Hidup sebagai pasangan suami isteri, memang perlu saling hormat menghormati supaya rumah tangga dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.
Namun ada juga segelintir para suami yang tidak hormatkan isteri. Sanggup lakukan isteri seperti orang gaji padahal insan ini perlu dimuliakan sebaik mungkin.
Menyedari perkara ini menjadi amalan normal dalam masayarakat kita, pemilik akaun Facebook Akhtar Syamir menyatakan 20 ciri suami yang tidak menghormati isteri untuk
dijadikan panduan agar perkara seumpama ini tidak terus berlaku.
Apa guna jika hidup bertahun lamanya tetapi sebenarnya batin isteri tersiksa diperlakukan seperti hamba oleh suami sendiri.
Ayuh kita selidiki ciri-ciri suami yang tidak hormatkan isteri untuk dijadikan panduan.
Gambar sekadar hiasan.
Ciri-Ciri Suami Yang Tidak Menghormati Isteri. Jadikan sempadan.
1. Tidak memberi kuasa kepada isteri di depan anak. – Ramai yang buat perkara ini tanpa sedar. Bila kita membangkang keputusan yang dibuat si ibu di hadapan anak, secara automatiknya anak akan menjadi kurang hormat kepada isteri.
2. Tidak jujur dan berterus-terang. – Isteri berhak tahu kebenaran tentang semua perkara dari suami. Menyembunyikan sesuatu perkara boleh dikategorikan sebagai penipuan terutamanya jika ia melibatkan isteri dan perhubungan.
Ads
3. Tidak mendengar dan mempedulikan pendapat. – Saya, saya, saya. Pendapat isteri diperlekehkan dan dipandang rendah.
4. Suka mengkritik berbanding menasihati dan cuba memperbaiki. – Masakan u tak sedap, u tak cantik, u tak pandai.
5. Sentiasa membandingkan isteri dengan wanita lain. – Antara perbuatan yang paling memberi kesan yang mendalam.
6. Sentiasa membandingkan diri dengan isteri. – Membandingkan sumbangan kepada keluarga, membandingkan gaji, membandingkan kerja, tahap pendidikan dan sebagainya.
7. Memaksa isteri untuk berubah mengikut standard suami. – Tidak semua perkara boleh jadi apa yang kita mahukan. Sebagai contoh, tidak semua isteri pandai memasak, tidak semua isteri suka aktiviti luar, tak semua isteri suka main game, tak semua isteri mampu menjadi jelita seperti artis. Ini standard yang kadang-kala tidak mampu dicapai tetapi tetap dipaksa.
8. Tidak mengutamakan isteri. – Kawan lebih penting, adik beradik lebih penting. Mungkin anak-anak lebih penting. Isteri jatuh nombor 4 atau 5 dalam senarai keutamaan.
9. Tidak rasa keperluan untuk membela dan melindungi isteri. – Isteri mengadu diganggu, biarkan. Isteri kena raba, biarkan. Isteri takut, dibiarkan.
Ads
10. Keperluan isteri tidak terjaga. – Keperluan asas contohnya pencuci muka, syampu, sabun, alat solek biasa tidak diambil peduli. Keperluan masa isteri dengan suami pun tidak diendahkan.
11. Melayan isteri seperti orang gaji. Suka mengarah. – Perkataan “tolong” paling susah untuk disebut. Semuanya ke arah arahan jelas. Buat itu, buat ini.
12. Tidak mahu membantu. – Semua kerja di rumah dilepaskan kepada isteri. Tidak memainkan peranan membantu mana yang patut.
13. Menganggap keluarga isteri tidak penting. – Menganggap apabila isteri sudah berkahwin, keluarga isteri tidak perlu penting. Hubungan antara isteri dan keluarganya sendiri dijauhkan.
14. Tidak peduli jika isteri tiada mood atau terlalu penat untuk hubungan seks. – Apa salahnya jika bertanya dahulu supaya kedua-duanya akan boleh menikmatinya bersama? Perhubungan ini bukan 1 hala sahaja.
Ads
15. Memburukkan dan memalukan isteri di hadapan orang lain. – Ini sangat mengecewakan isteri. Jangan anggap apabila ianya disertai dengan gelak tawa, isteri tidak ambil hati. Mereka malu dan kecewa sebenarnya.
16. Tidak mengambil tahu masa rehat isteri. – Hanya fokus pada diri sendiri. Tidak fikir sama ada isteri penat atau tidak. Perkara ini asas sahaja sebenarnya. Manusia ada tahap tenaga dan kemampuannya.
17. Selalu mengingatkan yang tiada orang lain yang mahukan isteri selain dia. – Ego dan “gaslight”. Selalu cuba meyakinkan yang isteri itu tidak berguna tanpa dia.
18. Membuat keputusan tanpa persetujuan atau pandangan isteri. – Tidak kira dari segi pelaburan, pembelian dan apa juga keputusan yang melibatkan isteri, keluarga dan masa depan, perlu dapatkan pandangan isteri juga.
19. Suka marah isteri di hadapan orang lain. – Sangat menyedihkan apabila isteri dimarahi di hadapan orang lain. Malu, kecewa, marah, semua ada. Suami perlu jaga aib isteri.
20. Sentiasa memuji wanita lain di hadapan isteri. – Memuji wanita lain di hadapan isteri umpama merendah-rendahkan isteri. Ada yang boleh terima, tetapi ada yang sengaja berbuat demikian untuk membuat isteri terasa. Namun ada juga yang tidak rasa perbuatan itu memberi kesan kepada isteri.
Ambil positif ciri-ciri ini. Jauhkan diri dari melakukan perbuatan yang menjadikan anda tidak hormat kepada isteri. Mereka layak dihormati seperti mana anda sebagai suami layak dihormati isteri.
Saya akan tulis mengenai ciri-ciri isteri yang tidak menghormati suami pula selepas ini supaya sama-sama kita boleh ambil iktibar dan berusaha ke arah suasana hubungan dan keluarga yang bahagia. In Shaa Allah.
Kongsikan penulisan ini untuk manfaat semua. Jadilah sebahagian dari punca sesuatu keluarga menjadi bahagia.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Tiada apa yang mustahil jika Allah kehendaki-Nya. Kun fa yakun (jadi, maka jadilah ia).
Jika semalam ribuan siput naik ke pantai di Pantai Klebang, Melaka hingga mencetuskan persoalan adakah tsunami bakal terjadi seperti dahulu lagi dan hari ini, penampakan cahaya terang seakan-akan api menghiasi dada langit di Sungai Rambai, Melaka.
Dalam tik tok atas nama @Imma Majid653, dirinya memaklumkan ketika merakamkan langit yang membiru, tiba-tiba muncul cahaya berkenaan dalam tempoh yang amat sekejap sebelum hilang.
Ia hanya muncul seketika sahaja sebelum menghilang sekitar jam dua petang ke atas tadi, kongsinya dalam menjawap pertanyaan orang ramai di bahagian komen.
Walau bertanya apakah petanda di sebalik kemunculan cahaya tadi, kita sebagai hambanya pasti tiada jawapan.
Namun kebanyakan komen mengaitkan “sesuatu” bakal terjadi kerana cahaya sebegini turut muncul sebelum berlakunya trgedi kepala air Gunung Jerai. Ada juga memaklumkan cahaya begini petanda ribut hendak terjadi.
Terdapat banyak ayat al-Quran yang menyarankan supaya kita menyaksikan penciptaan makhluk oleh Allah SWT di atas muka bumi ini dengan pandangan mata hati. Firman Allah SWT dalam al-Quran mafhumnya: “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pertukaran malam dan siang dan kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuhan di bumi sesudah mati, serta Ia biakkan padanya daripada pelbagai jenis binatang; demikian juga peredaran angin dan awan yang tunduk terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (semua itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah) bagi kaum yang menggunakan akal fikiran.” (Surah al-Baqarah, ayat 164)
Sebagai hambaNya yang kerdil, apa jua yang Allah kehendaki, semuanya atas izin Allah taala. Sumber : Tik Tok @Imma Majid653
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Media sosial kini menjadi medium dalam kalangan selebriti untuk berkongsi ilmu dan menyebarkan dakwah di alam maya. Ramai warga net akan berkongsi ilmu berkenaan dengan memilih butang ‘share’ kepada netizen lain.
Seperti perkongsian selebriti Ruby Che Wan yang juga merupakan adik kepada pelakon popular Rozita Che Wan.
Sejak memilih gaya hidup lebih Muslimah, dia dilihat rajin berkongsi ilmu di media sosial melalui laman Instagramnya.
Baru-baru ini dia berkongsi peringatan tentang siapa sahabat yang perlu kita elak dan dampingi untuk memastikan mendapat ganjaran daripada Allah.
NASIHAT IMAM AL-GHAZALI .
Sesiapa sahaja yang sering duduk bersama 8 orang kelompok manusia, ALLAH AKAN MEMBERINYA AKAN 8 PEKARA:
1. Barangsiapa yang duduk bersama orang-orang kaya, Allah akan menambahkan CINTA kepada dunia & SEMANGAT untuk mendapatkan dunia.
2. Barangsiapa yang duduk bersama orang-orang miskin, Allah akan menambahkan perasaan SYUKUR & REDHA atas pemberian Allah.
3. Barangsiapa yang duduk dengan para pemimpin/raja, Allah akan menambahkan perasaan SOMBONG & KERASNYA hati.
4. Barangsiapa (lelaki) yang duduk dengan PEREMPUAN, Allah akan menambahkan Kebodohan & syahwat.
5. Barangsiapa yang duduk dengan ANAK-ANAK kecil, Allah akan menambahkan lalai & gurau senda.
6. Barangsiapa yang duduk dengan orang-orang FASIK, Allah akan menambahkan BERANI berbuat DOSA & kemaksiatan serta mendorongkan diri untuk berbuat maksiat kemudian MENUNDA-nunda akan taubat.
7. Barangsiapa yang duduk dengan orang-orang SOLEH, Allah akan menambahkan perasaan CINTA kepada AMALAN2 KETAATAN.
8. Barangsiapa yang duduk dengan PARA ulama’, Allah akan menambahkan ILMU & perasaan TIDAK cintakan dunia. . (Kitab Tanbihul Ghofilin) . – Maulana Iqbal Zain – . Renungkanlah dengan SIAPA kita bersahabat..
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Tugas mendidik dan menjaga anak-anak itu terletak di bahu kedua ibu bapa. Mereka inilah insan yang bakal mencorak masa depan anak-anak sama ada mahu menjadi insan berjaya atau sebaliknya.
Dan sememangnya tugas ini bukanlah mudah. Banyak masa perlu dikorbankan untuk
memastikan mereka menjadi khalifah Allah yang diredainya di muka bumi ini.
Melalui satu perkongsian di Harian Metro di mana pasangan suami isteri, Hussin Ismail, 65 tahun dan Rosmunainah Asmuni, 65 tahun telah dikurniakan sembilan orang anak dan kesemuanya adalah hafiz al-Quran.
Sumber Foto: Harian Metro
Menurut pasangan ini yang berasal dari Kampung Tebakang Bukit Payong Terengganu memberitahu telah mendidik anak-anak mereka dengan menghafal kitab suci itu dari kecil lagi.
“Saya dan suami mendidik semua sembilan anak menjadi hafiz pada usia muda dan kemudian turut cemerlang dalam bidang lain.
“Al-Quran itu bukan diturunkan kepada orang cerdik atau genius saja, tetapi mukjizat kepada semua. Bermakna orang biasa juga boleh menjadi hafiz dan hafizah, asalkan ada keinginan.
“Malah, selepas bergelar hafiz, lebih mudah untuk menghadam ilmu lain dengan lebih cepat berbanding orang biasa dan tidak keterlaluan jika dikatakan, ia kunci untuk menjadi seorang genius,” katanya ketika ditemui di Akademi Al-Quran Amalillah (Akmal) di Kampung Tebakang, Bukit Payong di sini.
Menurut Rosmunainah, ibu kepada sembilan tahfuz ini berkata dia dan suami tidak mengamalkan petua atau ritual tertentu, cuma menjaga makan dan minum anak-anaknya.
Semua sembilan anaknya terdiri daripada Siti Nuur Izzati, 38, kini menjadi pengurus di Maahad Tahfiz Al-Nursi, Shah Alam; Mohd Saifullah, 37, (Ketua Eksekutif Akmal); Mohd Fakhrurrazi, 35, (bekas peserta program Imam Muda musim ke-2 dan penyelia pentadbiran Akmal di Shah Alam); Siti Fatimatuzzahra, 33, (pensyarah di Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor); Siti Nuur Nazifah, 31, (guru tahfiz ulul albab); Mohd Iqbal, 29, (penyelia pentadbiran Akmal Bukit Payong); Mohd Zulqornain, 26, (Timbalan penyelia pentadbiran Akmal Bukit Payong); Mohd Khidhir, 23, dan Mohd Danial, 21, kedua-duanya masih menuntut di Universiti Antarabangsa Afrika, Sudan.
Menurut , kejayaan mendidik sembilan anak bergelar hafiz membuatkan dia semakin bersemangat berkongsi kaedah dengan orang lain.
Daripada situ katanya, timbul idea untuk mewujudkan Akademi Al-Quran Amalillah (Akmal) yang kini mempunyai 80 pelajar dengan lebih 70 peratus daripada mereka menghafal 30 juzuk al-Quran dalam masa setahun.
“Kami menggunakan kaedah fast track iaitu revolusi hafazan al-Quran dalam tempoh setahun. Ia membabitkan pengurusan masa, suasana, makan minum dan kesediaan diri pelajar serta guru untuk mengajar,” katanya lagi.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Dosa boleh diwarisi? Biasanya bait yang selalu kita dengar adalah iman tak boleh diwaris.Meski ia janggal didengar namun ia mempunyai asasnya. Malah ada hadis...