Siapa sedang mencari calon suami? Apa kriteria anda? Ramai kata cinta itu buta; tiada kriteria khusus untuk dijadikan suami atau isteri, janji suka, terus kata Ya! Namun dalam Islam, tidak ada istilah cinta buta kerana ada banyak kriteria yang telah digariskan sebagai panduan sebelum wanita terima lamaran dan sebaliknya.
Khas untuk topik kali ini, kita cuba rungkai apakah kriteria calon suami yang ideal buat wanita. Tak adalah pilih sekadar sedap mata memandang atau menggunakan tagline ‘Tak Handsome Tak Apa Janji Kaya’ semata-mata.
Ramai lelaki yang baik di dunia ini, namun perlu ada kriteria tertentu yang diredhai Allah. Sebagai wanita sudah tentu kita mahukan suami yang mampu menjadi ketua keluarga bagi membimbing kita dan anak-anak ke syurga.
Kita akan bersama dengannya seumur hidup bukan sebulan dua. Dengan kata lain, kriteria bakal suami perlu diperhalusi sehabis baik supaya tak menyesal di kemudian hari. Kita lihat kriteria yang dianjurkan Islam.
Artikel berkaitan: 10 Hak Isteri Wajib Suami Tunaikan; Antaranya Suami Sedap Dipandang
Artikel berkaitan: Hak Isteri Selepas Bercerai, Suami Jangan Ingat Boleh Lepas Tangan
Kriteria paling utama dalam list ialah dia beragama Islam. Sudah jelas bahawa sebagai Muslimah, wajib mencari atau menerima calon suami beragama Islam. Jika bertemu jodoh dengan bukan Islam, maka berikan dia masa mendalami ilmu agama dan memeluk Islam sebelum berkahwin.
Sebagaimana firman Allah:
“…Janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik (dengan wanita-wanita mu’min) sebelum mereka beriman. Sesungguhnya budak yang mu’min lebih baik daripada orang musyrik walaupun dia menarik hatimu. Mereka mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke surga dan ampunan dengan izin-Nya…” (Q.S. Al-Baqarah: 221).
Ini jelas menunjukkan bahawa, lelaki muslim itu lebih baik daripada lelaki musyrik walaupun anda amat menyukai dan menyayanginya.
Si dia perlulah taat dengan ajaran atau perintah agama. Sebagaimana dijelaskan dalam salah satu hadis, Nabi Muhammad SAW bersabda,
“Bila datang seorang laki-laki yang kamu redha agama dan akhlaknya, hendaklah kamu nikahkan dia, karena kalau engkau tidak mau menikahkannya, nescaya akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang meluas.” (H.R. Tirmidzi dan Ahmad).
Kesimpulannya, seorang wanita elok dinikahkan dengan lelaki soleh dan baik akhlaknya. Tentunya yang dimaksud taat beragama di sini ialah menjalankan perintah dan menjauhi larangan Allah SWT dan RasulNya, di samping baik perilakunya.
Sebagaimana firman Allah SWT dalam Al-Qur’an:
“Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu dan keluargamu dari seksa api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat kasar, yang keras, yang tidak menderhakai Allah atas perintah Allah kepada mereka dan selalu taat pada apa yang diperintahkan.” (Q.S. At-Tahriim: 6)
Anak yang berbakti kepada orang tua memperoleh jaminan untuk mendapatkan keselamatan kelak berupa syurga.
Jadi, pilihlah suami yang berbakti kepada orang tuanya kerana dia sudah pasti mendapatkan keselamatan kelak berupa syurga.
Sedemikian sehingga nanti anda (wanita) juga akan dibimbingnya agar mendapatkan keselamatan berupa syurga pula, Insya Allah.
Hal ini sangat penting kerana ia berkait rapat dengan menampung kehidupan berkeluarga. Setelah bernikah, pasangan tidak wajar bergantung harap kepada orang tua. Dia seharusnya mampu berdikari. Berdikari agar boleh memberi nafkah kepada keluarga.
Perkara ini ada disebut dalam hadis:
“Hai golongan pemuda, barangsiapa diantara kamu ada yang mampu (untuk membelanja) perkahwin, hendaklah dia berkahwin, karena kahwin itu akan lebih menjaga pandangan dan akan lebih memelihara kemaluan; dan barangsiapa belum mampu berkahwin, hendaklah ia berpuasa, kerana puasa itu ibarat mengawal nafsu.” (H.R. Ahmad, Bukhari dan Muslim).
Kesimpulannya, lelaki yang sesuai sebagai calon suami ialah yang mampu berkahwin. Dalam erti kata lain, dia mampu mencari nafkah dan berdikari.
Cari calon suami yang ada pengetahuan agama setara atau lebih baik daripada isteri. Pastikan bakal suami memiliki pemahaman agama lebih baik daripada isteri.
Hal ini disebabkan rumah tangga yang baik harus dibangunkan dengan asas agama yang kuat.
Suami merupakan imam dalam keluarga yang sudah jelas tugasnya untuk membimbing keluarganya. Hal ini tidak dapat ditawar-tawar lagi, suami adalah imam dalam keluarga.
Kashoorga: Memang bukan kerja mudah nak temui calon lelaki yang mempunyai semua kriteria dinyatakan, namun seboleh mungkin cari yang memiliki kebanyakan ciri yang dinyatakan demi kesejahteraan diri dan rumahtangga yang dibina.