
Lidah insan beriman tidak lekang dari menyebut nama Allah. Namun bagi kita Melayu yang tidak menguasai bahasa Arab, adakalanya kita gagal menggunakan pada tempat yang betul.
Khususnya penggunaan ungkapan “Masya-Allah” dan “Subhanallah”.
Contoh kesilapan itu adalah seperti berikut:-
“Masya-Allah, habis mati ternakan aku”
“Subhanallah, dia mampu menghafal al-Quran dalam masa sebulan.”
Sepatutnya begini:-
“Subhanallah , habis mati ternakan aku.”
“Masya-Allah, dia mampu menghafal al-Quran dalam masa sebulan.”
Apakah beza maksud dua ungkapan itu? “Subhanallah” bermaksud “Maha Suci Allah”. Kita guna zikir ini pada sesuatu kejadian malang yang menakjubkan kerana keburukan atau kenegatifannya dan kita berharap kejadian itu TIDAK berlaku lagi atau berulang.

Manakala Masya-Allah bermaksud “kejadian itu berlaku atas kehendak Allah”. Kita guna zikir ini pada sesuatu kejadian yang menakjubkan kerana kebagusannya dan kita berharap kejadian itu berlaku lagi atau berulang.
Jadi, apabila kita berkata dengan cara yang betul, “Subhanallah, habis mati ternakan aku” bermakna kita berharap peristiwa malang atau kejadian buruk itu tidak akan berlaku lagi.
Dan apabila kita berkata, “Masya-Allah, dia mampu menghafal al-Quran dalam masa sebulan” bermakna kita berharap peristiwa atau kejadian yang menakjubkan itu akan berlaku lagi atau berulang. Namun, kedua-dua ungkapan itu merupakan zikir kepada Allah. Wallahu a’lam. Sumber : Bahagian Dakwah Jakim.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
“Awak Serius Ke Nak Kahwin Dengan Saya?” – Kalau Hati Dah Suka Jangan Tangguh, Teruskan Dengan Ikatan Halal

Isi Kandungan
ToggleApabila sudah berjumpa calon yang sesuai, kedua-dua pihak baik lelaki atau perempuan perlu lebih berterus terang. Suarakan isi hati mahu mengakhiri perhubungan dengan satu ikatan halal.
Namun sebagai perempuan pastinya ada terselit rasa malu untuk bercakap secara terus terang dengan pasangannya.
Dalam hal ini lelaki sepatutnya lebih bersikap ‘gentleman’, beritahu pasangan anda untuk menjadikan pasangannya sebagai isteri yang sah.
Kalau hati sudah suka, tidak ada alasan untuk melenggahkan sebuah ikatan perkahwinan. Kebiasaannya lelaki yang seperti tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seoang suami, malah sering memberi alasan ‘kalau ada jodoh adalah’.
Ini menunjukkan mereka sebenarnya tidak serius dalam membina suatu hubungan itu. Wanita pula kalau sudah sayang, hatinya tidak akan berbolak balik, malah mengimpikan kehidupan lebih bahagia bersama Imamnya yang akan membimbing hingga ke jannah.
Ikuti perkongsian yang dari laman sosial Facebook yang boleh kita jadikan panduan terutama buat pasangan yang masih dalam fasa bercinta. Tetapi diingatkan bercinta lama-lama tida elok kerana boleh menjurus kepada perlakuan zina.
Lelaki Tidak Serius.
“Awak, awak serius ke nak kahwin dengan saya?”
“Kalau ada jodoh, ada la. Kalau tak de nak buat macam mana?”
***
Akan ada lelaki yang tidak merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat tetapi menjalinkan hubungan cinta dengan seorang perempuan sekadar suka-suka dan mengisi kesepian di hati. Tengok semua kawan-kawan dia ada makwe, dia pun nak ada sama.
Dah tiga tahun bercinta pun masih tak serius lagi menuju ke alam rumah tangga. Lebih teruk lagi boleh cakap “ada jodoh, kahwin la kita.”
Perempuan dah sayang kat kau, kau boleh pula cakap kalau ada jodoh ada la. Dah tiga tahun bercinta, kau bagi harapan kat dia, kau ajak dia keluar dating boleh lagi cakap macam tu?
Kaum perempuan ni, malas nak start balik. Dia setia je dengan kau, tapi kau buat tak kisah pulak. Kalau kau tak ada niat nak kahwin dengan dia tak payah la nak beri harapan atau ajak dia bercinta dulu. Simple.
Dah bercinta lama-lama bila dah rasa boring, mula la nak minta putus. Bagi alasan “awak terlalu baik untuk saya la”, “saya tak sempurna”, “saya tak bersedia jadi suami la”. Macam bangang.
Kesian lah duk buang duit, buang masa, buat dosa kalau tidak bercita-cita nak kahwin dalam masa terdekat kan. Kalau muda lagi takpe la, ini nak masuk umur 30 tahun pun kata tak bersedia lagi. Tak cukup simpanan wang lagi. Kesian la ke makwe kau. Jika dia duk tunggu kau bersedia, alih-alih kau tak jadi kahwin dengan dia macam mana?
Sekurang-kurangnya masuk meminang dulu. Biarlah ada ikatan. Usaha ke arah perkahwinan itu kena ada. Ini tiap minggu ajak keluar, makwe kau suruh masuk meminang taknak. Suruh datang jumpa keluarga terus menggelupur sawan pula. Kakakaka.
Kau usaha la. Perempuan ni tak kisah pun nak kumpul duit hantaran sama-sama. Masa bercinta kemain caring. Dah dapat terus dingin dan langsung tak merancang untuk berkahwin.
Lain lah kalau putus cinta sebab bukan jodoh. Kau jangan sengaja nak main-mainkan hati dan perasaan orang. Jangan sampai makwe kau dah fed up dengan kau, cari calon lain. Masa tu mula la kau merayu nak dia balik.
Kalau tak serius lepas tu tak sempat simpan duit belanja kahwin. Akhirnya pinjam bank RM20K. Lepas tu? Kau fikirlah sendiri.

Perancangan kena ada. Kahwin mudah, tapi janganlah kau ambil mudah. Lepas kahwin kena rancang juga. Kena fikir juga perancangan keluarga kau.
***
Kalau kau dah berkenan dengan seseorang tu atau dah lama bercinta cepat-cepatlah berkahwin. Jangan buang masa dengan bercinta tapi akhirnya tidak ke mana.
Sekurang-kurangnya bila kau dah mula menjalinkan hubungan dengan seseorang tu, biarlah ada niat untuk berkahwin bukannya sekadar suka-suka. Kalau saja nak suka-suka baik tak payah. Faham?
Lelaki yang bakal jadi ketua keluarga. Kau lah patut berusaha ke arah menjadikan perempuan yang kau suka jadi yang halal. Jangan teruskan bagi harapan palsu. Jangan teruskan menabur janji manis. Jangan terus membiarkan makwe kau menanti dan terus menanti.
Yang tengah bercinta tu, gua doakan urusan perkahwinan korang dipermudahkan. Allah pasti akan mempermudahkan urusan yang baik. Buatlah majlis setakat yang mampu.
Jangan sebab nak majlis kahwin yang grand, kau tangguhkan perkahwinan. Rugi bercinta lama-lama.
Jadi, fikir-fikirkanlah apa yang perlu kau buat lepas ni. Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama dia diambil orang. Baru padan muka kau. Kah3!
Kredit: Amir Shahir
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Anak Bill Gates Peluk Islam? Selamat Bernikah Dengan Atlet Nayelm Nassar

Hidayah itu milik Allah. Siapa yang menerimanya sangat beruntung dan semoga terus istiqomah dengan jalan pilihan.
Jika menyebut nama Bill Gates, lelaki ini antara jutawan di dunia. Pernah tersenarai 13 kali berturut-turut sebagai orang terkaya di dunia. Bahkan namanya cukup terkenal di seluruh dunia kerana mengasaskan Microsoft Corporation (bersama rakan kongsinya, Paul Allen).
Namun sehari dua ini, nama Bill Gates sekali lagi menjadi sebutan. Kali ini bukan kerana kekayaannya, tapi viral mengatakan anak perempuannya, Jennifer Gates sudah mengucap dua kalimah syahadah dan sudah selamat dinikahkan dengan pasangannya, Nayelm Nassar asal dari Mesir pada 15 Oktober lalu bersamaan hari Jumaat yang mulia di New York. Dan dikatakan majlis diadakan mengikut syariat islam.
Masyarakat berspekulasi bahawa Jennifer Gates sudah bergelar seorang mualaf kerana Nayelm merupakan seorang muslim. Ini kerana syarat pernikahan, kedua mempelai harus memiliki agama yang sama tetapi sehingga ke hari ini, tidak dipastikan adakah anaknya memang benar memeluk agama islam.
Ini kerana proses ijab kabul pasangan ini dilakukan secara tertutup di taman seluas 142 hektar di North Salem, New York, Amerika Syarikat. Ini kerana sehari selepas akad nikah, keduanya melakukan pengesahan dokumen. Majlis persandingan dilakukan sehari selepas itu dengan kehadiran 300 tetamu dan kumpulan Coldplay menghiburkan tetamu di majlis istimewa itu.

Resepsi pernikahan itu dilakukan di ladang kuda mewah bernilai USD16 juta yang merupakan hadiah Bill Gates kepada puteri sulungnya itu selepas lulus dari Stanford University. Malah saat menjengah Instagram keduanya, jelas Nayelm merupakan atlet yang aktif dalam sukan berkuda dan minat itu dikongsi dengan Jennifer. Majlis persandingan mewah bernilai USD2juta itu turut dihadiri Bill Gates dan bekas isterinya, Melinda Gates di mana Jennifer tampil cantik memakai gaun direka oleh Vera Wang.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
“Cukuplah Hina, Caci Kami. Tiada Siapa Mahu Sebarkan Penyakit & Akibat Kemudharatan” – Luahan Hati Isteri Jemaah Tabligh

Ramai menunding jari sejak kes kematian membabitkan beberapa orang dari jemaah tabligh yang menyertai kluster perhimpunan hujung Februari lalu.
Dengan perasaan marah. orang awam mula mencemuh, menghina dan melemparkan kata-kata yang tidak enak ke atas mereka.
Golongan ini dikatakan penyebar virus koronavirus yang merbahaya ini setelah pulang dari menyertai ijtimak di Masjid Seri Petaling.

Namun sebenarnya mereka bukanlah degil, malah mendengar kata pihak KKM untuk membuat saringan kesihatan. Ramai yang tampil secara sukarela membuat pemeriksaan dan kuarantin diri dari orang ramai.
Penyebaran COVID-19 ini juga sebenarnya memberi kesan kepada semua. Menjadi asbab dakwah terhenti seketika. Malah masjid dikatakan sepi, majlis ilmu juga tiada dan paling menyedihkan tanah haram menjadi lengang.
Ternyata dakwah terhalang oleh tentera Allah yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Namun kita sebagai hambaNya tetap reda dengan segala ketentuannya.
Dalam satu perkongsian di Facebook Fedtri Yahya ada perkongsi luahan isteri jemaah tabligh yang minta oarng ramai supaya tidak lagi mencela dan menhghina mereka.
menurutnya tiada satupun dari kalangan jemaah yang mahukan penyakit, menyebarkan penyakit dan mengakibatkan kemudharatan. Mereka menyertai ijtimak kerana mahu hidupkan sunnah Nabi dan semuanya ditanggung sendiri.
Mereka bukan pergi berpoya-poya atau berhimba sebaliknya melakukan amal kebaikan. Dan diri mereka diuji dengan pandemik COVID-19 ini.
Ayuh, ikuti luahan hati yang cukup menyentuh hati siapa yang membacanya. Bayangkan
LUAHAN HATI ISTERI JEMAAH TABLIGH
“Covid19 adalah asbab dakwah terhenti seketika. Masjid sepi. Majlis ilmu tiada. Tanah Haram lengang. Dan para pendakwah juga tak dapat bergerak. Dakwah ‘terhalang’ oleh ‘tentera Allah’ yang tak dapat dilihat dengan mata kasar. “
Saya, isteri kepada ahli jemaah tabligh.
Untuk pengetahuan semua, tiada siapa dalam kalangan jemaah yang mahukan penyakit,menyebarkan penyakit dan mengakibatkan kemudhorotan. Mereka menyertai ijtima’ dengan tujuan belajar menghidupkan Sunnah Nabi. Tiada biaya daripada mana-mana. Kerelaan sendiri. Pergi dengan niat belajar melakukan amal kebaikan. Bukan pergi berjimba,berpoya. Ujian untuk mereka, diuji dengan pendemik covid-19.
Cukup-cukuplah mencela dan menghina. Kami juga punya keluarga. Anak2 hanya melihat bapa, tapi tidak boleh didekati. “Ayah kuarantin lagi. Adik main jauh-jauh. Allah izin,kita dekat-dekat semula.” Jatuh air mata seorang ibu, melihat anak kecil merengek mahukan ayah.
Kami faham letih dan sedih para frontliners. Mereka letih, takut dan tertekan. Tapi ketahuilah,kami tak minta ini semua terjadi.
Dalam kalangan jemaah,ada juga doktor, ada suami kepada jururawat,ada polis pence,askar pencen. Mereka juga tak ingin semua hal ini berlaku. Tetapi kagumnya saya pada jemaah,mereka tak salahkan orang lain atas apa yang terjadi. Mereka akan salahkan diri sendiri. Mungkin mereka kurang amal,kurang dakwah,kurang doa untuk ummat.


Ada yang kecam jemaah dan keluarga menyembunyikan fakta. Ya,memang salah BESAR. Tapi Kita tidak berada dalam kasut mereka. Kita tak merasa apa yang mereka rasa.
Mungkin takut,malu,serba salah dan sebagainya.
Contoh seperti seseorang yang dirogol,tidak melaporkan kepada Polis. Mungkin rasa takut,malu,trauma. Kita yang tidak tahu apa-apa, boleh saja melabel mangsa sebagai bodoh,melepaskan penjenayah,menggalakan penjenayah ulangi perbuatannya. Tidak semudah itu. Hanya yang terkena akan faham perasaan itu.
Memang ada segelintir yang degil dengan arahan pihak syura untuk melakukan saringan.Tapi pandang juga kepada yang tidak degil. Ada antaranya yang disaring dua kali. Mereka tetap mengikut arahan. Pergi semula selepas dihubungi pihak klinik. Yang degil,nak buat macam mana. Sikap manusia, undang-undang Allah pun masih ada yang ingkar. Inikan pula arahan sesama makhluk. Bukan semua boleh wala’ pada ketua.
Saya juga berharap para netizen menjaga bicara dalam penulisan. Bimbang ‘terkutuk’, ‘ter-menghina’ jemaah, tak daya nak merangkak mencari di mahsyar nanti.
Sepatutnya,sama2 kita doa untuk semua staf KKM dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha menangani pendemik ini.
Lebihkan berdoa. Kurangkan dosa.
#isteriahlijemaahtabligh
#maafkankami
#kamitakmintasemuainiterjadi
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI