
Terkurung di sebalik tirai besi dan terpisah daripada dunia luar, namun hati mereka tetap celik dengan nur al-Quran.
Demikian semangat mengagumkan yang ditonjolkan kira-kira 13,464 banduan yang ditempatkan di seluruh penjara Maghribi apabila berjaya bergelar hafiz atau penghafaz al-Quran.
Menurut portal berita Hidayatullah, semua itu hasil bimbingan agama dan program hafazan al-Quran yang disediakan di penjara-penjara berkenaan.
“Lebih 67,000 banduan menyertai program berbentuk tilawah dan syarahan anjuran penjara Maghribi dengan kerjasama Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam Maghribi dan lebih 13,000 banduan bergelar hafiz,” katanya sebagaimana dipetik menerusi laman web Hidayatullah.com yang memetik laporan portal hespress.com baru-baru ini.
Melihat sambutan menggalakkan itu, lapor portal berita tersebut, pihak berkuasa penjara Maghribi merancang untuk meneruskan kerjasama dengan kementerian berkenaan dalam program itu.
“Kami berjanji untuk meneruskan usaha mempromosikan bimbingan Islam di semua penjara Maghribi,” katanya
Untuk rekod, Islam merupakan agama majoriti di Maghribi dengan kira-kira 99 peratus populasi penduduknya menganut agama suci itu.

Lapor portal Hidayatullah, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada Mei lalu menamakan Maghribi sebagai salah satu negara terbaik di dunia dari segi hafalan al-Quran.
Sumber: Sinar Harian
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
MUA Bella Akui Pernah Teruk Dihina, Tapi Sikitpun Tak Dibalas. Akhirnya Tuhan Limpahkan Rezeki Luar Biasa!

Setiap rezeki itu datangnya dari Allah. Kalau kita jujur dengan apa yang dilakukan, Insya-Allah Tuhan akan beri ganjaran sebaiknya.
Apa yang penting sentiasa berusaha, jangan malas dan dan sentiasa bersangka baik dengan orang lain dan menjaga hubungan dengan Allah.
Seperti perkongsian seorang usahawan yang juga seorang mekap artis popular di utara tanah air.
Menggunakan nama MuaBellaz di laman Instagramnya, hasil kreativiti dengan mencari rezeki mencantikkan orang lain terutama bakap pengantin sangat dikagumi.
Namun kejayaan tidak datang bergolek seperti apa yang dikecapi sekarang. Menurut Bella, siapa sangka dirinya dulu dihina hingga pernah diejek dengan panggilan yang tidak menyenangkan. Namun dia percaya rezeki Allah itu luas.
Berkat tidak pernah berputus asa dan rajin melakukan sesuatu yang disukainya iaitu mekap, akhirnya dia berjaya menempatkan namanya sebarai jurusolek popular. Biarpun ketika menceburi bidang ini dia tidak ada ilmu yang sepatutnya.
“Rezeki Allah tu luas.. Percayalah
Siapa sngka.. Dlu sy dihina.. Oii pompuan hg makeup mcm TAIK… muka xelok pon
Pulun make-up sdgkan xdk ilmu makeup
“Mcm² viral sy sini.. Sy diam sedikit pon xdk maki3 atau apa.. Sbb sy percaya rezeki kita Allah yg punya dia lah nk bg dialah nk tarik.. Redha doa sabar banyak2..skrg sy cua buktikan..
“Sy pon nk berjya mcm org lain.. ..haih nk tuliss tkut pjnga sgt hehe. Smpai lani pom masih ada yg xsnng tgk kita.. Alahaii… Weyy tak sabaq laaa nak masuk ke rumah titik peluh sendiri ni…

“Ya Allah.. Insyallah tgh dipercptkan siap sebelum bersalin nk siap hehhe…rumah ni lain maciam sikit sbb kami buat sikit2 start beli tanah smpai sedebukk (sebijik) ni nk buat.. Yg lain byk beli kami buat homestay…
“Yg ni kami rasa paling xsbaq nk duduk.. Sbb ada 8bilik 4bilik air. 2 ruang tamu
Dapur kering, dapur basah besar bg kami….
“Insyallah nk buat kolam dkt budak3 tu hehhe.. Tpi size sedrhana jaa.. Skrg tgh naik pagar umah.. Ishh xsbaq aihh.. Kami doakan hampaa dimurahkan rezeki berjya dunia akhirat.. Menjdi org yg baik untuk smua org.. Aminn
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Jemaah Subuh Melimpah Macam Solat Jumaat, Ini Cara Masjid Temerloh Jaya Imarahkan Rumah Allah

Pemandangan solat subuh di Masjid Temerloh Jaya atau Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shahini tak seperti masjid lain. Suasananya meriah, penuh dengan jemaah seakan solat Jumaat.
Jemaah yang hadir mencapai 800 orang hingga kadang kala melimpah keluar masjid. Suasana luar biasa masjid ini di waktu Subuh memang banyak dikongsi netizen di media sosial.
Malah ramai yang datang dari negari lain semata-mata ingin merasaikan kemeriahan solat subuh berjemaah di masjid ini.
Kemeriahan masjid ini bukan saja pada waktu Subuh tapi juga pada waktu lain. Ternyata gerakan dakwah yang dilakukan ahli jawatankuasa masjid ini memberi impak yang besar.
Menjelaskan strategi awal yang dilakukan untuk mengajak masyarakat mengimarahkan masjid kata Ustaz Dr Abdullah Ismail Pengerusi Masjid Temerloh Jaya ia bermula dengan usaha melakukan majlis jamuan perdana rakyat yang dibuat setiap bulan di masjid.
“Setiap bulan, kami anjurkan jamuan perdana untuk jamuan masyarakat. Kami gunakan RM4-RM5k untuk buat makan-makan selepas solat Isyak. Jamu dengan kambing dan sebagainya.
“Ajak seluruh masyarakat makan sama-sama tak kira siapa, mereka solat atau tidak. Rupa-rupaya orang kita suka makan, ada yang datang untuk makan saja tapi kita pesan pada AJK jangan pandang rendah pada mereka ini.
“Bulan pertama mereka datang untuk makan tak sembahyang. Bulan kedua mereka sembahyang Isyak dan makan. Dan bulan ketiga merekalah yang memenuhkan solat subuh berjemah pada hari ini.
“Kami duduk sama-sama hari ini di masjid untuk dengan penuh kasih sayang, cinta ilmu dan faham dan belajar tentang agama.

“Masjid kami biasa saja tapi sampai hari ini ada ramai pelawat dari luar yang datang untuk solat subuh. Setakat ini dah hampir 18 ribu pengunjung dari serata negeri datang untuk merasai suasana di masjid ni.
“Ramai yang datang dari luar Pahang setiap subuh pagi Sabtu dan Ahad untuk merasai kenikmatan subuh berjemaah. Maknanya dalam negara kita ini ramai orang baik, yang rindu nak merasa solat subuh berjemaah yang meriah. Mereka sanggup datang dari jauh untuk merasai suasana ini,”ujar beliau dalam satu majlis.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
“Ustaz, Biar Saya Rasa Panas Begini, Tak Payah Payung. Akhirat Lagi Panas”, Hebatnya Sifat Tawaduk Tan Sri Mokhtar Al Bukhary

Dalam satu hadith, Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Husain bin ‘Ali RA, bahawa Nabi SAW bersabda :
إِنَّ اللهَ تَعَالَى يُحِبُّ مَعَالِيَ الأُمُوِر وَأَشرَافَهَا، وَيَكَرهُ سَفْسَافَهَا
Maksudnya : “ Sesungguhnya Allah SWT menyukai perkara-perkara (akhlak-akhlak) yang tinggi dan mulia dan Allah SWT membenci perkara-perkara (akhlak-akhlak) yang keji”(Riwayat al-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir, no. hadith : 2894) [Hadith ini dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Silsilahnya, no. hadith : 1890].
Manusia dengan akhlak yang cukup tinggi disayangi oleh Allah taala dan siapa bersikap sebaliknya akan dibenci Allah. Ternyata perkongsian seorang Ustaz mengenai akhlak terpuji Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary yang juga seorang jutawan wajar diteladani kerana tokoh ini sentiasa bersikap merendah diri di sebalik kekayaan dimilikinya.
Baca perkongsian mengenainya. Moga jadi inspirasi buat kita. Biar ikut resam padi, semakin berisi semakin menunduk.
Ustaz umrah Syu ada cerita yang dia pernah bawak Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary pergi haji. Bukan orang biasa. Antara 10 orang terkaya dalam Malaysia. Dari beras, gula, saham, transportation, airport, semualah dia sapu. Kita tak cakap pasal kaya juta-juta. Ni dah level bilion-bilion.
Ustaz kata dia gemuruh juga nak assist Tan Sri. VVIP kan? So sebagai wakil company, Ustaz cuba bagi the best servis untuk Tan Sri.
“Selama saya hidup, saya tak pernah tengok orang kaya yang betul tawadhuk macam dia”. Syu tanya “Tawadhuk macam mana tu Ustaz”.
So Ustaz cerita. Tan Sri ni pergi masjid pakai jubah biasa je. Selipar jepun tak ada jenama. Dia masuk masjid solat Zuhur, tunggu Asar, tunggu Maghrib dan Isyak. Balik rehat di bilik sekejap-sekejap saja.
Banyak masa dalam masjid. Makan pun roti je buat alas perut. Tak adanya makanan kena hidang, masuk restoran elit. Tak ada pengawal yang iring dia dari hotel dan tunggu di masjid. Dia jalan masuk ke masjid macam orang biasa je. Cuma Tan Sri selalu mintak Ustaz masuk dalam masjid bersama Tan Sri sebab dia nak Ustaz semak bacaan Quran dia.
Dah selesai solat, Tan Sri akan bangun dari tempat solat pergi ambik air zam-zam untuk Ustaz. Aik pelik ni! Biasa VIP nak orang yang layan dan hidangkan dia. Tapi bukan Tan Sri. Dia yang dulu pergi ambik air zam-zam.
Ada sekali Ustaz bawak gelas khas untuk Tan Sri minum air zam-zam. Dekat masjid kat Mekahkan banyak tong air zam-zam dan dah ada cawan plastik sekali. So Ustaz sedia la gelas kaca untuk Tan Sri minum. As servis dia la kan? Special sikit. Tapi Tan Sri tolak. Dia kata dia nak minum dari cawan plastik macam orang lain saja.
Setiap kali datang haji dan umrah, sedekahnya luar biasa. 60,000 saudi riyal main-main je dia bagi kat Ustaz and mintak Ustaz agihkan. Happy orang-orang gelandangan, orang miskin kawasan masjid dapat duit 100-200 riyal seorang. Sekitar RM150-250.
Ambil pakej haji paling murah walau lebih dari mampu, elak dipayungkan ketika wukuf kerana katanya di Padang Mahsyar lagi panas
Dan cerita yang paling berbekas di hati Syu adalah cerita semasa Tan Sri buat haji. By the way, pakej VIP Haji ni ada banyak jenis. Ada yang RM70K seorang, ada yang RM170K seorang. Menteri, artis, orang bisnes kaya kebanyakan ambik yang RM170K seorang tu. Tapi Tan Sri ambik yang RM70K je. Share khemah dengan jemaah lain.
Masa berwukuf di Padang Arafah, setiap masa Tan Sri duduk di tengah panas sambil doa, baca Quran sampai Ustaz pun rasa bimbang. Risau kot-kot jatuh pengsan ke apa. Masa VIP lain ada yang berehat di khemah, makan minum dengan selesa, doa dan baca Quran pun dalam khemah saja tapi Tan Sri tetap di kerusinya di bawah sinaran matahari dan suhu waktu tu mencecah 40-45 degree.
Then sebab risau Tan Sri berlama di tengah panas, Ustaz pun bawak payung dan payungkan. Tan Sri masa Tan Sri tengah doa, Kemudian Tan Sri tolak, Tan Sri kata “Ustaz, nanti masa kat Padang Mahsyar, ustaz tak boleh tolong saya. Beginilah panasnya. Saya dengan amalan saya, Ustaz dengan amalan Ustaz”. Masa tu Ustaz tertampar. Rasa malu dengan seorang kaya yang sangat zuhud dan luar biasa pemikirannya.
In fact masa Ustaz cerita, terus Syu rasa sebak. MasyaAllah luar biasa pemikiran figura hebat ni. Betul tu. Kita hidup atas muka bumi ni banyak nak puaskan hati manusia. Nak orang sanjung kita, nak orang puji kita, nak orang layan kita, nak orang loyal kat kita, nak orang senangkan hati kita sampai kita sanggup buat macam-macam demi manusia lain.
Kadang-kadang sanggup buat benda yang mengundang murka Allah semata-mata untuk tarik perhatian orang, nak bagi orang support kita, puja kita. Tengok saja hari ni. Demi content, macam-macam orang sanggup buat. Sedangkan di akhirat nanti, cuma amalan dan kita sahaja yang akan menunduk takut di depan Allah SWT.

Tiada siapa pun yang akan tolong kita. Bukan mak, bukan suami, bukan followers, bukan kawan, bukan agent. Cuma kita dan amalan sahaja. Allahuakbar.
Terbaca kata-kata pegangan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dalam bisness adalah “Kekayaan yang Allah bagi untuk saya adalah demi membantu orang lain. Saya percaya tentang KEBERKATAN REZEKI. Bantu orang yang memerlukan insya-Allah pertolongan Allah pasti ada”.
In fact, kalau korang tahu, Tan Sri pernah rugi RM 2 billion masa zaman kegawatan ekonomi dulu hanya untuk mempertahankan hak orang Melayu. Kita boleh tak macam tu? Nak bagi adik pinjam RM200 pun rasa nak marah.
Nak hulur kat mak ayah RM500 pun susah. Itu keluarga sendiri. Nak bagi masa tenaga kat team pun berkira untuk bantu dia. Tapi Tan Sri sanggup bantu orang yang dia sendiri tak kenal dengan jumlah yang besar. MasyaAllah hebat insan ciptaan Allah ni.
Satu lagi, kita kena sangat percaya tentang keberkatan rezeki. Untung rugi bisness tu biasa. Lagi kaya, lagi banyak rugi. Bila rugi jangan sedih melampau. Ada la tu Allah nak bagi rezeki lebih lagi.
Jangan berkira dengan orang. Jangan dikira-kira apa yang kita dapat sampai kita takut nak sedekah, nak memberi kat orang lain. Apabila rezeki itu berkat, insya-Allah takkan pernah habis dan berkurang rezeki tersebut.
One in a million. Orang kaya luar biasa. Kaya yang tak pernah takut miskin dalam sedekah. Teringat pada Saidina Abdul Rahman bin Auf, sahabat Rasulullah SAW. Saudagar kaya yang pemurah dan dermawan. Susah nak jumpa zaman sekarang. Acah-acah kaya banyak la. Yang betul kaya tapi tawadhuk dan pemurah, susah nak jumpa.
Ini yang kita panggil kaya dunia akhirat. I wanna be like him. Kejayaan dan kekayaan yang ada bukanlah satu simbol kemegahan. Tapi dengan harta dan pangkat, kita gunakan untuk memanfaatkan manusia lain untuk merubah dunia menjadi tempat yang lebih baik insya-Allah dengan izin Allah. Kaya dunia, kaya akhirat. Sumber fb : Tragedi Apa Hari Ini
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI