Setiap insan yang dilahirkan ke dunia ini ada yang sempurna dan tidak. Namun insan yang dilahirkan kurang sempurna itu tidak pernah menganggap kekurangan itu sebagai alasan untuk berdikari menguruskan diri sendiri.

Seperti perkongsian Pn. Norfarrah Syahirah Shaari yang memberitahu bagaimana dia juga mampu memandu kereta seperti insan normal lain.

“Kuatkan Semangat & Belajar Kereta Guna Kaki 2 Minggu Je” – Video Wanita OKU Tanpa Tangan Ini Buat Ramai Terharu
Pn Norfarrah Syahirah

Menurutnya ketika diundang menjadi tetamu bagi pengisian Slot Inspirasi Program Pasca PT3 2019 anjuran Panitia ASk sekolah SMK TIWA, dia membeli kereta menggunakan duit hasil titik peluh sendiri sepanjang bekerja.

“Sebelum itu ada bertanya seorang kawan mengenainya dan satu hari saya kemudiannya dibukakan pintu hati untuk mula beli kereta.

“Saya kemudiannya ubah suai menjadi kenderaan sesuai untuk orang OKU dan belajar naik kereta. Dua minggu je saya belajar menaiki kereta menggunakan kaki.

“Perasaan takut itu memang ada maklumlah apabila berada di atas jalan raya, macam-macam risiko boleh berlaku.

IKLAN

“Tapi saya kuatkan semangat kalau saya tak buat memang saya tak mampu akan lakukannya seperti orang normal lakukan,” katanya yang juga turut menunjukkan caranya untuk bermekap, memakai tudung, menulis, minum melipat kain di majlis berkenaan.

“Kuatkan Semangat & Belajar Kereta Guna Kaki 2 Minggu Je” – Video Wanita OKU Tanpa Tangan Ini Buat Ramai Terharu

Pn Norfarrah Syahirah Shaari yang merupakan Ikon Inspirasi GPMS Daerah Bagan Datoh dan video bagaimana dia menunjukkan cara-cara memakai tudung menggunakan kedua-dua belah kaki kerana tidak mempunyai tangan telah jadi viral di media sosial.

Video yang mencetuskan viral ini telah diambil daripada laman facebook Tcher Collection TC yang dimuat naik Oleh Noraznira Ismail yang berkongsi mengenai aktiviti Pengisian Slot Inspirasi Program Pasca PT3 2019 anjuran Panitia ASk sekolah SMK TIWA.

IKLAN

“Kuatkan Semangat & Belajar Kereta Guna Kaki 2 Minggu Je” – Video Wanita OKU Tanpa Tangan Ini Buat Ramai Terharu

Syahirah adalah merupakan Ikon Inspirasi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang bertugas sebagai salah seorang staf di Kolej Komuniti Teluk Intan Perak.

Biarpun kekurangan fizikal, tidak mempunyai kedua-dua belah tangan, namun langsung tidak menghalang dia mempunyai kerjaya yang bagus serta turut boleh memandu kenderaan tanpa pertolongan sesiapa.

IKLAN

“Kuatkan Semangat & Belajar Kereta Guna Kaki 2 Minggu Je” – Video Wanita OKU Tanpa Tangan Ini Buat Ramai Terharu

Jadi tidak hairanlan pihak sekolah SMK Toh Indera Wangsa Ahmad, Batu Gajah telah menjemputnya untuk menyampaikan perkongsian kisah hidup yang menarik buat pelajar-pelajar pasca PT3 ini.

Malah perkongsian ini dapat dijadikan motivasi kepada pelajar supaya tidak mudah putus asa dalam menjalani kehidupan sebenar di masa akan datang.

“Kuatkan Semangat & Belajar Kereta Guna Kaki 2 Minggu Je” – Video Wanita OKU Tanpa Tangan Ini Buat Ramai Terharu

Rata-rata netizen yang turut melihat perkongsian video ini memberi komen positif.  Mereka kagum dengan semangat ditunjukkan wanita ini dan merasakan diri sangat kerdil di sisi Allah.

Nurzafahalila Kamis Subhanallah…..kagum sgt…..terasa kerdil sgt kita yg sempurna ni……
MasAyu Mamat Allahurabbi… Hebatnya ciptaanmu ya Allah
Lina Wan Subhanallah…..kagum sgt…..terasa kerdil sgt kita yg sempurna ni……jd bsyukur lh.. Tiada yg mustahil.. InshAllah..
Udak KecHik subhanallah..kagum.. hebat ciptaan Allah.tiada yg mustahil
Nor Suhana Hana Subhanallah…tiada alasan untuk kita manusia yg Allah ciptakan cukup sifat utk bermalas-malasan dan tidak berusaha…semoga dipermudahkan urusannya Ya Allah.
Ruziyah Mohd Yunus Subhanallah. Ciptaan Allah bagai sebutir permata.
Siti Khairunnisa ZakariaSubhanallah.. Masha allah… menitis air mata melihat kecekalan hati beliau. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
SUMBER: FACEBOOK TCER COLLECTION
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI