Ketika hari lahir, kita sering mendengar ucapan selamat hari jadi, moga Allah panjangkan usia serta lain-lain ucapan lain.
Tapi adakah dibolehkan kita mengucapkan ucapan ini iaitu minta dipanjangkan usia kita? Ini kerana mati adalah rahsia Allah taala yang sudah tertulis di luh mahfuz lagi.
Dalam Al Quran terdapat hukum berdoa minta dipanjangkan usia iaitu:-
Wa latajidannahum araan-nsi 'al ayh, wa minallana asyrak yawaddu aaduhum lau yu'ammaru alfa sanah, wa m huwa bimuzaziih minal-'abi ay yu'ammar, wallhu barum bim ya'maln.
“Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati mereka itu setamak-tamak manusia kepada hidup (yang lanjut masanya), dan (lobanya mereka kepada hidup itu) melebihi loba orang-orang kafir musyrik. Tiap-tiap seorang dari mereka suka kiranya ia boleh hidup seribu tahun, padahal umur panjang yang demikian, tidak akan dapat melepaskannya dari azab (yang disediakan oleh Allah). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang mereka lakukan. (Quran Surat Al-Baqarah Ayat 96)
Selain ayat itu, penjelasan sama terdapat pada Surat Al-A’raf.
Wa likulli ummatin ajal, fa i j`a ajaluhum l yasta`khirna s'ataw wa l yastaqdimn.
Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun (Quran Surat Al-A’raf Ayat 34). Dari dua ayat di atas, kita sudah dapat memahami maknanya. Satu, setiap manusia itu ada batas hidupnya. Malah takdir juga sudah tertulis buat kita, bila masa akan dipanggil mengadap Illahi. Oleh kerana itu, adalah tidak “bijak”kita meminta dipanjangkan usia dalam doa kita kerana Allah itu lebih tahu segala-galanya.
Ads
Tidak dinafikan, kita ingin hidup lama di sisi orang kita sayangi. Namun Allah sudah menakdirkan berapa lama “masa” kita bersamanya.
Hadith Ummu Habibah
Ada cerita menarik ketika Rasulullah SAW didoakan oleh isterinya, Ummu Habibah agar usianya dipanjangkan. Saat itu Ummu Habibah berkata:-
"Ya Allah, panjangkanlah (umurku) dengan suamiku Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, dan dengan ayahku Abu Sufyan, dan dengan saudaraku Mu’awiyah." Rasulullah SAW lantas menasihati Ummu Habibah dan bersabda:
Nabi SAW berkata, “Sungguh engkau telah meminta kepada Allah ajal yang telah ditentukan, hari-hari yang telah ditetapkan dan rezeki yang telah terbahagi.Sesuatu tak akan dipercepat sebelum waktunya. Seandainya engkau memohon kepada Allah agar engkau terhindar dari azab neraka atau azab kubur, niscaya itu lebih baik dan lebih utama,” (HR. Imam Ahmad).
Ads
Walaupun tidak ada salahnya meminta panjang umur, tapi Rasulullah SAW menunjukkan kepada Ummu Habibah apa yang lebih afdal
Dalam pada itu, di page Mufti Wilayah Al Kafi #340 soalan doa panjang umur telah ditanya dan ini jawapan diberikan oleh Mufti Wilayah
Saya ingin bertanyakan berkenaan doa dipanjangkan umur. Adakah benar amalan untuk panjang umur dengan mengamalkan ayat 128-129 Surah at-Taubah selepas solat Fardhu?
JAWAPAN:-
Ads
Waalaikumussalam wbt,
Kami tidak tahu. Hanya yang kami mengetahui akan dengan berdoa kepada Allah SWT untuk umur dipanjangkan, berdasarkan athar dan hadis Nabi SAW. Anas bin Malik RA pernah didoakan oleh Rasulullah SAW:
Maksudnya: Ya Allah! Perbanyakkanlah hartanya, anaknya, panjangkanlah hayatnya, dan ampunilah dosanya. Hadis riwayat al-Bukhari dalam Adab al-Mufrad (653)
Begitu juga antara asbab panjang umur ialah dengan menyambung dan memelihara silaturrahim, seperti tsabit daripada hadis Anas juga:
Maksudnya: Barangsiapa yang suka untuk diluaskan baginya rezeki, dan dipanjangkan umurnya, maka sambungkanlah silaturrahim (Hadis riwayat al-Bukhari dalam al-Sahih (2067)
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Masuk hujung tahun ini musim tengkujuh atau musim hujan pun bermula. Ada kawasan yang akan dilanda banjir malah memaksa penghuninya berpindah ke pusat penempatan banjir dalam sebagainya.
Dalam kekalutan sebegini ada mangsa banjir yang mengaju persoalan adakah dibolehkan untuk melakukan solat jamak?
Berikut dalah penjelasan daripada Ustazah Asma’ Harun tentang persoalan ini dalam satu hantaran di akaun sosial media miliknya.
Solat jamak ketika banjir
Menurut pandangan muktamad mazhab Syafie, TIDAK BOLEH melakukan jamak kerana banjir, ini kerana banjir tidak termasuk dalam keuzuran yang mengharuskan jamak solat.
Namun sebahagian ulama fiqh berpendapat BOLEH jamak solat kerana banjir.
Maka dengan pandangan yang kedua ini MEMBOLEHKAN seseorang melakukan jamak dua solat kerana banjir.
Tetapi apa yang lebih baik baginya adalah tidak melakukan jamak, kerana:
Melaksanakan solat dalam waktu asalnya adalah lebih afdhal.
Maksudnya: “Sesiapa yang diberati dengan sesuatu maka dia boleh bertaqlid kepada ulamak yang mengharuskan.”
Solat jamak DIBOLEHKAN atas beberapa faktor seperti berikut:
-Perjalanan (musafir) yang melebihi 91 kilometer.
-Hujan lebat bagi orang yang biasa melazimi solat berjemaah di masjid.
-Sakit kuat.
Dalam situasi banjur, mangsa atau petugas DIBOLEHKAN untuk melakukan solat jamak KETIKA SITUASI MENDESAK SEPERTI MENYELAMATKAN DIRI ATAU HARTA SEMASA BANJIR. Di sini digalakkan untuk solat jamak secara taqdim. Sekiranya menjangkakan akan berlaku kesukaran yang darurat untuk menunaikan solat jamak taqdim, maka dibolehkan menunaikan solat jamak takhir.
Merujuk laman web Mufti Wilayah Persekutuan, apabila seseorang itu telah berada di pusat penempatan sementara yang disediakan, contohnya di dewan orang ramai, sekolah-sekolah dan sebagainya. Maka, menunaikan solat secara jamak TIDAK DIBOLEHKAN, ini kerana pada situasi tersebut, mangsa banjir ditempatkan secara beramai-ramai dan kawasan penempatan tersebut kering dan lapang.
Menurut Syeikh Dr Yusuf al-Qardhawi dalam kitabnya Fatwa Mu’asiroh, beliau MENGHARUSKAN jamak dalam keadaan UZUR DAN DARURAT SAHAJA. Contohnya, rumah dimasuki air, tiada tempat untuk solat, hujan masih turun, pakaian dan keperluan harian serba kurang, keperluan air pula terhad, dan situasi darurat ketika menunggu untuk dibawa ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sahaja.
Kesimpulan
Mereka yang terlibat dengan bencana banjir DIBOLEHKAN melaksanakan solat fardhu secara jamak SEKIRANYA:
1) Berada dalam SITUASI MENDESAK seperti ketika rumah sedang dinaiki air sehingga tiada tempat untuk solat.
2) Semasa sedang menyelamatkan diri dan harta semasa banjir.
3) Situasi darurat semasa menunggu untuk dibawa ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Bagi mangsa banjir yang telah ditempatkan secara beramai-ramai di kawasan penempatan yang kering dan lapang yang tidak ada darurat padanya, mereka hendaklah melakukan solat secara sempurna TANPA MENJAMAKNYA.
‘Baca dengan tenang, jangan kelam-kabut.’ Bacaan rukuk dan sujud, wajibkah buat tiga kali? Bacaan-bacaan tasbih atau zikir dalam rukuk dan sujud ini merupakan sunnah-sunnah yang bacaannya dituntut dalam solat fardhu lima waktu.
Sekiranya kita tidak melakukannya atau tidak cukup tiga kali, adakah solat kita sah? Ikuti penerangan Ustaz Mohd Riza dan semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua.
Baca Dengan Tenang
Ustaz Riza yakin semua di antara kita tahu dan praktis bacaan tasbih dalam sujud dan rukuk setiap kali menunaikan solat fardhu lima waktu. Tetapi permasalahan yang ingin dirungkai kali ini adalah berapa kali perlu dibaca bacaan-bacaan tasbih ini.
Sama ada, sekali, dua kali atau tiga kali atau berapa yang paling tepat. Pertama sekali bacaan tasbih dalam rukuk ini merupakan Sunnah-sunnah qauli dalam solat, yang bacaan ini dituntut.
Tetapi jika seseorang itu tidak melakukannya solat tetap sah menurut pendapat Mazhab Imam Syafie kerana hukumnya sunat dibaca, setiap kali kita menunaikan solat.
Namun begitu, bacaan tasbih ini harus diingat perlu dibaca dengan jelas dan tenang. Persoalannya di sini, mengapa kita digalakkan untuk membaca tiga kali.
Sebenarnya, setiap bacaan tasbih yang dibaca tiga kali adalah bagi menyempurnakan rukun solat iaitu iktidal.
Bacaan Rukuk & Sujud
Di samping itu, jelas Ustaz Riza, bacaan-bacaan dalam solat perlu dibaca dengan tenang kerana ketika kita mendirikan solat adalah umpamanya kita berhadapan dengan Allah.
Maka oleh hal demikian, bacalah dengan tenang supaya kita dapat menjiwai solat. Cara terbaik untuk menjiwai solat, Ustaz Riza sarankan ambil sedikit masa google dan cari makna bacaan-bacaan dalam solat.
Ambil masa baca terjemahan bacaan dalam solat, insyallah dengan sedikit usaha ini, sedikit sebanyak membantu kita menjiwai solat.
Sekali lagi ingat bahawa solat adalah saatnya kita berbicara dengan Allah SWT. Di akhir video, Ustaz Riza ingatkan sekali lagi bahawa sama ada baca sekali atau tiga kali bacaan rukuk dan sujud perlulah dilakukan dengan tenang dan jangan kelam kabut.
Kashoorga : Semoga solat kita sempurna dan tidak menjadi perbuatan yang sia-sia.
Beberapa hari lagi kita bakal menyambut bulan Ramadhan. Rasulullah SAW pernah bersabda: “Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan keberkahan, AIlah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapus dosa-dosa dan mengabulkan doa. Allah melihat berlumba-lumbanya kamu pada bulan ini dan membanggakanmu kepada para malaikat-Nya, maka tunjukkanlah kepada Allah hal-hal yang baik dari dirimu, kerana orang yang sengsara ialah yang tidak mendapatkan rahmat Allah di bulan ini.” (HR At-Thabrani)
Menjelangnya tibanya Ramadhan, perkara paling penting diselesaikan ialah menggantikan puasa selain membayar fidyah bagi yang tidak boleh menggantikan puasa ditinggalkan (menurut syarat dibenarkan).
Namun selain itu, ada beberapa persoalan-persoalan yang mendatangkan kekeliruan kepada masyarakat berikutan penggunaan pelbagai alatan perubatan moden. Justeru itu Jabatan Mufti Negeri Perak berpandangan sepertimana yang telah diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia berkenaan penggunaan alatan yang boleh dan tidak membatalkan puasa, seperti berikut:
Penggunaan Alatan Yang Boleh Membatalkan Puasa :-
Penggunaan alat sedutan (inhaler) untuk rawatan lelah (athma) atau untuk penyakit paru-paru kronik.
Memasukkan sebarang tiub kecil (pessary) atau ubat ke dalam faraj (vaginal suppository) termasuk prosedur cucian (wash), pemeriksaan dalaman vaginal (vaginoscope), atau pegawai perubatan memasukkan jari untuk melakukan pemeriksaan dalaman vagina wanita;
Memasukkan sebarang tiub catheter, alat pemeriksaan dalam saluran kencing (urethroscope), barium atau ubat pencuci yang dimasukkan sama ke dalam saluran kencing bagi lelaki atau wanita (contohnya memasukkan ‘urinary catheter’ untuk rawatan sumbatan salur kencing).
Penggunaan alat seperti enema, tiup suppository, teropong perut (gasteroscope) untuk tujuan pemeriksaan system penghadaman; dan
Penggunaan bius menyeluruh yang melibatkan penggunaan gas.
Penggunaan Alatan Yang Tidak Membatalkan Puasa :-
Menggunakan ubat titis mata, titis telinga dan cucian telinga (dengan syarat tidak sampai batas gegendang telinga);
Pil tablet nitroglycerin (GTN) atau ubat yang menyamainya yang diambil secara meletakkannya di bawah lidah tanpa ditelan bagi merawat kesakitan dada (angina pectoris) bagi pesakit jantung;
Melakukan prosedur tampalan gigi, cabutan, pemeriksaan gigi atau memberus gigi dengan syarat individu yang berpuasa tidak menelan apa-apa bahan semasa prosedur rawatan tersebut;
Semua bentuk suntikan sama ada melalui lapisan kulit, otot, sendi atau salur darah;
Pendermaan atau pemindahan darah;
Penggunaan ubat-ubatan dalam bentuk sapuan, balutan dan plaster pada permukaan kulit;
Pengambilan sampel darah untuk ujian makmal;
Memasukkan tiub kecil (catheter) melalui salur darah tujuan pemeriksaan untuk prosedur angiogram untuk pemeriksaan jantung;
Pemeriksaan laparoscop, iaitu pemeriksaan dalaman dengan menggunakan alat yang dimasukkan melalui dinding abdomen untuk pemeriksaan bahagian dalaman pesakit;
Berkumur-kumur termasuk berkumur-kumur secara gargle (sehingga air sampai ke tekak) dan ubat teraputik semburan ke mulut yang tidak melibatkan proses menelan;
Menjalani biopsy iaitu pengambilan spesimen atau cebisan yan diambil daripada hati atau organ-oran lain untuk tujuan analisa makmal;
Penggunaan ubat semburan (spray) hidung tanpa disedut;
Rawatan dialisis untuk masalah pesakit buah pinggang sama ada hemodialisis atau peritonealdialisis;
Menjalani rawatan bius setempat atau separuh (local) dengan semburan atau suntikan setempat;
Penggunaan ubat buasir dengan memasukkan semula kawasan buasir pada tempatnya tanpa melibatkan kawasan rongga yang dalam.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Solat jenazah ibu bapa, anak lebih afdal jadi imam...Hati mana yang tak tersentuh bila mana melihat anak yang kematian ibu bapa mengambil tanggungjawab menyempurnakan...