Kalau sudah jodoh tidak kemana. Walau berbeza agama, negara dan adat budaya tetapi kuasa cinta mengatasi segala-galanya.

Begitulah kisah cinta pasangan ini, Amanina Shazwani Zaidi, 26 tahun dan suaminya Hayden Yau, 25 tahun yang berbeza agama dan bangsa.

Lalui Pelbagai Dugaan Sepanjang Proses ‘Cinta Halal’, Akhirnya Pasangan Berbeza Agama Ini Berjaya Disatukan
Jika itu jodoh yang sudah tertulis di lukh mahfuz.

Biarpun berbeza segala-galanya, namun mereka berkongsi perasaan sama untuk saling mencintai dan membina hidup sebagai suami isteri yang sah sehingga ke akhir hayat.

Namun sebelum cinta halal ini bertaut, keduanya berdepan saat sukar dalam proses untuk berkahwin. Menurut Amanina pengalaman paling sudah dilupakan ketika menyipakan proses untuk berkahwin.

“Betapa banyaknya legal proses untuk hidup bersama sebagai pasangan suami isteri yang sah. Apatah lagi berkahwin dengan membabitkan dua negara yang berbeza.

IKLAN

“Ternyata undang-undang di UK dan Malaysia banyak paperwork dan memerlukan banyak kesabaran untuk membuat semua ini.

“Walaupun kami masih ada cabaran di masa depan, kami percaya yang kami mampu untuk mengharunginya kerana kami percaya yang kami kuat bersama,” ujar Amanina yang mula berkenalan dengan suaminya ketika sama-sama belajar di University of Winchester, UK kira-kira 5 tahun yang lalu.

Lalui Pelbagai Dugaan Sepanjang Proses ‘Cinta Halal’, Akhirnya Pasangan Berbeza Agama Ini Berjaya DisatukanTambahnya hubungan mereka hanya berkawan selama setahun lebih dan selepas memikirkan untuk menjalin hubungan lebih serius dan halal.

IKLAN

“Apa yang membuat saya tertarik menerima dirinya sebagai suami kerana melihat sikapnya yang humble dan banyak bersabar orangnya.

“Dia mempunyai banyak talent tetapi selalu rasa dirinya banyak kekurangan. Dia sangat berusaha untuk belajar agama Islam untuk convert,” katanyanya yang menjalin hubungan cinta jarak selama dua tahun sebelum disatukan sebagai pasangan suami isteri.

IKLAN
Lalui Pelbagai Dugaan Sepanjang Proses ‘Cinta Halal’, Akhirnya Pasangan Berbeza Agama Ini Berjaya Disatukan
Pilih gaya sederhana untuk majlis kahwin.

Pasangan sama cantik sama padan ini bernikah penghujung tahun lalu di Greenhouse Hotel, Bournemouth.

Memilih tempat itu sebagai saksi cinta halal mereka kerana keduanya sangat sukakan konsep kehijauan di kawasan itu dan keduanya tampil cantik menggayakan baku kurung tetapi majlis dijalankan seperti English Traditional Wedding.

Lalui Pelbagai Dugaan Sepanjang Proses ‘Cinta Halal’, Akhirnya Pasangan Berbeza Agama Ini Berjaya Disatukan
Keluarga restu cinta dua benua ini.

KASHOORGA: Semoga keduanya kekal bahagia menempuh hidup sebagai pasangan suami isteri. Didoakan juga semoga suaminya sebagai saudara baru kekal istiqamah kerana memilih Islam sebagai agama barunya.

SUMBER: AMANINA SHAZWANI ZAIDI

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI