Hidup berjiran ini kena saling hormat-menghormati. Jika ada jiran menegur pasal kucing kalian, cuba minta maaf dan ambil inisiatif agar perkara yang sama tak berulang lagi.

‘Kucing memang kesayangan nabi.’ Penyayang biar bertempat, jangan bela hingga susahkan jiran dan buatkan jiran sakit hati dek kerana anda sebagai tuan kucing tak pandai menjaganya dengan betul.

Tak salah membela kucing, malah nak bela 20 ekor kucing sekaligus pun boleh, tetapi biarlah dijaga dengan baik dan rapi. Biasakan kucing peliharaan membuang di tempat sepatutnya, jangan di rumah jiran.

Kita nak buat baik sekalipun jangan sampai menambah dosa tanpa disedari. Hati jiran juga perlu dijaga. Jangan sampai jiran sakit hati seterusnya lapor pada pihak berkuasa.

Artikel Berkaitan: Setiap Hari Beri Makan 40 Ekor Kucing Jalanan. ‘Ini Caranya Saya Kongsi Ganjaran Pahala Dengan Penderma Buah Pinggang Anak.’

Kucing Memang Kesayangan Nabi

Keletah kucing yang jinak dan manja membuatkan kucing menjadi haiwan peliharaan yang disukai penduduk negara ini. Namun tidak dinafikan, ada segelintir pemiliknya mengambil mudah perihal najis kucing membuatkan jiran dan penduduk berdekatan geram.

Mungkin ada di antara kita berhadapan situasi kediaman menjadi lokasi sasaran kucing ‘membuang hajat.’ Selain kotor, bau kuat yang terhasil menyebabkan rasa kurang selesa dalam kalangan penduduk sekitar.

Penyayang Biar Bertempat

Tidak dinafikan ada yang menyatakan serba salah apabila teguran tidak diambil cakna para pemiliknya dalam menguruskan najis haiwan peliharaan mereka.

Malah ia terus berulang menyebabkan kehidupan seharian terganggu. Situasi yang sama dilalui pengguna TikTok Abidah Mohd Noor di mana pekarangan rumahnya menjadi tumpuan kucing membuang hajat.

IKLAN

“Kucing memang kesayangan nabi. pastikan kucing anda tidak membuang di laman jiran,” titip Abidah pada ruangan kapsyen.

“Tahi kucing. Satu, dua, sampai tiga longgok. Bela kucing menyusahkan jiran,” tutur Abidah menerusi rakaman video ketika membersihkan halaman.

Baca Di Sini:

Rumah Amanah Sedia Pelihara 41 Ekor Kucing Arwah Adibah Noor, Tiada Bayaran Dikenakan

IKLAN

Video Sebak! Anak Kucing Diikat & Dibuang Hidup-Hidup, Kisah Wanita Masuk Neraka Zalimi Kucing Wajar Jadi Iktibar

Jangan Bela

Menurutnya, beliau tidak membenci haiwan itu tetapi tidak tahan dengan keadaan yang telah dilaluinya selama 20 tahun lalu.

Warga maya memberikan pelbagai reaksi. Malah ramai turut menyokong pendirian Abidah. Ujar mereka:

“Tidak salah membela kucing tetapi jangan sampai menyusahkan jiran.”

“Stress bila ada tahi kucing. Lebih geram bila tayar menggilisnya, habis lantai di anjung.”

“Saya memilih kurung dalam sangkar dan bersihkn setiap hari. Perlu tahu adab berjiran.”

“Bela kucing pelu sediakn pasir kucing untuk berak. Ajar si meow berak dalam pasirnya itu.”

Hingga Susahkan Jiran

Sebelum ini, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pernah berkongsi Akta 171 Akta Kerajaan Tempatan 1976, Seksyen 80 menyebut,

IKLAN

‘Sekiranya pihak berkuasa tempatan mendapati terdapat gangguan di kawasan awam atau kawasan persendirian, maka mereka boleh menghapuskan, menghentikan kacau ganggu ini dengan menghantar notis, mengambil tindakan undang-undang serta ganti rugi.

Dalam Seksyen 81 akta sama pula menyebut apa-apa binatang yang disimpan di sesuatu tempat atau dengan sesuatu cara atau dengan sebegitu besar bilangannya sehingga menjadi satu kacau ganggu.

Oleh itu, menurutnya seseorang berhak untuk melaporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan jika merasakan haiwan yang dibela jirannya telah mengganggu ketenteraman.

Hukuman denda yang dikenakan boleh mencecah sehingga RM1,000.

Kashoorga : Hidup berjiran ini kena saling hormat-menghormati. Jika ada jiran menegur pasal kucing kalian, cuba minta maaf dan ambil inisiatif agar perkara yang sama tak berulang lagi.

Sumber : Sinar Plus

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI