
Macam mana nak tahu dalam solat Istikharah itu ialah petunjuk untuk kita ya? Solat Istikharah dilakukan apabila seseorang itu ingin melakukan sesuatu perkara tetapi dia tidak pasti apakah perbuatan atau tindakannya itu membawa kebaikan ataupun tidak kepada dirinya. Maka untuk itu bagi memohon petunjuk dan keredaan adalah dituntut baginya supaya melakukan solat sunat istikharah. Pelaksanaannya sama dengan solat-solat sunat yang lain.
InsyaAllah kita akan mendapat jawapan atau tanda-tanda alamat melalui mimpi atau gerak rasa. Jika anda rasa tidak sedap hati, maknanya jika anda teruskan juga untuk melakukan nya, ia akan jadi musibah. Jika kita rasa tenteram dan tenang, maka kita sudah tahu jawapannya. Dan teruskan niat tersebut. Solat istikharah sangat digalakkan untuk mereka yang mahu mendapat jalan keluar terbaik kerana keputusan yang dibantu hidayah selalunya akan membawa hasil diharapkan.
Da’i Wan berkongsi tentang ‘hikmat’ solat Istikharah.

KASHOORGA: Bila disebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas dan sangat digalakkan oleh Rasulullah SAW.
Sumber kredit: Da’i Wan
https://www.youtube.com/watch?v=faZnS8NXT3E&t=91s
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Nikahi Wanita Itu Kerana Empat Perkara, Harta, Keturunan, Cantik & Agama, Tapi Pilihlah Agama

Jika mahu berkat sebuah perkahwinan, nikahilah dia kerana agamanya. Perkahwinan adalah komitmen sepanjang hayat yang memerlukan keserasian dan persefahaman.
Keberkatan dalam sesebuah perkahwinan juga bergantung kepada tahap agama masing-masing.
Berkahwin bukan sekadar memenuhi tuntutan fitrah semata-mata tetapi lebih daripada itu. Apatahlagi buat pasangan yang mendirikan masjid dalam usia yang masih muda.
Berikut perkongsian daripada ustaz Aiman Banna.
https://www.instagram.com/p/Bqe5EgVgAhX/?utm_source=ig_web_copy_link
Gambar selepas majlis walimah kami 3 tahun lepas. Saya buka kopiah & serban sebagai tanda ikatan serban ini tiada jaminannya untuk mengikat hubungan cinta hingga Syurga, tetapi ikatan iman & taqwa dalam simpulan cinta sahajalah yang mampu jadi asbab senyuman bahagia kami saling bersua di Jannatul Firdausi al-A’laa.
Mengambil tanggungjawab seorang suami ketika masih umur belasan tahun bukan perkara yang boleh buat main. Siapa sangka, beberapa tahun selepas itu dikurniakan anak pertama yang bernama Aisya Humaira.
Di sini, saya ingin kongsikan sekelonet pengalaman dengan sahabat-sahabat yang ada niat ingin menghalalkan cintanya dengan seorang perempuan yang dia cinta sepenuh jiwa.
BUKAN KERANA CINTA SEMATA
Sahabat, janganlah nikah hanya berdalilkan cinta sahaja. Kerana rasa cinta boleh jadi sifar bila-bila masa sahaja. Ingat, syaitan tidak pernah berputus asa untuk musnahkan kita!
Sebelum nikah, dia akan pastikan sepasang kekasih berakhir dengan zina, manakala selepas nikah dia akan pastikan pasangan bercerai-berai. Itu misi mereka.
Antara belitan Syaitan yang dilaknat itu ialah dia akan membuatkan kita benci dengan isteri yang sudah dinikahi. Dia akan membuatkan kita rasa kehadirannya satu beban, harta kita mula kurang. Kita akan mula rasa keturunannya tidak baik, ataupun mungkin dia tidak mampu lahirkan keturunan anak cucu buat kita. Juga syaitan akan membuatkan matamu melihat wanita lain lebih cantik dan indah daripada isterimu itu.
PILIHLAH KERANA AGAMA
Jadi sebab itulah kata-kata Nabi yang mulia ini perlulah kita jadikan pedoman,
Dinikahi wanita kerana empat perkara.
Harta.
Keturunan.
Cantik.

Sahabat, jangan pilih salah satu antara tiga itu. Tetapi pilihlah yang keempat. Iaitu…
AGAMA.
Oleh itu, jangan nikah semata kerana cinta membuta asbabmu semata. Nikahilah kerana taqwa. .
Kerana taqwalah yang akan membuatkan anak matamu hanya melihat wanita itu menjadi bidadari dunia dan Syurgamu. Cantik, sangat cantik. Juga, kamu akan redha dengan taqdir keturunnya denganmu. Biar tiada harta dan tidak kaya, kerana kalian ingin bina istana bahagia di Syurga, tidak terpedaya dengan dunia yang sementara.
Konklusinya, nikahilah dia kerna taqwa.
Artikel Berkaitan: Hikmah PKP, Lelaki Ini Deko Rumah Bersama Tunang Bajet Bawah RM2 Ribu. Lepas Kahwin Boleh Terus Pindah!
Sumber Kredit: @Aimaan Banna
Kashoorga: Persediaan untuk melangkah hari bahagia, boleh layari sini
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Banyak Kali Tertangguh Akhirnya Impian Berbulan Madu Pasangan Ini Tercapai Bila Dah Ada Anak Dua

Anda mungkin sahaja sudah berkahwin dan telah melewati bulan madu yang menyenangkan di awal-awal perkahwinan dahulu. Namun ini bukan bererti berbulan madu tidak ‘diperlukan’ lagi. Seiring dengan tahun-tahun perkahwinan, ramai pasangan yang hanya melewati perkahwinan hanya dengan rutin yang membosankan. Keadaan sebegitulah yang membuatkan bulan madu penting untuk dilakukan. Banyak manfaat yang boleh diperolehi oleh setiap pasangan dengan merencanakan bulan madu.
Berikut perkongsian Raimi al-Banjari tentang bulan madunya yang tertangguh.
HONEYMOON YANG TERTANGGUH
Seingat saya, belum ada official honeymoon semenjak kami berkahwin. Berjalan berdua tu adalah dekat PD dan lain-lain tempat. Lepas kahwin, terpaksa berjauhan dengan isteri. PJJ. Tempoh masa yang perit dan memeritkan.
Kami masih dengan cara lama, ortodoks barangkali, dengan tidak berjalan ke mana-mana selepas bernikah. Hanya ada kesempatan ziarah ke rumah sanak-saudara kedua-dua belah. Itulah paling utama, memandangkan kami tidak pernah mengenali antara satu sama lain.
Tatkala melihat teman-teman lain sudah terbang ke seberang bagi honeymoon masing-masing, untuk dibius cinta. Cemburu tu boleh tahan jugak lah ?
Lepas isteri habis belajar, isteri sarat mengandung. Saya berhenti kerja dan menggunakan simpanan yang ada untuk mula berbisnes. Kami mula dengan 0. Makan bercatu. Cuba sedaya upaya berjimat cermat di sini dan sana. Pakai apa adanya. Makan apa yang termampu. Pergerakan di tahap minima. Simpanan kewangan makin menipis.
Rezeki Allah tak pernah salah alamat. Alhamdulillah. Datangnya Adam Soleh membuka pintu rezeki kami sekeluarga seluasnya.
Pepatah Arab ada mengatakan,
“Barangsiapa tidak merasa, ia tidak akan tahu”
Syukur isteri saya sangat memahami. Beberapa kali tertangguh nak berjalan. Keutamaan diberikan pada perbelanjaan keluarga. Merasa susah di awal perkahwinan adalah satu pengalaman yang sukar digambarkan. Letih dan lelah menahan emosi dan ego. Peritnya Allah sahaja yang tahu. Kami sedar kami tidak keseorangan. Ramai juga pasangan lain merasa susah pada awal perkahwinan. Ia adalah nikmat yang singkat tapi padat. Terima apa adanya. Bersyukurlah apa yang kita ada, sebelum menangis bila dah tiada.

Isteri kita, menerima kita saat kita bukan siapa-siapa.
Isteri kita, menerima kita saat kita tiada apa-apa.
Isteri kita, selalu disisi saat tiada siapa mengenali kita.
Isteri kita bangga dengan kita walau kita tiada nama.
Isteri kita sudi disisi kita walau kita tidak berharta.
Selamat Berbulan Madu Wahai Bidadari Hatiku.
Semoga redha Allah bersama kita Insyaallah.
Suami yang hina dan dina untuk wanita yang mulia seperti kamu.
Sumber kredit: Raimi al-Banjari
VIDEO:
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Persiapan Terpenting Sebelum Berkahwin, Ini Yang Paling Sering Diabaikan

Persediaan awal dan rapi dalam merencanakan majlis perkahwinan buat pasangan merupakan perkara penting yang perlu dititikberatkan sebelum majlis berlangsung. Ramai bakal pengantin lebih mengutamakan persiapan perkahwinan berbanding persiapan dalaman.
Sepatutnya persiapan pertama dan paling utama bagi sesiapa pun yang akan berkahwin ialah niat. Adanya di dalam hati. Ia berkait rapat dengan motif dan tujuan. Dalam bahasa umum, niat ini sering disamakan dengan komitmen.
Niat yang betul banyak mempengaruhi sesebuah rumah tangga. Dalam kehidupan kita sebagai Muslim, niat berkahwin harus ‘ditujukan’ kepada Allah Ta’ala dan Rasulullah yang mulia. Berkahwin merupakan perintah Allah Ta’ala di dalam Al-Quran. Berkahwin juga adalah sunnah Nabi Muhammad yang mulia.
TAK SEMUDAH SEPERTI YANG DIUCAP
Bahkan ditegaskan oleh Nabi Muhammad SAW, siapa yang menolak sunnahku (termasuk berkahwin), ia bukan termasuk umatku. Jika bukan umatnya, kepada siapa lagi akan meminta syafa’at di hari akhirat kelak?
Menyatakan ‘berkahwin kerana Allah dan RasulNya memang amat mudah. Tapi tidak demikian dengan melakukannya. Ia bukanlah semudah seperti mengungkapkan kata-kata.
Jika anda berkahwin kerana Allah Ta’ala maka semuanya akan mudah. Ini kerana tiada satu pun aturanNya yang menzalimi manusia. Semua aturan yang disyari’atkanNya, pasti akan melahirkan kebaikan yang berlipat-ganda, melebihi dari yang kita harapkan.
Jika anda berkahwin kerana Allah, maka alasan-alasan duniawi tidak lagi menjadi keutamaan. Berkahwin bukan kerana soal harta, rupa, dan sejenisnya. Tetapi tentang ibadah yang muaranya adalah kedekatan seorang hamba kepada Allah Ta’ala hingga bermuara kepada syurga dan pertemuan denganNya.
BUKAKAN PINTU HATI
Jika berkahwin kerana Allah, segala urusan dipermudahkan. Ini kerana semua aturanNya mudah kerana Dia Maha Memudahkan. Jika berkahwin kerana Allah kemudian banyak rintangan yang ‘menghiasi’ di sepanjang perjalanan perkahwinan-sebelum atau setelah akad nikah maka hal itu hanya akan menjadikan anda semakin kuat dan terus mempertahankan perkahwinan yang dibina.

Memang tidak mudah berkahwin kerana Allah apatah lagi jika seseorang itu belum terbiasa atau baru berjinak-jinak untuk taat kepada perintah Allah. Apa yang boleh dilakukan ialah bukakan pintu hati sepenuhnya untuk mengikuti segala perintah Allah dan sunnah Nabi. Dengan cara ini perkahwinan itu akan menjadi mudah untuk dijalani.
Agak merugikan jika persiapan ini diabaikan kerana ia menjadi penentu kebahagiaan sesebuah rumah tangga. Moga niat berkahwin ini menjadikan rumah tangga yang dibina mendapat rahmat dan barakah daripada Allah SWT.
VIDEO KASHOORGA:
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI