Ungkapan I Love You mungkin biasa sahaja kedengarannya. Namun percayakah anda bahawa ungkapan itu sangat berkuasa? Malah ayat itu sebenarnya boleh menjadikan seseorang runtun hatinya mengikut situasi yang sedang berlangsung. Jom perhatikan situasi anda yang mungkin terusik dengan ungkatan ‘aku cintakan kamu’
KETIKA BERGADUH
Ketika bergaduh antara suami dan isteri, jika ada salah seorang mengungkapkan ‘I love you
Keadaan bergaduh suami isteri memang tidak dapat dielakkan. Maklumlah dua individu berbeza perlu berkongsi semuanya. Maka akan wujudlah situasi berbeza yang boleh mencetuskan perselisihan faham.
KETIKA BERJAUHAN
Jika ada antara anda yang perlu bertugas di luar kawasan, cubalah telefon pasangan anda dan bisikkan ‘I love you
Ungkapan ini sungguh berkuasa hingga mampu mencetuskan rasa rindu yang teramat kepada pasangan.
KETIKA DIA SUDAH TIADA
Ungkapan ‘I love you‘ jika ditulis pada kertas oleh pasangan anda, simpanlah kertas itu sebaik mungkin. Jika umur si dia tidak panjang, dan anda menatap kembali tulisannya di atas kertas itu, pasti emosi anda terganggu. Terasa-rasa si dia masih ada. Terasa-rasa ingin bersama si dia. Kenangan manis bersamanya akan bermain di mata. Begitulah hebatnya ungkapan ‘I love you
VIDEO: