Ramai yang memburu malam Lailatul Qadar. Ini kerana sebagai umat Nabi terakhir iaitu umat Nabi Muhammad, usia kita tidak akan mendapat 1000 tahun pun sebagaimana umat terdahulu.
Dan Allah menghadirkan malam Lailatul Qadar istimewa untuk kita kerana sesiapa yang bertemu malam ini pahalanya sama seperti kita beribadat selama 1000 tahun lamanya.
Di 10 hari terakhir ini, bagaimana kita hendak tahu bila berlakunya malam Lailatul Qadar ini dan bagaiamana keadaah pengiraan dibuat alim ulama terdahulu.
Kaedah Penentuan Lailatul Qadar
1. Kini kita sudah berada di minggu akhir bulan Ramadan. Dan malam ini merupakan malam yang ke 20 Ramadan.
2. Antara ciri orang yang berjaya menghayati dan mendapat kelebihan serta keberkatan amal soleh di bulan mulia ini adalah mereka sentiasa menantikan Lailatul Qadar yang waktunya tiada siapa pun yang tahu melainkan Allah.
3. Namun, para ulama telah berusaha meneliti berdasarkan pengalaman mereka dalam menemukan Lailatul Qadar, antaranya ialah imam al-Ghazali. Beliau telah menghasilkan kaedah ringkas bagi mengetahui dan menentukan Lailatul Qadar tersebut sebagai panduan umat Islam.
4. Menurut imam al-Ghazali dan selainnya, Lailatul Qadar boleh diketahui berdasarkan hari pertama jatuhnya bulan Ramadan dengan rumus berikut:[1]
فإن كان أوله يوم الأحد أو يوم الأربعاء: فهي ليلة تسع وعشرين.
i. Jika awal Ramadan jatuh pada hari Ahad atau Rabu, maka Lailatul Qadar jatuh pada malam ke-29.
أو يوم الاثنين: فهي ليلة إحدى وعشرين.
ii. Jika awalnya jatuh pada hari Isnin, maka Lailatul Qadar jatuh pada malam ke-21.
أو يوم الثلاثاء أو الجمعة: فهي ليلة سبع وعشرين.
iii. Jika awalnya jatuh pada hari Selasa atau Jumaat, maka Lailatul Qadar jatuh pada malam ke-27.
أو الخميس: فهي ليلة خمس وعشرين.
iv. Jika awalnya jatuh pada hari Khamis, maka Lailatul Qadar jatuh pada malam ke-25.
أو يوم السبت: فهي ليلة ثلاث وعشرين.
v. Jika awalnya jatuh pada hari Sabtu, maka Lailatul Qadar jatuh pada malam ke-23.
قال الشيخ أبو الحسن: ومنذ بلغت سن الرجال ما فاتتني ليلة القدر بهذه القاعدة المذكورة.
5. Syaikh Abu al-Hasan al-Bakri (899 – 952 H) berkata: “Sejak usia baligh, saya tidak pernah ketinggalan Lailatul Qadar kerana menggunakan kaedah yang disebutkan oleh imam al-Ghazali.”
6. Dan di dalam Hasyiah al-Baijuri [2], pengarang menyebutkan kaedah lain:-
وإنا جميعا إن نصم يوم جمعة ** ففى تاسع العشرين خذ ليلة القدر
وإن كان يوم السبت أول صومنا ** فحادي وعشرين إعتمده بلاعذر
وإن هلّ يوم الصوم فى أحد ** ففى سابع العشرين ما رمت فاستقر
وإن هلّ بالإثنين فاعلم بأنّه ** يوافيك نيل الوصل فى تاسع العشرى
ويوم الثلاثا إن بدا الشهر فاعتمد ** على خامس العشرين تحظ بها القدر
وفى الأربعاء إن هلّ يا من يرومها ** فدونك فاطلب وصلها سابع العشري
ويوم الخميس إن بدا الشهر فاجتهد ** توافيك بعد العشر فى ليلة الوتر
Jika awal puasanya jatuh hari Jumaat, maka Lailatul Qadar pada malam 29,
Jika puasa pada hari Sabtu, maka Lailatul Qadar pada malam 21,
Jika puasa pada hari Ahad, maka Lailatul Qadar pada malam 27,
Jika puasa pada hari Isnin, maka Lailatul Qadar pada malam 29,
Jika puasa jatuh pada hari Selasa, maka Lailatul Qadar pada malam 25,
Jika puasa jatuh pada hari Rabu, maka Lailatul Qadar pada malam 27,
Jika puasa jatuh hari Khamis, maka Lailatul Qadar pada sepuluh akhir malam-malam ganjil.
7. Demikianlah ijtihad para fuqaha’ seperti yang dipersetujui oleh ramai ulama sebagaimana yang termaktub di dalam kitab-kitab feqah. Tentang hakikat kebenarannya, kita serahkan kepada Allah SWT. Sebaiknya fokus pada setiap malam ganjil di sepuluh malam akhir bulan mulia ini. Wallahu Ta’ala ‘Alam.
Rujukan
[1] باب الصوم، ج 2، ص 290-291.
• إعانة الطالبين على حل ألفاظ فتح المعين (هو حاشية على فتح المعين بشرح قرة العين بمهمات الدين)، المؤلف: أبو بكر (المشهور بالبكري) عثمان بن محمد شطا الدمياطي الشافعي (المتوفى: 1310هـ)، الناشر: دار الفكر للطباعة والنشر والتوريع، الطبعة: الأولى، 1418 هـ – 1997 م.
[2] كتاب أحكام الصيام، ج 1، ص 583.
• حاشية الشيخ إبراهيم البيجوري على شرح العلامة ابن القاسم الغزي على متن الشيخ أبي شجاع، ضبطه وصححه: محمد عبد السلام شاهين، الناشر: بيروت – دار الكتب العلمية، الطبعة: الثانية، 1420 هـ –
1999 م. Sumber : Fb Pondok Habib