Lama abang rancang, sambut ulang tahun ummi. ‘Akhirnya, hari lahir ummi diiringi dengan pemergian anak sulungnya.’ – Uyaina. Sebak sungguh hati Uyaina bila abangnya pergi buat selamanya secara mengejut.
Benarlah bila tiba ajalnya tidak akan terlambat walaupun sesaat. Salam takziah buat Uyaina dan seluruh keluarga allahyarham.
Artikel Berkaitan: “Kalau Isteri Meninggal, Siapa Nak Uruskan..” Syahdu Permintaan Suami Di Saat Terakhir Hayat Isteri
Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad, 29, memaklumkan, dia baru sahaja kehilangan abangnya, Mohd Attaful Uzair yang meninggal dunia akibat serangan jantung.
Menurut Uyaina, arwah abangnya menghembuskan nafas terakhir ketika melakukan aktiviti berbasikal, malam tadi.
“Rasa terlalu perit dan sakit untuk diungkapkan dengan kata-kata. Saya kehilangan seorang insan yang terlalu baik.
“Baru semalam kami berjumpa. Makan, bersembang dan ketawa bersama-sama . Macam-macam juga dia pesan. Dia risaukan adiknya yang akan bersalin. Rupa-rupanya, dia yang pergi dulu.
“Rasa tidak percaya dia sudah tiada. Terlalu awal dia pergi. Sama usia dengan arwah baba (bapa) ketika meninggal dunia,” katanya.
Jelas Uyaina dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagram, pagi tadi.
Tambah Uyaina, dia terkilan kerana hasrat arwah abangnya untuk meraikan hari ulang tahun kelahiran ibu mereka tidak kesampaian.
“Saya kehilangan darah daging yang terlalu kami sayang. Hari ini, 19 Ogos adalah hari jadi ummi.
“Lama dia rancang nak sambut ulang tahun ummi. Akhirnya, hari lahir ummi diiringi dengan pemergian anak sulungnya. Allahuakbar,” katanya.
Baca Juga Di Sini:
Meninggal Selang Seminggu, Ayahanda Tokoh Al-Quran Tarannum Negara Dijemput Illahi
Tambah Uyaina lagi, arwah abangnya yang juga doktor di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, di sini, adalah insan berhati mulia dan selalu menjadi contoh terbaik buat mereka.
“Orang baik selalu pergi dulu. Dia sangat baik, terlalu baik. Anak yang baik. Abang yang baik. Suami yang baik. Ayah yang baik.
“Selepas arwah baba meninggal dunia, dia jadi ketua keluarga. Dari kecil lagi, dia sudah tunjukkan contoh yang baik untuk kami adik-beradik. Dia masuk asrama, kami semua pun nak masuk asrama.
“Abang berjaya dalam pelajaran, kami juga mahu berjaya dalam pelajaran. Dia sentiasa dahulukan ummi. Kami adik-beradik berebut nak berbakti kepada ummi. Dia juga pemurah dan penyayang.
“Abangku Uzair, semoga syurga menantimu. Minta kalian semua hadiahkan Al-Fatihah buat Mohd Attaful Uzair Arshad. Doakan juga kesejahteraan dan kekuatan buat isteri dan anak-anaknya,” katanya.
Kashoorga : Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosanya dan menempatkan arwak di kalangan orang beriman. Amin. Al-Fatihah.
Sumber : Utusan, Instagram Uyaina Arshad
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.