NAMA Khabib Nurmagomedov dikenali sebagai sosok muslim paling dikenali di dunia bintang seni bela diri campuran (MMA). Prestasinya sangat gemilang malah namanya dicatat sebagai juara tidak pernah dikalahkan di Ultimate Fighting Championship (UFC) dengan 29 rekod kemenangan tanpa kalah.
Namun sebagai anak yang menyayangi ibunya, Khabib mengumumkan persaraan dirinya di usia muda, 32 tahun selepas tamat pertarungan UFC 254 selepas mengalahkan Justin Gaethje di Abu Dhabi, United Emirate Arab. Keputusan mengejut dilakukannya itu selepas pemergian jurulatih peribadi yang juga ayahnya, Abdulmanap Nurmagomedov ke rahmatullah.
Mahu terus mengabadikan diri dalam MMA, Khabib meneruskan usaha menjadi jurulatih dalam sukan mencabar ini. Jadi siapa pengganti Khabib. Jurulatih yang pernah mengasuh Khabib Nurmagomedov, Javier Mendez memaklumkan, empat pengganti Khabib sudah ditemui dan kesemuanya adalah muslim. Moga masa depan muslim dalam sukan ini terus bersinar sebagaimana Khabib mencipta legasinya.
Berikut adalah profil ringkas beberapa petarung muslim yang sedia mengikut jejaknya di UFC.
Islam Makhachev merupakan atlet UFC kategori Lightweight. Islam memiliki karier yang cukup menarik di pertarunganUFC. Dia meraih 18 kemenangan dan baru sekali kalah.
Dari 18 kemenangan di UFC itu, Islam Makhachev meraih tiga pukulan KO, 3 TKO pada usianya 29 tahun. Islam Makhachev turut meraih enam kemenangan berturut-turut. Pada Oktober lalu, dia sepatutnya bertarung di UFC 254 tapi lawannya Rafael dos Anjos disahkan positif Covid-19.
Umar Nurmagomedov merupakan petarung yang baru bergabung dengan UFC. Dan lebih menarik dirinya merupakan adik sepupu kepada Khabib sendiri. Usianya sangat muda 24 tahun namun rekod kemenangannya agak hebat.
Dari 12 pertarungan dalam MMA, enam darinya dimenangi dengan KO sekaligus menjadikan dirinya antara disegani lawan.
Ya, legasi keluarga Khabib memang hebat. Jika Umar, adik sepupunya, Usman Nurmagomedov pula merupakan sepupu rapat Khabib. Buat masa ini, Usman memulakan karier di Bellator MMA.
Dalam pertarungan di Bellator MMA, Usman meraih 11 kemenangan termasuk 7 KO, 3 TKO. Dan katanya dia bakal ikut bergabung di UFC di masa akan datang.
IKLAN
4) Muhammad Mokaev
Sama seperti Khabib, Mokaev juga berasal dari Dagestan (Republik Of Dagestan). Dia datang ke Eropah sebagai penggusti bersama ayahnya. Dilahirkan di Dagestan pada tahun 2000, Mokaev sudah bertarung pada usianya kecil lagi.
CNN melaporkan, Mokaev yang kini berusia 20 tahun, memiliki rekod amatur kemenangan 22-0 dan sekarang memimpin rekod profesional 4-0 setakat ini.
Semoga lebih ramai Khabib dilahirkan dan memiliki budi pekerti sepertinya yang mementingkan agama dalam setiap tindak tanduknya.
SUMBER: CNN | INSIDER
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Kehadiran anak dianggap sebagai penyeri dalam kehidupan berumahtangga. Lebih-lebih lagi jika baru berkahwin sudah disahkan hamil.
Pastinya berita itu akan menggembirakan pasangan dan juga seisi keluarga. Namun begitu, bagaimana pula perasaan bagi yang belum lagi dikurnia anak.
Pastinya pelbagai cara dan ikhtiar dilakukan untu menimang cahaya mata.
Pelbagai cara dilakukan sama ada kaedah tradisional atau rawatan moden. Salah satu perkongsian di laman sosial tiga tahun dulu oleh seorang pengguna Facebook Nurul Balqis yang menggunakan petua tertentu sehingga disahkan hamil setelah dua tahun berkahwin.
Ayuh, ikuti perkongsian ini dan boleh dijadikan panduan bagi pasangan yang masih belum mempunyai anak walaupun setelah lama berkahwin.
PETUA YANG QIS AMALKAN SEHINGGA BERJAYA HAMIL.
Selamat petang semua. Qis ada janji ngan korang untuk share petua dan cara yang Qis amalkan sehingga berjaya dapatkan zuriat setelah 2tahun mendirikan rumah tangga. Harini Qis akan kongsikan petua yang Qis amalkan.
Alhamdulillah dan syukur kepada Allah s.w.t setelah 2 tahun Qis dan suami usaha untuk mendapatkan zuriat, akhirnya kami berjaya. Tempoh 2tahun mungkin sekejap bagi mereka yang ambil masa lebih lama dari kami. Tapi bagi kami, dua tahun tu tempoh yang lama untuk menunggu kehadiran roh dalam rahim ini.
Jom baca perkongsian Qis, InshaAllah dengan izin Allah s.w.t awak semua yang masih tertunggu-tunggu juga akan berjaya. Yang penting kita percaya dengan rezeki-Nya. InshaAllah. Qis berani kongsi, kerana petua ni betul-betul berjaya dan sesuai dengan mereka yang mempunyai masalah sama seperti Qis.
Semoga perkongsian ini dapat memberi motivasi kepada korang yang senasib seperti kami untuk teruskan berjuang tanpa mengalah. Chewahh. Hehe
Selepas setahun kami berkahwin, Qis dan suami membuat keputusan untuk berusaha mendapatkan zuriat. Bermacam-macam cara kami lakukan, makan suplemen, pergi mengurut dengan 3orang bidan, makan acid folic, ubat moden, ubat tradisional semua kami dah ambil. Namun, tetap juga tak berjaya. Masalah Qis tetap tak berubah. Setahun hanya dua kali dapat merasa datangnya darah haid. Akhirnya, kami pergi ke klinik untuk berjumpa doktor dan mendapatkan nasihat dari yang pakar. Kata-kata doktor amat menyedihkan dan menghampakan kami. Doktor ada bagitahu, masalah macam Qis ni memang susah nak dapatkan zuriat kalau tak dirawat.
Pada tahun kedua, kami menerima berita gembira. Kawan baik Qis, yang senasib dengan Qis memberitahu yang dia dah berjaya hamil hanya sebulan mengamalkan minum air rebusan buah zuriat. Dan dia suggestkan kat Qis untuk usaha benda yang sama. Kebetulan pula, kawan Qis ada pergi ke Mekah dan sudi carikan Qis buah zuriat dekat sana. Alhamdulillah.
Apa buah zuriat ni? Apa kelebihannya? Ada juga yang panggil buah zuriat ni, buah Adam dan Hawa. Buah ni, pokoknya dekat Mekah dan Madinah (tanah arab) sangat banyak. Kelebihan buah zuriat ni pula:-
-Merawat masalah kesuburan sperma lelaki dan ovum wanita.
-Menambah kepekatan air mani lelaki, menguatkan dinding rahim wanita. Sangat sesuai untuk wanita yang pernah keguguran, mandul, dan tidak pernah mempunyai zuriat lagi.
-Mengaktifkan sel darah yang baru, muda dan hormon yang subur tanpa menjejaskan sel-sel lama.
Alhamdulillah, dengan izinNya setalah sebulan Qis amalkan minum air rebusan buah zuriat ni, Qis juga telah berjaya hamil pada bulan seterusnya. Bagaimana cara nak amalkan, cara nak rebus, cara nak kopek buah yang terlalu keras ni. Qis ada terangkan dekat setiap gambar dekat bawah ni
Semoga pasangan yang senasib dengan kami juga berjaya merasa saat-saat yang dinantikan ini. Terima kasih juga kepada mereka yang sentiasa doakan kami. Sekarang kandungan Qis dan cecah 4bulan. Doakan kandungan Qis sihat dan selamat sehingga dia keluar ye
Cuma pesan Qis satu je, Jangan mudah mengalah & teruskan usaha. Allah menduga hambanya kerana Allah tahu hambanya kuat menghadapi dugaan itu.
Kawan-kawan boleh la share petua ni, agar ramai yang senasib dengan Qis dan kita sama-sama merasakan peluang ini. Qis doakan korang juga dapat merasakan saat-saat indah ini
Qis izinkan awak semua share post ni. Terima kasih
Beginila rupa buah zuriat sebelum dibuang kulitnya. Ya Allah kulitnya, tersangatlah keras dan memerlukan kesabaran untuk mengambil isinya kat dalam. Siapa yang kena buat semua ni? Mestila suami kita. Hehe *mesti guna 2biji ye.
Nampak macam senangkan? Suami qis siap guna tukul dan ulu lesung lagi. Habis berpeluh satu badan nak siapkan ni. Hehe.
Mula-mula buang dulu lapisan pertama. Kopek kulitnya yang paling luar.
Sehingga keluar tempurungnya. Tempurung buah zuriat ni, sangat keras tau. Tempurungnya sama dangan tempurung kelapa, tapi ni lagi keras dari tempurung kelapa.
Setelah itu, pecahkan tempurungnya. Ambil isi dalam sahaja.
Tadaaaa ni la isi buah zuriat tu.
Kemudian belah dua macam ni.
Selepas tu, belah lagi kecil-kecil macam ni.
Masukkan tiga cawan air dan rebus sehingga airnya jadi kekuningan macam air teh seperti dalam gambar kat atas tu
Rebus sampai agak-agak kita akan dapat dua cawan air.
Buah tu jangan buang, kita simpan je dalam periuk tu dan guna lagi untuk esok dan esok dan esok sampailah air die dah jernih. Nanti baru ganti dengan buah yang baru. Tapi qis dapat guna dua biji ni sehingga sebulan tau
Haaa dah siap, dah boleh minum. Waktu bila kita patut minum. Sebenarnya tak kisah pon waktu bila-bila. Yang penting mesti konsisten minum setiap hari pada waktu yang sama.
Suami isteri dua-dua kena minum. Macam Qis, qis minum selepas isyak tiap-tiap malam sehingga sebulan.
Satu lagi sebelom qis terlupa, minum pada hari pertama period ye.
Alhamdulillah, hanya sebulan sahaja. Ada juga pasangan yang amalkan ni sampai 2bulan dan 3bulan. Atas rezeki masing-masing
Sumber gambar dari Encik google, Qis tak sempat nak snap pic sendiri. Hehe. Semoga bermanfaat.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Kisahnya sangat viral di seluruh dunia kerana dikatakan mennjadi ‘penjaga’ Hagia Sophia, masjid dan juga monumen paling bersejarah yang terletak di Istanbul.
‘Penjaga’ terkenal ini bukanlah seorang manusia tetapi seekor kucing yang dikenali dengan nama Gli.
Kehidupannya memang penuh warna-warni dan kehadirannya di masjid ini yang dulunya adalah muzium sangat disayangi ramai.
Bukan sahaja bagi mereka yang pernah melawat Hagia Sophia tetapi juga yang hanya dapat memerhati serta mengagumi kucing ini dari jauh.
Malah Gli terlah berjaya menarik perhatian apabila Hagia Sophia diisytiharkan kembali menjadi masjid Julai tahun lalu. Kehadirannya ternyata berjaya mencuri tumpuan pengunjung di tempat berkenaan.
Setiap kali pengunjung berkunjung ke sana, pastinya mencari si comel ini dan gelagat yang comel dan mesra membuat setiap yang datang jatuh hati.
Namun dua hari lepas menerusi akaun Instagram kucing berkenaan, Gli telah dilaporkan meninggal dunia pada usia 16 tahun.
Kucing kesayangan ramai ini disahkan mati di sebuah klinik veterinar selepas mendapat rawatan akibat sakit tua. Gli menghembuskan nafas terakhirnya malam Sabtu lalu.
Gli yang bermaksud penyatuan kasih sayang, mendiami masjid berkenaan sejak dilahirkan tahun 2004. Ibunya, Sofi, juga penghuni Hagia Sophia.
Gli mula popular di seluruh dunia selepas ia fotonya dirakam bersama bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, dan Presiden Turki, Tayyip Erdogan.
Ternyata kehilangannya dirasai oleh semua yang mengenali Gli. Ramai menzahirkan rasa sedih di laman media sosial masing-masing.
Fakta Menarik Gli:
1. Gli dilahirkan pada 2004. Ibunya, Sofi, juga penghuni Hagia Sophia.
2. Gli dilahirkan tiga beradik, iaitu Pati (jantan) dan Kizim (betina).
3. Nama Gli pada mulanya ialah Gri (bermaksud kelabu, atau Grey dalam bahasa Inggeris). Nama itu diberikan oleh salah seorang pekerja yang bertugas di Hagia Sophia.
4. Nama itu kemudiannya berubah menjadi Gli, bermaksud penyatuan kasih sayang.
5. Gli hanya pernah melahirkan seekor anak. Namun, anaknya mati selepas dilanggar bas pelancong.
Maksudnya: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.” (Riwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651), al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880).
Antara fadilat dan kelebihan bersedekah ada disebut dalam surah al-Baqarah ayat 265.
Maksudnya: “Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Baqarah: 265).
Dari satu perkongsian dari jurusolek profesional yang juga usahawan Datuk Alha Alfa di instagramnya @alhaalfa, berkongsi momen dirinya melepaskan kereta kesayangan pertamanya iaitu Perodua Alza untuk diberikan kepada sebuah keluarga yang memerlukanny untuk keperluan perniagaan mereka.
Datuk Alha turut berkongsi momen “manis” bersama Perodua Alzanya termasuk ia dibeli untuk membahagiakan keluarga yang hidup dalam kesusahan ketika itu. Hari ini, alhamdulillah asbab rezeki, ini kereta pertama saya. Habis saja belajar, pergi ke kedai kereta nak beli kereta yang zero downpayment.
“Sebabnya tak ada slip gaji. Ayah pun kerja gaji RM500 ketika itu. Sebulan nak bayar Alza ini RM700 juga. Mula-mula tak lepas. Lepas tu, ayah cakap “cuba bawak surat-surat khabar ada muka engkau tu. Majalah ke.
“Nanti ayah cuba cakapkan dekat tukang jual tu. Mana tahu dia percaya. Dia tolong kita? Saya pun carilah ada sikit-sikit keluar paper. Nak beri tahu saya berkecimpung dalam duni makeup ini boleh buat duit. Walau charge make up time tu RM350 je tapi gigih sebab family kereta time tu buruk. Kalau dapat Alza ini memang happylah. Syukur alhamdulillah, dijumpakan dengan orang yang baik, dia bantu. Dia kata, “janji tau boleb bayar bulan-bulan”. Alhamdulillah tak pernah tak bayar walau pun pernah je tak cukup duit nak bayar. Ikat perut kaw-kaw.
Hadiah pada keluarga lain dan doakan perniaagaan mereka berjaya
Hari ini, Jumaat 4 Februari ini, saya hadiahkan kereta kesayangn saya ni kepada sebuah keluarga ni. Semoga kereta ni asbab rezeki mereka sekeluarga juga bertambah. Insya Allah Aamiin. Jauh nak jalan kereta ini. Hehehe, jaga baik-baik dan itu bukti kerja keras saya. Saya doakan semoga diperluaskan lebih dan lebih lagi. Semoga perniagaan family ini juga bertambah maju. Aamiin
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Pada hari Jumaat ini marilah kita melakukan sunnah yang paling mudah tapi ramai yang tidak melakukannya iaitu memotong kuku.
Indahnya agama Islam ini kerana setiap...