Kuku hiasan dengan pelbagai warna dan corak, biasa dipakai oleh wanita bila mahu ke satu-satu acara atau majlis agar tampil lebih menarik.

Malah Muslimah sendiri tidak terkecuali mengenakannya terutama bila dalam haid memandangkan tidak boleh bersolat. Akan tetap ramai yang memakainya tanpa mengambil kira akan hukumnya.

Ini kerana hukum memakai kuku hiasan ini walaupun harus namun hanya boleh ditunjukkan pada suami atau mahram saja. Perkara ini dijelaskan oleh Ustaz Azhar Idrus.

Hukum pakai kuku hiasan

“Setengah fuqahak mengharuskan perempuan memakai kuku hiasan iaitu kuku buatan yang diletakkan di atas kuku asalnya pada jarinya tetapi hanya boleh ditunjukkan di hadapan suami atau mahramnya sahaja.

“Ia tidak harus ditunjukkan kepada yang bukan suami atau yang bukan mahramnya,”terang Ustaz Azhar dalam catatan di media sosial beliau.

Ads

Dalam pada itu tambahnya ketika mengambil wuduk kuku hiasan ini wajiblah ditanggalkan kerana jika tidak maka air wuduk tidak akan sampai kepada kuku asal maka wuduknya menjadi tidak sah.

Majlis Fatwa Palestin menyebut :

Ads

فَلا يصحُّ الوُضُوءُ مع وجودِ أظافرَ صنَاعيَّةٍ؛ لأنَّها تُشَكِّلُ طبقةً عازلَةً تمنعُ وصولَ الماءِ للأَظَافِرِ الطبيعيَّةِ الأصليَّةِ، وكما هو معروفٌ أنّه لا يجوزُ إغفالُ غَسْلِ جزءٍ ولو كان يسيرًا من العُضْوِ المفروض غسلُه  كما أنّه لا يجوزُ للمرأةِ الخروجُ من البيتِ  بهَذِهِ الأظافرِ الصِّنَاعيَّةِ؛  لأنَّ هَذِهِ زينةٌ لا يجوزُ إظهارُهَا لغيرِ الزَّوْجِ أو المحارِم

Ertinya : “Maka tidak sah berwuduk serta ada segala kuku tiruan itu kerana sungguhnya kuku tersebut membentuk satu lapisan luaran yang menghalang sampainya air basuhan wuduk bagi segala kukunya yang asal.

Ads

Dan sebagaimana telah diketahui tidak boleh meninggalkan satu juzuk pun walaupun sedikit dari anggota yang wajib dibasuh.

Dan sungguhnya tidak harus bagi perempuan keluar dari rumah dengan memakai kuku tiruan ini kerana ia termasuk perhiasan yang tidak harus ditunjukkan selain suaminya dan sekelian mahramnya.” (Majlis Fatwa Batulmaqdis)

Sumber: Ustaz Azhar Idrus

Baca: Sunnah Paling Mudah Buat Hari Jumaat, Potong Kuku. Ikut Turutan Ini

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI