Rasanya ramai antara kita menikmati pelbagai hidangan berasaskan daging semasa hari raya ini. Apa tidaknya, makan lemang dan ketupat sudah tentu dengan rendang daging. Ada sup tulang, sup daging dan aneka hidangan lain yang tentunya lazat lagi menyelerakan. Tentu rasa rugi jika menolaknya.
Tekak jika di layan, tentu sahaja semuanya ingin dimakan namun soal kesihatan juga perlu diambil kira agar kelak tubuh tidak binasa. Tidak dapat dinafikan ketika inilah bermacam jenis penyakit akan datang menghinggapi. Bagi mereka yang sudah sedia ada penyakit tentunya penyakit yang dihidapi akan bertambah-tambah ‘parah’ jika selera makan tidak dikawal.
Disertakan petua yg telah dilakukan ujian saintifik untuk membantu mengurang kolesterol secara alami. Diantaranya adalah:
Makan/minum minyak zaitun (banyak asid lemak mono tak tepu @ MUFA)
Makan banyak sumber fiber larut air contohnya oat dan buah-buahan cth buah tin
Makan oat dan minum barli (sumber tinggi beta-glukan)
Bahan ini kawal kemasukan kolesterol dalam darah
Makan bawang putih (ada allicin dan komponen sulfur)
Minum jus oren @ limau kasturi (kaya bahan flavanone)
Minum teh hijau
Ambil minyak ikan
Sumber: Dr. Suri Roowi