Korbankan kepentingan diri sendiri untuk ayah. ‘Inilah peluang saya kejar pahala.’ Begitulah kasih seorang wanita yang sanggup lakukan apa saja demi berkhidmat dan menjaga orang tuanya.
Peluang menjaga orang tua yang sakit seharusnya menjadi rebutan anak-anak mengejar pahala. Dalam sebuh hadis yang diriwayatkan Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a:
Bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Amat malanglah! Amat malanglah! Dan amat malanglah, Maka Rasulullah ditanya: Siapakah orang yang amat malang itu wahai rasulullah? Baginda menjawab: Seseoang yang mendapati kedua-dua ibu bapanya atau seorang daripada mereka sudah tua, namun dia masih gagal memasuki syurga (lantaran gagal berkhidmat kepada mereka).
Demi perasaan kasih yang tidak berbelah-bahagi kepada bapanya, wanita ini sanggup memandu 175 kilometer (km) setiap minggu dari Segamat, Johor Bahru ke Nilai, Negeri Sembilan untuk menjaga insan kesayangannya.
Farah Nurul Fatimah Rezemi, 28, yang bekerja sebagai juruterapi spa di daerah ini sudah melakukan rutin itu sejak tiga tahun lalu selepas bapanya, Rezemi Budin, 64, diserang angin ahmar.
Ads
Menurutnya, dia bergilir menjaga Rezemi yang tidak boleh menguruskan diri, tidak mampu berjalan dan pernah menjalani pembedahan membuang darah beku di kepala sejak 2017.
Diri Sendiri Untuk Ayah
“Adik bongsu, (Kamil, 27) yang juga autism menemani ayah dan emak (Talhah Palil, 64) di rumah tetapi kami adik-beradik lain akan bergilir-gilir temankan ayah menjalani pemeriksaan dan setiap hujung minggu kakak akan jaga ayah, manakala saya akan pulang pada hari biasa untuk temankan mereka pula.
“Selain itu, Kamil juga berstatus orang kurang upaya (OKU) kategori masalah pembelajaran turut perlu menjalani pemeriksaan susulan jadi kami juga akan bergilir-gilir bawa dia ke hospital,” katanya ketika dihubungi.
Biarpun terpaksa berulang alik setiap minggu dan menanggung kos perjalanan ketika kos sara hidup meningkat ketika ini, Farah Nurul Fatimah tidak menganggapnya satu beban, asalkan dapat bersama insan tersayang.
“Wang boleh dicari dan sementara masih muda serta ada peluang, biarlah ‘healing’ bersama ayah dan keluarga. Keadaan di rumah sangat perlukan bantuan saya, jadi penat itu kita tolak tepi.
“Kalau boleh memang mahu duduk bersama ayah tetapi buat masa ini ada kekangan dan rezeki masih berada di negeri orang, namun apa yang penting saya cuba melakukan yang terbaik bagi mendapat reda ibu bapa dan Allah SWT,” katanya.
Ads
Inilah Peluang
Menurut Farah Nurul Fatimah, dia pernah mengambil cuti tanpa gaji sepanjang Ramadan dan Aidilfitri lalu sekali gus berpeluang merakam video kenangan bersama bapanya, namun mengakui menjaga warga emas sakit tidak mudah.
“Saya ada kenangan paling ‘best’ apabila ayah muntah dalam kereta tetapi itu bukan masalah kerana kenderaan boleh dicuci asalkan ayah selesa.
“Ayah pernah suruh hantarnya ke rumah orang tua sebab rasa membebankan, tetapi kami tak sanggup dan akan jaganya sampai bila-bila.
“Ini adalah tanggungjawab kami lima beradik sebagai anaknya dan tidak terbalas jasa ayah.
“Jaga orang sakit memang perlu sabar dan sejak sakit ayah sensitif tetapi dia selalu cakap terima kasih sebab jaga dan bawanya berjalan. Kami anggap ini peluang untuk mengejar pahala sebagai bekalan di sana nanti,” katanya.
Ads
Saya Kejar Pahala
Dia yang masih bujang tidak memikirkan soal jodoh buat masa ini kerana mahu memberi perhatian kepada bapa dan adiknya, namun suka berkongsi mengenai bapanya di media sosial sebagai kenangan serta terapi dirinya.
“Saya suka ambil gambar dan video untuk diabadikan sebagai kenangan, malah ada pengikut yang berkongsi pengalaman sama cakap video saya buat mereka rindu pada orang tua mereka selain menulis juga terapi untuk saya,” katanya.
Ramai mendambakan syurga apabila di hari akhirat nanti. Tapi bagaiamana untuk memperoleh syurga yang diinginkan ini?
Untuk ke syurga Allah, ia antara sebahagian 10 faktor membawa kita masuk ke syurga.
Percaya kepada Allah SWT dan mengerjakan amal soleh
Allah berfirman:
إِنَّ الَّذينَ آمَنوا وَعَمِلُوا الصّالِحاتِ كانَت لَهُم جَنّاتُ الفِردَوسِ نُزُلًا* خالِدينَ فيها لا يَبغونَ عَنها حِوَلً
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka adalah surga Firdaus menjadi tempat tinggal, mereka kekal di dalamnya, mereka tidak ingin berpindah dari padanya.” (QS Al-Kahfi 107-108).
Jangan langar batasan
Ia termasuklah tidak melanggar apa yang Allah perintahkan serta ada rasa takut kepada Allah. Orang yang selalu menjaga perintah Allah dan tidak melampaui apa ditetapkan apa masuk ke dalam syurga Allah.
Bertaubat dan kembali kepada Allah SWT
Dalam Al-Quran, Allah berfirman:
وَأُزْلِفَتِ الْجَنَّةُ لِلْمُتَّقِينَ غَيْرَ بَعِيدٍ* هَـذَا مَا تُوعَدُونَ لِكُلِّ أَوَّابٍ حَفِيظٍ
“Sedangkan syurga didekatkan kepada orang-orang yang bertakwa pada tempat yang tidak jauh (dari mereka). (Kepada mereka dikatakan), “Inilah nikmat yang dijanjikan kepadamu, (iaitu) kepada setiap hamba yang senantiasa bertaubat (kepada Allah) dan memelihara (semua peraturan-peraturan-Nya).” (QS Qaf ayat 31-32)
Memberi makan kepada orang miskin
Ini adalah salah satu ketaatan terbesar di mana seorang Muslim semakin dekat dengan Allah di mana dirinya menyebarkan kedamaian dan belas kasihan pada orang miskin, yatim piatu dan orang-orang yang memerlukannya. Rasulullah SAW bersabda:
يا أيُّها النَّاسُ، أفشوا السَّلامَ، وأطعِموا الطَّعامَ، وصلُّوا باللَّيلِ والنَّاسُ نيامٌ؛ تدخلوا الجنَّةَ بسلامٍ
“Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berikan makan, sambunglah silaturahim, solatla di waktu malam ketika orang-orang tertidur, nescaya kalian akan masuk syurga dengan selamat.” (HR At Tirmidzi)
Teguhkan keimanan, sabar dan bertabah pada agama Allah
“Sesungguhnya orang-orang yang berkata, “Tuhan kami adalah Allah” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat-malaikat akan turun kepada mereka (dengan berkata), “Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu bersedih hati; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) surga yang telah dijanjikan kepadamu.” (QS Fussilat ayat 30).
Beramal soleh dalam banyak hal
Dengan hanya selalu mengukir senyuman, menyapa orang lain, melakukan kebaikan, menjauhi kejahatan, menziarahi orang sakit, menghadiri orang meninggal dan banyak perbuatan baik lainnya sudah cukup membawa kita ke syurga Allah.
Selalu merindukan Allah dan pasrah kepada-Nya
Apa yang membezakan sebuah perbuatan ialah hati. Bagi calon penghuni syurga akan selalu mencegah dirinya dari berbuat dosa hatta kalau diberi wang secara tidak halal, dirinya akan menolak.
Bertakwa kepada Allah SWT
Ada banyak ayat-ayat berbicara mengenai syurga dan antara sifat-sifat umum yang ditulis di dalam Al-Quran selalu mengaitkannya agar bertakwa kepada Allah dan kita akan masuk syurga. Allah berfirman:-
“Ahli syurga itu tiga golongan, iaitu orang yang memiliki kekuasaan yang adil dan disukai rakyatnya, lelaki yang lemah lembut hatinya terhadap ahli keluarga dan saudara Muslimnya dan orang miskin yang menjaga kehormatan keluarganya.” (HR Muslim).
Berpuasa dan melaksanakan ibadah haji
Kedua-dua ibadah ini diperintahkan Allah kepada hamba-Nya dan menjadi salah satu hal terbesar yang akan dibawa seorang Muslim kepada Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda:
وما تَقَرَّبَ إلَيَّ عَبْدِي بشيءٍ أحَبَّ إلَيَّ ممَّا افْتَرَضْتُ عليه
“Dan tidaklah hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan suatu (amal soleh) yang lebih Aku cintai dari pada amal-amal yang Aku wajibkan kepadanya (dalam Islam).”
Sumber : MAWDOO3
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Wabak koronavirus yang sudah memasuki gelombang kedua memang sangat menakutkan.
Malaysia juga sudah mencatat 900 kes (sehingga artikel ini ditulis) dan menyebabkan dua kematian.
Jadi saranan Perdana Menteri supaya orang ramai duduk saja di rumah amatlah baik demi keselamatan bersama.
Namun orang awam masih boleh keluar hanya untuk sebab tertentu seperti membeli barangan keperluan harian. Dan dua benda yang perlu ada ketika keluar adalah topeng muka dan penggunaan ‘hand sanitizer’.
Walau bagaimanapun, kebanyakan farmasi sudah kehabisan stock topeng muka dan ‘hand sanitizer’ pula dijual juga amat mahal kerana permintaan semakin tinggi.
Seorang pengguna di laman sosial Ir Abdul Rahman Bahasa telah barkongsi cara membuat ‘hand sanitizer’ sendiri di rumah hanya menggunakan dua bahan. Memang sangat mudah dan menjimatkan.
COVID-19:CARA MUDAH NAK BUAT HOME MADE HAND SANITIZER
Semalam,saya borak2 ngan member pasal wabak COVID-19 kt Malaysia. Yes, agak critical sekarang ni. Setakat pukul 6.00pm tadi 93 orang confirm infected kat Malaysia berbanding ngan semalam hanya 83orang. Meningkat 10 lagi kes. 23 orang dah fully recovered.
Semalam jugak, member ada highlight pasal susah betul nak cari instant hand sanitizer sekarang.
Kalau ada pun, harga untuk antabax hand sanitizer 50ml yg biasa beli RM4.80 dah jadi RM8.00!!.
So, hari ni masa saya habis nak cari hand sanitizer je sebab stock hand sanitizer saya nak habis dah. BUT SEMUA SOLD OUT!
Tapi bila saya tiba di satu pharmacy ni. Ada benda yg saya rasa bagus untuk di share ngn korang. Yes, macam tajuk posting ni.CARA MUDAH NAK BUAT HOME MADE HAND SANITIZER.
Ni bahan2 nya mengikut suggestion pharmacy tu: 1.Dettol (Disinfectant Liquid) 2.Sterile Water
Cara2 nak buatnya pulak:
Campurkan..20% Dettol, 80% sterile water.
So, kalau nak buat 100ml hand sanitizer guna sukatan ni.. 20ml Dettol, 80ml sterile water.
Kalau nak buat 50ml hand sanitizer guna sukatan ni.. 10ml Dettol, 40ml sterile water.
Korang boleh lah sukat guna picagari atau lain2 alat sukatan yang bersesuaian ye..
Then finally letak dalam botol spray. Korg leh guna je botol2 spray kosong yg korg ada.
Tapi, ikut pharmacy tu. FORMULA NI HANYA SESUAI UNTUK ORANG DEWASA DAN KANAK2 UMURNYA 10 TAHUN KE ATAS JE TAU. INI DISEBABKAN ATAS FAKTOR KETEBALAN KULIT.
Dettol nye effect agak kuat jugak. Takut ada effect dekat kulit kanak2 yg umurnya bawah 10tahun.
Kalau kita cerita kos pulak, xda lah mahal sangat..
Dengan kos RM11.70.Boleh lah buat 5 botol 50ml hand sanitizer.
Kalau dengan harga semasa RM8.00 sebotol 50ml hand sanitizer. Total kos 5 botol, RM40. Tapi buat sendiri pakai formula Dettol+Sterile Water ni. Boleh lah SAVE RM28.30!
Dari tak ada langsung. OK jugak lah option ni.
Anyway, yg paling penting kita kena jaga kebersihan guys!
Kalau korang tak nak buat hand sanitizer versi Dettol+Sterile Water ni; -Kerap2 lah basuh tangan -Elakkan berada di tempat awam. Kalau terpaksa juga terdedah dekat tempat awam. Jangan lupa pakai mask ye!
Jangan lupa kerap cuci tangan.
Moga kita terhindar dari dijangkiti wabak COVID-19 ni.. Amin..
Lelaki diciptakan oleh Allah S.W.t sebagai pemimpin. Di bahu mereka terletak tugas dan tanggungjawab yang besar. Malah di bahu mereka juga dibebani dengan amanah yang berat untuk dipikul iaitu diperintahkan menjaga wanita sepertimana firman Allah dalam Surah An Nisa’ ayat 34 yang bermaksud ”Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum wanita. Oleh itu Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan) dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari hartanya (surah An Nisa’ ayat 34).
Ternyata, dari usia sekecil 12 tahun, Nik Nur Muhammad Akid Najwan sudah memikul tanggungjawab memikul sebagai ketua keluarga biarpun kanak-kanak lain seusianya bebas bermain.
Hal ini berlaku selepas bapanya, Nik Razuan Nik Par didapati lumpuh manakala ibunya Zaleha Manaf pula masih dalam berpantang hari ke 20 selepas melahirkan anak keempat.
Dalam laporan Sinar Harian, Nik Nur Muhammad Akid Najwan tidak kekok memberikan susu buat ayahnya selain membersihkan bapanya yang terlantar selain menjaga tiga lagi adik-adiknya iaitu Nik Nur Aina Najma, 10, Nik Muhammad Bakri, 5, Nik Nur Basyirah, 20 hari.
Menurut Zaleha yang berusia 36 tahun itu lagi, nasib mereka sekeluarga berubah selepas kilang tempat suaminya bekerja di Kemaman mengecilkan bilangan pekerja mereka sebelum mereka sekeluarga pulang ke kampung halamana iaitu di Kelantan bagi meneruskan kehidupan.
“Sepanjang tujuh bulan suami terlantar, kami hanya bergantung kepada sedekah daripada sanak saudara untuk meneruskan hidup kerana ketika itu saya sarat mengandung, sukar untuk mencari kerja,” katanya.
Malah dirinya sangat bersyukur kerana anak sulungnya itu banyak membantunya termasuk sanggup tidur di sebelah katil bapanya yang terlantar sakit akibat masalah jangkitan kuman pada paru-paru sejak Ogos tahun lalu.
Bagi yang ingin meringkan bebanan keluarga ini, boleh salurkan bantuan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 1199 5411 00 3236 27 atas nama Zaleha Manaf.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?