Kita Tak Tahu Amalan Apa Bawa Ke Syurga, RM2.20 Nilainya Kecil Tapi Keikhlasan Tinggi Di Sisi Allah

Share

Hari ini, nilai seringgit atau dua ringgit sangat kecil. Tidak banyak boleh dibeli dengan nilai serendah itu kerana harga barangan melambung tinggi. Bukan saja barang makanan bahkan segala-galanya sudah naik tinggi.

Hendak beri duit raya pada anak-anak pada RM1 pun sudah terasa agak segan kerana nilainya agak kecil berbanding zaman dahulu.

Namun di sisi Allah taala, nilai sedikit ini diangkat ke darjat tertinggi asalkan kita ikhlas memberi dan membantu orang lain.

Contohnya perlakuan seorang anak kecil yang memasuki kedai Eco RM2.20 dan membelikan sepasang selipar untuk seorang gelandangan membuatkan dirinya viral dan menerima pujian dari warga maya.

Ya pujian kerana keikhlasan hatinya membelikan selipar bahkan dirinya langsung tidak kekok untuk menyarungkan selipar itu di kaki gelandangan tersebut tanpa rasa kekok sedikit pun.

Akhlaknya benar-benar terpuji kerana ikhlas membantu orang tiada upaya dan bukan semua ada “mata hati” yang empati pada nasib orang lain kerana ada sesetengahnya berasa jijik untuk menyentuh orang tidak dikenali apatah lagi kalau orang tua gelandangan.

Walau tidak dinyatakan lokasi kejadian ini berlaku tapi dari video dikongsikan, dapat dilihat beberapa anak kecil memasuki kedai Eco ini sebelum membawa keluar sepasang selipar untuk diberikan kepada warga emas ini.

Kali pertama selipar ini tidak muat. Dirinya dilihat menukar kali kedua dan cubaan pada ketiga barulah selipar berkenaan muat dan tiada langsung rasa segan termasuk memakaikan selipar berkenaan pada gelandangan tersebut tanpa rasa kekok sedikit pun.

Ramai berasa terharu dengan keikhlasan hatinya dan memuji didikan baik dari mak ayahnya hingga menjadikan dirinya cukup hebat di pandangan penghuni langit. Sentiasalah berbuat baik setiap masa kerana kita tak tahu amalan apa yang membawa kita ke syurga. Kredit video @Andreputra Bambang.

Published by
almaswa Haji Che Ros