“Kurang Saingan Keistimewaan Bercinta Dengan Wanita Lebih Berusia” – Kenal Pasti 9 Lagi Kelebihan Lain!

Share

Sesungguhnya urusan jodoh itu hanya Allah yang tahu. Tetapi kita boleh memilih calon pilihan mana terbaik untuk dijadikan Imam memimpin diri ke syurga. Ada yang suka mereka yang umur sebaya dan ada juga sukakan wanita yang lebih berusia.

Apa kelebihan wanita berusia ini dibanding yang muda. Adakah kerana mereka ini lebih bersikap mantang dan tidak kebudak-budakan menyebabkan lelaki senang jatuh cinta dengan golongan ini.

Tidak kiralah pasangan lebih muda, sebaya atau lebih tua apa yang penting persefahaman dan saling bantu membantu antara satu sama lain. Jom kita lihat ciri-ciri wanita lebih berusia ini yang sering jadi dambaan kaum lelaki.

1. Bersikap Lebih Matang

Ini antara ciri utama menyebabkan lelaki gemar wanita berusia. Mereka ini boleh diajak bercakap apa sahaja persoalan dan segala pandangan selalu bernas dan boleh diterima akal. Wanita berusia lebih matang kerana dari segi perangainya dan bijak menentu hala tuju hidup mereka.

2. Punya Kewangan Stabil

Ada sesetengah wanita berusia ini mempunyai sumber kewangan yang kukuh. Mereka ini dikatakan pandai menyimpan duit dan tidak boros. Namun bukan ini bermakna lelaki itu hanya bergantung harap pada mereka. Tetapi sikap begini yang menarik perhatian kaum lelaki.

3. Lantang Bersuara & Bijak

Bab yang satu ini suarakan saja pada mereka. Namun mereka bukan bercakap kosong sebaliknya dengan pendapat serta idea bernas berdasarkan pengalaman sendiri. Jika tidak ada point jangan sesekali bermain kata dengan mereka kerana anda boleh dikenakan balik nanti.

4. Serius Dengan Keputusan Dibuat

Mereka tidak bermain-main dalam hubungan yang mereka bina, sebaiknya terus berfikir untuk ke arah masa depan. Bagi mereka, apa yang diputuskan itu adalah yang terbaik dan hasrat untuk membina kehidupan berumahtangga adalah yang terbaik.

5. Punya Emosi Lebih Stabil

Tidak bersikap kebudak-budakan dan lebih pandai menyimpan emosi. Mereka ini lebih bersikap positif dan mampu melihat potensi pasangan dan bersikap jujur. Namun jangan sesekali menipu mereka kerana sekali terkena mungkin diri anda tidak akan dimaafkan sampai bila-bila.

6. Pandai Bawa Diri

Wanita berusia juga seorang yang pandai membawa diri. Mereka lebih bijak bergaul dengan orang sekeliling dan bersikap sangat matang ketika berada dalam kumpulan yang ramai. Cara pergaulan mereka dengan orang sekeliling menunjukkan mereka lebih mengenali diri mereka sendiri berbanding orang lain.

7. Yakin Dengan Keputusan

Wanita berusia lebih tahu erti kehidupan dan akan memberitahu pasangan apa yang mereka mahukan dan lebih yakin atas semua itu. Sikap keyakinan yang tinggi membuatkan kaum lelaki tertarik untuk mengenali serta menjadikan calon isteri.

8. Kurang Saingan

Bercinta dengan wanita berusia kurang saingannya. Biasanya gadis muda lebih ramai dikejar oleh lelaki. Jadi, apabila kurang saingan, pasangan wanita berusia biasanya dilimpahi kasih sayang dan perhatian yang lebih.

9. Wanita Berusia Lebih Berkuasa

Lelaki muda kurang pengalaman dan kadang-kadang tidak tahu apa yang perempuan mahukan dari mereka. Oleh sebab itu wanita berusia lebih dominan lagi-lagi jika dia seorang ketua di tempat kerja. tetapi bila balik ke rumah dia tetap seorang isteri.

10. Lebih Bersifat Keibuan

Bab yang satu ini sangat betul, Sikap keibuan jelas terpancar saat dia melayan anak-anaknya. Ada yang mengatakan dalam diri lelaki sentiasa ada jiwa anak kecil. Sifat keibuan inilah yang dapat memenuhi kemanjaan tersembunyi ini.

Published by
Siti Zurina Mat Saman