Hubungan

‘Kuasa Tuhan, Saya Tak Menolak Rezeki.’ Januari Baru Dapat Baby Kelapan, Sekarang Isteri Hamil Lagi

Share

‘Kuasa tuhan, saya tak menolak rezeki.’ Januari baru dapat baby kelapan, sekarang isteri hamil lagi anak kesembilan.

Malahan menurut penyanyi dan komposer Harry Khalifah, pengalaman miliki 8 orang anak, membuatkan dia sekeluarga lebih bersedia menyambut kelahiran ke-9 nanti.

Tidak dinafikan setiap pasangan yang berkahwin berhak memilih untuk memiliki ramai anak atau sebaliknya.

Artikel Berkaitan: 

Doa Ibu Boleh Tembus Ke Langit Tanpa Ada Filter. ‘Nak Anak Berjaya, Kena Doa Dari Baby.’

Kena Ingat, Jangan Anggap Anak-Anak Ramai & Pasangan Sebagai Beban, Tapi Pembawa Rezeki

Kuasa Tuhan

Biarpun sering dianggap susah, percaya atau tidak setiap anak mempunyai rezeki masing-masing yang sudah ditetapkan. Begitulah juga pendirian buat bapa beranak lapan ini.

Sangat bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT, Harry akui dia dan isteri begitu gembira apabila mengetahui akan hadir anak kesembilan.

Pasangan ini baru saja menyambut kelahiran cahaya mata kelapan pada Januari lalu.


Saya Tak Menolak Rezeki

Malah Harry juga telah menjangkakan isterinya yang bernama Noormala akan kembali hamil dalam masa terdekat.
“Ketika mencuci uri anak kelapan sebelum ini, ibu saya ada berkata isteri akan hamil lagi dan anak seterusnya dekat.

“Orang tua tahu biasanya tahu bila akan dapat anak lagi apabila mencuci uri bayi. Ini adalah kuasa Tuhan dan saya tidak menolak dikurniakan rezeki anak.

“Semestinya saya akan gembira dan bersyukur mendapat tahu tentang kehamilan isteri kali ini.

Januari Baru Dapat Baby Kelapan

“Pengalaman memiliki lapan orang anak sekarang ini membuatkan kami lebih bersedia menyambut kelahiran kesembilan nanti,” ungkapnya.

Harry yang bakal tampil dengan sebuah lagu baharu berjudul Lagu Untuk Amy hasil ciptaannya sendiri akui sebagai seorang bapa dia punya tanggungjawab yang sangat besar.


Sekarang Isteri Hamil Lagi

“Saya tidak pernah anggap memiliki anak ramai sebagai satu beban. Setiap anak yang dilahirkan itu adalah rezeki dan saya harus menjaga amanah ini dengan sebaik mungkin.

“Jadi sekarang ini memang perlu lebih kerja keras sebab anak semakin ramai.

“Nak berehat pun tiada masa disebabkan jadual kerja yang padat. Semoga anak-anak ini akan membesar menjadi soleh dan solehah.

“Buat mereka yang belum dikurniakan cahaya mata, jangan pernah berputus asa. Teruskan berdoa semoga dipermudahkan urusan untuk memilik anak suatu hari nanti,” sambungnya.

Baca Di Sini:

‘Gaji RM1800, 1K Bagi Isteri.’ Ikut Fakta Memang Tak Cukup, Alhamdulillah Rezeki Allah Tak Salah Alamat

“Dapat Semua Anak Perempuan, Jangan Bersedih.” Walaupun Susah Jaga Berbanding Anak Lelaki, Ada Berkatnya

Sumber : mStar Online

Foto : Instagram Harry Khalifah

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Published by
webadmin