi masalah, sama ada berkaitan pelajaran atau lain-lain,” katanya.
Selain itu, kata Dr Wan Ahmad, keluarga mereka juga mempunyai tabiat suka membaca dan ini membantu membentuk kecemerlangan pendidikan anak-anak.
Dr Wan Ahmad Kamal berkata, beliau sering ditanya mengenai makanan yang diberikan kepada anak-anak ketika kecil berikutan kejayaan mereka di dalam pelajaran.
Katanya, beliau tidak mempunyai sebarang makanan khusus yang diberikan kepada anak-anak tetapi menekankan kepada pengambilan makanan segar, seimbang, rendah lemak dan kurang minyak.
“Anak-anak juga lebih menggemari makanan yang dimasak oleh ibu mereka.
“Ibu mereka pula suka bertanya kepada anak-anak makanan yang mereka mahu makan sebelum memasaknya,” katanya.
Dr Wan Ahmad Kamal berharap serta bedoa yang kesemua anak-anaknya terus berjaya dalam kerjaya masing-masing malah dapat memberikan rawatan terbaik kepada pesakit dengan sepenuh hati.
Kashoorga: Kalau berjumpa pasti banyak perkara boleh bersembang bersama, maklumlah dalam bidang yang sama.
Duit dan harta memang boleh butakan mata dan hati manusia.
Nasihat saya kepada semua, selesaikan urusan pembahagian harta sewaktu masih hidup lagi. Benar, kita ada faraid dan faraid tu bagus dan cukup baik dah.
Masalahnya bila melibatkan manusia. Sebab manusia ni ada yang baik dan ada yang jahat. Ada juga yang mulanya baik tapi dihasut orang lain pula.
Waktu Masih Hidup
Carilah syarikat pengurusan harta pusaka. Mereka boleh uruskan harta dengan sebaik mungkin dengan hibah harta terutamanya harta berbentuk fizikal dan yang sukar untuk dicairkan.
Kalau dalam bentuk duit tu mudah sikit. Dalam Takaful pun ada. Awal-awal lagi kita boleh simpan dan letak penama. Dalam masa yang sama, boleh jana keuntungan.
Duit & Harta Memang Boleh Butakan Mata
Kalau tidak ada harta, kita boleh wujudkan harta tu dengan masuk pelan perlindungan nyawa. Kalau nak kumpul sendiri berpuluh, ratusan atau jutaan ringgit, belum tentu kita dapat buat dalam kehidupan ni. Tapi penama kita boleh dapat nilai tu kalau kita ada perlindungan Takaful.
Mungkin asbab dari langkah kita hari ini, generasi kita akan berubah dari segi corak kehidupan untuk beberapa generasi lamanya.
Hati Manusia
Nak tukar nama? Tukarlah cepat. Selesaikan urusan tu semua sebelum jadi apa-apa. Sebab benda tu akan jadi lebih susah nanti. Yang dah ditukar nama itu, jangan pula jadi gila halau mak ayah pula.
Semoga kita terhindar dari kejadian seperti itu. #BroOhsem
Solat jenazah ibu bapa, anak lebih afdal jadi imam...Hati mana yang tak tersentuh bila mana melihat anak yang kematian ibu bapa mengambil tanggungjawab menyempurnakan...