Baru saja ditayangkan Ahad lalu, nampaknya drama bersiri Stay Away From Me sudah menjadi kontroversi. Ini berikutan ia ditayangkan di secara ekslusif di aplikasi temu janji gay, Blued dan penstriman video.
Lebih menakutkan, pihak produksi langsung tidak menyatakan “story board” kepada pelakon utamanya, Danish Iskandar yang masih di bawah umur, 17 tahun.
Dalam pada itu, Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) menerusi laporan media bersedia untuk merujuk kes tersebut kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membolehkan sisatan dilakukan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad berkata, hal ini kerana perkara tersebut bertentangan dengan norma dan budaya rakyat Malaysia.
“Ia norma rakyat Malaysia yang tidak beretika. Semua agama tidak boleh menerima konsep berkenaan gay ini,” katanya.
Tambahnya, jika perkara tersebut berlaku di mana-mana negeri, jabatan agama negeri berkenaan akan diminta memanggil pelakon terbabit untuk mendapatkan kepastian.
“Jakim hanya penyelaras saja, tidak ada bidang kuasa untuk menghukum kerana ia terletak kepada pihak berkuasa agama negeri,” katanya.
Dalam pada itu, pakar motivasi, Akhi Fairuz Al Jengkawi dalam perkongsianya di fbnya memaklumkan, hal ini menyalahi undang-undang kerana pelakonnya kanak-kanak dan masih di bawah umur.
Berikut adalah perkongsian darinya.
Viral isu ni di Tiktok. Kemudian, meratalah kisahnya disebarkan di laman berita-berita online.
2. Maka, tularlah nama pelakon ini, Danish Iskandar, berusia 17 tahun. Beliau membintangi siri bertemakan gay berjudul Stay Away From Me.
3. Netizen di Tiktok mula membawang pasal si Danish ni. Ada yang mempersoalkan kecenderungan seksualnya dan bertanya kau bottom ke top. Then Danish jawab dia tetap lelaki sejati.
4. Danish menambah, masa awal ditawarkan untuk menjayakan siri ini, jalan cerita tak terlalu jelas, storyboard pun tak ada babak-babak sensasi jantan sesama jantan.
5. Namun, segalanya berubah bila di hujung-hujung penggambaran. Pihak produksi mula menyuruh beliau melakonkan scene romantik sesama jantina.
6. Beliau habaq, dia tak dapat nak tarik diri sebab proses penggambaran dah hampir selesai. Jadi, kena buat juga.
7. Untuk pengetahuan anda, series ni bukan ditayangkan di stesen tv, tetapi ia ditayangkan secara ekslusif di aplikasi temu janji gay dan penstriman video.
8. Aplikasi apa tu tak dinyatakan. Ada banyak tempat mereka berkumpul seperti Grindr, Tindr, Blued dan lain-lain. Untuk aplikasi penstriman video juga tidak dinyatakan. Ada banyak apps seperti itu zaman sekarang ni.
9. Jadi, izikan saya mengulas dari beberapa sudut.
9.1. Si Danish ni baru berusia 17 tahun. Dalam undang-undang di Malaysia, beliau masih lagi dalam kategori kanak-kanak. (Definisi kanak-kanak, Seksyen 2, Akta Kanak-kanak)
9.2. Jadi, perbuatan pengarah, penerbit dan krew penerbitan jelas-jelas melanggar Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (berhubungan pornografi kanak-kanak dan pengantunan seksual).
9.3. Apa yang berlaku kepada beliau tu jelas-jelas melanggar akta kanak-kanak sedia ada; Danish diminta melakukan aksi intim dan babak romantik sesama jantina.
9.4. Saya harap pihak yang berautoriti bersuaralah! Bertindaklah! Menteri Komunikasi dan Multimedia. SKMM. Menteri Agama. Menteri Wanita. JAKIM. Semualah yang ada kuasa dalam ini negara.
10. Untuk pengetahuan tuan puan juga, aplikasi pencarian pasangan sesama jenis ni ada banyak sangat. Nak cari kenalan setempat pun mudah, hanya klik search people nearby.
11. Di twitter, terlalu banyak dark side acc yang terang-terang mempromosi kelompok ini. Mereka diikuti puluhan ribu pengguna twitter yang lain tanpa mengenal profesion, suami orang, pelajar sekolah dan lain-lain.
12. Didiklah anak seawal mungkin agar tak bermula bibit-bibit sebegini.
13. Educate anak tentang private part, sentuhan selamat, sentuhan tak selamat, sentuhan tak selesa, realiti kehidupan di asrama, cakna dengan perubahan anak selepas akil baligh (terutama anak lelaki), berbual dengan anak berkaitan ancaman mereka di internet; pornografi, sexual grooming dan lain-lain.
14. Kita tak nak generasi selepas ini berbangga dengan dosa maksiat yang dilakukan.
Wallahualam.