Surah At Taubah (سورة التوبة) terdiri atas 129 ayat termasuk golongan surah-surah Madaniyyah. Surah ini dinamakan At Taubah yang bermaksud pengampunan berhubung kata At Taubah berulang kali disebut dalam surat ini. Dinamakan juga dengan Baraah yang bermaksud berlepas diri yang di sini maksudnya pernyataan pemutusan perhubungan, disebabkan kebanyakan pokok pembicaraannya tentang pernyataan pemutusan perjanjian damai dengan kaum musyrikin.
Berlainan dengan surat-surat yang lain, maka pada permulaan surah ini tidak terdapat basmalah, kerana surah ini adalah pernyataan perang dengan makna bahawa segenap kaum Muslimin dikerahkan untuk memerangi seluruh kaum musyrikin, sedangkan basmalah bernafaskan perdamaian dan cinta kasih Allah.
Surat ini diturunkan sesudah Nabi Muhammad SAW kembali dari peperangan Tabuk yang terjadi pada tahun 9 H. Pengumuman ini disampaikan oleh Saidina ‘Ali r.a. pada musim haji tahun itu juga.
Mengamalkan wirid 2 (dua) ayat terakhir dari surah at-Taubah atau ayat 128-129 sangat luar biasa besar fadhilat dan khasiatnya. Rahsia yang terkandung di dalamnya sangat besar, sehingga akan mampu memberi banyak manfaat bagi pengamalnya.
Puteri Sarah Liyana sendiri turut mengamalkan ayat-ayat ini. Berikut perkongsian Puteri Sarah Liyana
Sharing with you guys 2 ayat yang sarah tengah amalkan setiap kali selepas solat fardu. Alhamdulillah, amazing things happened to me dalam masa beberapa hari sahaja. Segala beban masalah diangkat oleh Allah… hati sentiasa tenang, rezeki mudah masuk…moga kita sama2 manfaatkan doa ni.
Surah At-Taubah Ayat 128 dan 129 yang bermaksud:
128. Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul daripada kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu dan amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang mukmin.
129. Jika mereka berpaling (daripada keimanan), maka katakanlah: “Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy (singgahsana) yang agung.”
Hayatilah kehebatan ayat Al-Quran ini dan amalkanlah dengan sepenuh hati.
Sumber kredit: Puteri Sarah Liyana
VIDEO KASHOORGA: