Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita biasanya akan makan di restoran yang menyediakan pelbagai masakan panas.
Dan salah satu menu wajib untuk dimakan adalah Daging Masak Merah.
Jadi apa kata untuk juadah berbuka petang ini, ayuh kita sediakan resipi Daging Masak Merah perkongsian Cik Ma
di Laman Sosial Facebook page Masak Apa Hari Ini yang gerenti sedap dan boleh licin pinggan.Daging Masak Merah.. Menu paling senang nak masak.. Dan sedap..
Resepi & Bahan²..
Rebus daging dgn pewarna merah (daging tak perlu di hiris) air rebusan daging tak perlu di buang.. Utk di jadikan kuah nanti..
Setelah daging masak & empuk.. Hiris nipis²
Bawang putih di tumbuk kasar
Cili boh/pes cili kering
Sos tiram
Sos tomato
Sos cili
Sedikit kicap sotong
Gula, garam & pak aji (optional)
Bawang holand, cili merah, bunga kobis (utk hiasan)
– Tumis bawang putih, cili boh, masukkan daging..
– Goreng seketika.. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato.. & air rebusan daging tadi.. Kuah terpulang nk byk atau sikit..
Siap utk di hidangkan..