Ketika hari lahir, kita sering mendengar ucapan selamat hari jadi, moga Allah panjangkan usia serta lain-lain ucapan lain.
Tapi adakah dibolehkan kita mengucapkan ucapan ini iaitu minta dipanjangkan usia kita? Ini kerana mati adalah rahsia Allah taala yang sudah tertulis di luh mahfuz lagi.
Dalam Al Quran terdapat hukum berdoa minta dipanjangkan usia iaitu:-
Wa latajidannahum araan-nsi 'al ayh, wa minallana asyrak yawaddu aaduhum lau yu'ammaru alfa sanah, wa m huwa bimuzaziih minal-'abi ay yu'ammar, wallhu barum bim ya'maln.
“Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati mereka itu setamak-tamak manusia kepada hidup (yang lanjut masanya), dan (lobanya mereka kepada hidup itu) melebihi loba orang-orang kafir musyrik. Tiap-tiap seorang dari mereka suka kiranya ia boleh hidup seribu tahun, padahal umur panjang yang demikian, tidak akan dapat melepaskannya dari azab (yang disediakan oleh Allah). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang mereka lakukan. (Quran Surat Al-Baqarah Ayat 96)
Selain ayat itu, penjelasan sama terdapat pada Surat Al-A’raf.
Wa likulli ummatin ajal, fa i j`a ajaluhum l yasta`khirna s'ataw wa l yastaqdimn.
Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun (Quran Surat Al-A’raf Ayat 34).
Dari dua ayat di atas, kita sudah dapat memahami maknanya. Satu, setiap manusia itu ada batas hidupnya. Malah takdir juga sudah tertulis buat kita, bila masa akan dipanggil mengadap Illahi. Oleh kerana itu, adalah tidak “bijak”kita meminta dipanjangkan usia dalam doa kita kerana Allah itu lebih tahu segala-galanya.
Tidak dinafikan, kita ingin hidup lama di sisi orang kita sayangi. Namun Allah sudah menakdirkan berapa lama “masa” kita bersamanya.
Hadith Ummu Habibah
Ada cerita menarik ketika Rasulullah SAW didoakan oleh isterinya, Ummu Habibah agar usianya dipanjangkan. Saat itu Ummu Habibah berkata:-
"Ya Allah, panjangkanlah (umurku) dengan suamiku Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, dan dengan ayahku Abu Sufyan, dan dengan saudaraku Mu’awiyah."
Rasulullah SAW lantas menasihati Ummu Habibah dan bersabda:
Nabi SAW berkata, “Sungguh engkau telah meminta kepada Allah ajal yang telah ditentukan, hari-hari yang telah ditetapkan dan rezeki yang telah terbahagi. Sesuatu tak akan dipercepat sebelum waktunya. Seandainya engkau memohon kepada Allah agar engkau terhindar dari azab neraka atau azab kubur, niscaya itu lebih baik dan lebih utama,” (HR. Imam Ahmad).
Walaupun tidak ada salahnya meminta panjang umur, tapi Rasulullah SAW menunjukkan kepada Ummu Habibah apa yang lebih afdal
Dalam pada itu, di page Mufti Wilayah Al Kafi #340 soalan doa panjang umur telah ditanya dan ini jawapan diberikan oleh Mufti Wilayah
Saya ingin bertanyakan berkenaan doa dipanjangkan umur. Adakah benar amalan untuk panjang umur dengan mengamalkan ayat 128-129 Surah at-Taubah selepas solat Fardhu?
JAWAPAN:-
Waalaikumussalam wbt,
Kami tidak tahu. Hanya yang kami mengetahui akan dengan berdoa kepada Allah SWT untuk umur dipanjangkan, berdasarkan athar dan hadis Nabi SAW. Anas bin Malik RA pernah didoakan oleh Rasulullah SAW:
اللَّهُمَّ، أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ، وَأَطِلْ حَيَاتَهُ، وَاغْفِرْ لَهُ
Maksudnya: Ya Allah! Perbanyakkanlah hartanya, anaknya, panjangkanlah hayatnya, dan ampunilah dosanya.
Hadis riwayat al-Bukhari dalam Adab al-Mufrad (653)
Begitu juga antara asbab panjang umur ialah dengan menyambung dan memelihara silaturrahim, seperti tsabit daripada hadis Anas juga:
مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ، أَوْ يُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ، فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ
Maksudnya: Barangsiapa yang suka untuk diluaskan baginya rezeki, dan dipanjangkan umurnya, maka sambungkanlah silaturrahim (Hadis riwayat al-Bukhari dalam al-Sahih (2067)