Kuasa Allah, dua hari terperangkap dalam runtuhan, kanak-kanak enam tahun ditemui masih hidup di sisi mayat neneknya yang telah meninggal dunia.
Segala yang berlaku atas kekuasaan Allah. Siapa sangka walaupun selepas dua hari, anak ini ditemui masih hidup dan selamat walaupun neneknya telah pergi dulu.
Seorang kanak-kanak ditarik keluar dari bawah runtuhan sebuah rumah dalam keadaan masih hidup meskipun terperangkap di bawah runtuhan itu selama dua hari, lapor stesen penyiaran CNN semalam.
Situasi itu memberi harapan kepada waris mangsa yang masih mencari orang tersayang selepas gempa bumi cetek menggegarkan rantau Cianjur, wilayah Jawa Barat pada Isnin lalu.
2 Hari Terperangkap
Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), anggota penyelamat menyelamatkan kanak-kanak bernama Azka Maulana Malik itu di kampung Nagrak, dalam daerah Cugenang, Indonesia.
Ads
Satu rakaman video menunjukkan situasi ketika kanak-kanak tersebut dibawa keluar oleh anggota penyelamat.
Dia ditemui bersebelahan dengan mayat neneknya, demikian menurut BNPB.
Dalam Runtuhan
Azka kini dirawat di sebuah hospital di Cianjur, lapor media tempatan. Pasukan penyelamat sebelum ini telah membawa keluar mayat ibu bapa kanak-kanak lelaki tersebut.
Gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter melanda Cianjur sekitar pukul 1.21 petang (waktu tempatan) pada kedalaman 10 kilometer, demikian menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Ads
Kanak-Kanak Enam Tahun Ditemui Masih Hidup
“Angka kematian kini meningkat kepada 271 orang,” kata Ketua BNPB, Mejar Jeneral Suharyanto dalam satu sidang akhbar semalam sambil menambah, lebih satu pertiga daripada mangsa yang maut adalah kanak-kanak.
BNPB juga telah mendirikan 14 khemah pelarian dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk penduduk yang hilang tempat tinggal.
Sementelah itu, Suharyanto jelaskan mangsa-mangsa dijangka meninggalkan khemah sementara mereka dan berpindah ke khemah utama. – Agensi
“Finding the right man for marriage is the second challenge. The first challenge is to be the right woman that a right man wants to marry.”
bila dah semakin matang, yuyu selalu impikan lelaki yang baik lagi soleh. tak kisahlah kalau kalau dia pernah nakal dulu. dan yuyu yakin, bukan yuyu saja impikan lelaki macam tu, tapi, mungkin hampir semua perempuan.
tapi, terfikir tak layakkah kita semua (perempuan) untuk lelaki yang kita selama ni idamkan? lelaki baik lagi soleh. lelaki yang pandai menjaga agamanya. pandai pulak jaga nama. hmm. macam nak simpan dalam almari. sayang. takut nanti perempuan lain ambik.
hikhik.
pernah dengar ayat ini dari Surah an-Nur ayat ke 26? Allah S.W.T berfirman: “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”
walaupun, ayat ini bukan lah satu janji dari ALLAH, tapi ia adalah satu peringatan dari-Nya, semua orang melakukan kesalahan, dan semua orang berhak untuk berubah dan berhak mendapat yang terbaik.
quote dan potongan Surah an-Nur atas tu, ada kaitan. sebagaimana yuyu takda la bagus mana sangat dalam bab agama, tapi, yuyu nak sangat kongsi dengan semua, apa yang lecturer yuyu pernah cakap dulu di kelas subject Jurisprudence. Ustaz Yusef Niteh nama ustaz yuyu tu.
kata ustaz ;
“kalau nak pilih pasangan, pilih yang yang baik baik. InsyaALLAH selamat dunia akhirat. tapi sebelum mencari pasangan yang baik, diri sendiri pun kena jadi baik. perempuan baik untuk lelaki baik, lelaki baik untuk perempuan baik.
kalau berubah, berubah kerana ALLAH, jangan kerana “Z” (ustaz suka guna Z untuk ganti nama laki) . kalau kamu berubah sebab Z, Z suruh suka perempuan pakai tudung, kamu pakai tudung, buat baik sebab nak dapat Z, nanti bila tak dapat Z, kamu mula la nak nangis nangis, nak berubah la.
sebab kamu tak ikhlas lagi.
tapi, bila kamu berubah untuk ALLAH, nanti kamu takkan sedih bila ALLAH beri ujian kat kamu kalau dapat lelaki tak berapa baik. insyaALLAH, ALLAh juga jaga kamu dan tolong kamu untuk berubah. pahala pun kamu dapat.
selalunya, lelaki baik akan dapat perempuan baik. tapi kalau kita dah baik, tapi dapat lelaki tak berapa baik tu, anggaplah tu ujian.”
betul bukan? :’)
untuk cari pasangan yang betul memang susah. tapi lagi susah untuk betulkan diri. kalau nak lelaki yang jaga solat, terlebih dahulu, kita sendiri yang patut jaga solat kita. kalau nak lelaki yang pandai jaga duit bagai, sepatutnya, kita sendiri yang betulkan diri kita untuk pandai jaga diri.
yuyu pernah. berubah untuk lelaki. sekali lelaki tu ada perempuan lain, yuyu down sangat sangat. sebab bagi yuyu, dialah lelaki yang paling bagus yuyu pernah jumpa. hampir sempurna kepada ciri ciri lelaki yang yuyu suka. (cis.. -.-‘ terpaksa bagitau semua ni)
tapi, makin lama yuyu cuba betulkan diri yuyu sendiri. ikhlaskan diri berubah kerana ALLAH. bukan senang, sungguh susah. tapi Alhamdulillah. ALLAH akan selalu bantu hamba hambanya yang berubah ke arah kebaikan dan selalu berdoa.
dan yakinlah pada ALLAH, ALLAH tak pernah salah memberi sesuatu kepada hamba-Nya.
dan yuyu selalu ingatkan diri yuyu, perkahwinan, bukanlah sesuatu yang suka suka. penuh dengan tanggungjawab, amanah, ujian, dan bukanlah untuk jangka masa yang pendek, tapi selama kita hidup dan InsyaALLAH akan diteruskan hingga ke generasi infiniti.
dan yuyu faham, kenapa perkahwinan selalu dikaitkan dengan ‘Bina Masjid’ dan bukan Kem Bina Negara ataupun Bina Rumah bukan juga Bina Supermarket -.-‘
sebab musabab, dengan harapan, dengan berkahwin, kita seperti membina Masjid. yang suatu hari nanti kita akan penuhi masjid kita dengan jemaah yang soleh dan solehah. yang selalu dekatkan diri dengan ALLAH. jemaah kita yang penuhkan masjidkan kita tu adalah Anak Anak kita seterusnya.
sweetkan
semoga kita semua sudah bersedia untuk berubah ke arah kebaikan dan terus istiqamah. dan semoga kita semua akan ditemukan dengan pasangan idaman kita semua. amin
Jodoh itu rahsia ALLAH. dan ALLAH telah pun tertulis jodoh terbaik untuk kita di luh mahuz.
Nak jadi suami yang dihormati dan ditaati oleh isteri dan anak tak perlu jadi garang. Ada cara lain yang boleh digunakan untuk seorang suami untuk memperoleh hak tersebut.
Suami yang terlampau garang sehinggakan membuatkan isteri serta anak-anak sentiasa berasa takut maka ia boleh mendatangkan keburukan kepada keluarga. Ketua keluarga perlu dihormati tetapi bukan ditakuti.
Ikuti perkongsian disampaikan oleh Ustaz Wadi Annuar tentang sikap suami garang yang dimuat naik di Tiktok oleh @mfzzy.
Suami garang jejaskan keluarga
“Antara perangai suami yang boleh menjejaskan keluarga ialah bila suami terlalu garang. Bila isteri dia masak kurang garam, dia lempar pinggan.
“Dah lah aku balik kerja lapar, hang buat tawar pula’ lempar pinggan. Suami saya boleh kata macam itu kepada saya.
“Ustaz dia lempar makanan saya masak, suami saya ini ustaz perangai daripada sebelum kahwin sampailah kahwin tak ubah perangai.” katanya dalam video berkenaan.
Kisah Saidina Umar
Ustaz Wadi juga turut berkongsikan kisah tentang Saidina Umar yang merupakan antara manusia paling garang, tetapi bila dengan isterinya, Saidina Umar hanya mendengar sahaja.
“Antara manusia yang paling garang dalam dunia ini ialah Saidina Umar Bin Al-Khattab. Saidina Umar garang, tegas. Tapi apabila isteri dia berleter, Saidina Umar hanya mendengar sahaja.
“Dia tak taip masej, dia tak baca surat khabar, dia tak tengok televisyen, dia tak main game. Dia hanya mendengar, dia kata sebab isteri inilah yang telah melahirkan anak untuk aku, menyusukan anak aku dan membesarkan anak-anak aku.
“Apalah kiranya, apabila isteri-isteri kita meluahkan perasaan mereka untuk kita dengar. Itu kira luah perasaanlah berleter itu.” jelasnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata wanita tidak menyukai sifat suami yang melemparkan makanan tersebut. Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman sendiri mengalami situasi yang sama seperti mana yang dikongsikan oleh ustaz itu.
Ada duit kita mampu membeli segala-galanya. Mampu membeli barangan mahal dan eksklusif dan mampu menikmati hidup apa yang kita corakkan.
Perkongsian usahawan tudung, Haliza Maysuri yang juga pengasas dan pemilik Bawal Exclusive di Tik Toknya mengenai harga telekungnya RM16,000 mengundang reaksi orang ramai.
Dalam akaunnya, usahawan ini memaklumkan telekung harga RM16,000 untuk jumpa Allah. Tulisnya lagi, barulah rasa tak bersalah pakai bag harga belasan ribu untuk jumpa kawan-kawan.
“Semuanya Allah yang beri,” katanya sambil menggayakan telekung berkenaan.
Dalam pada itu, perkongsiannya mendapat respon dari orang ramai di mana ada pro dan kontranya.
Ada menulis, ia adalah sifat riak bahkan kata mereka, harga bukan nilai ukuran bertemu Allah tapi keikhlasan.
Tapi jika dipandang dari satu sudut positif, ramai mampu membeli bag tangan atau baju mahal-mahal dan kelihatan bergaya saat bertemu kawan-kawan namun bila bertemu Allah, tidak ramai berani mengeluarkan duit yang banyak untuk membeli telekung yang sangat selesa saat mengadap Allah.
Apa pun pandangan kita, paling utama, jangan pernah tinggalkan solat kerana ia tiang agama. Jika tiang ini roboh atau runtuh, hidup kita juga roboh.
Sambut tahun baru mungkin sudah menjadi acara tahunan bagi sesetengah daripada kita. Malah untuk sambutan tahun baru 2025 ada yang sudah membuat perancangan lokasi...