Lelaki berpakaian wanita, jika dulu sesatu yang asing namun hari ini seakan menjadi perkara biasa. Malah mereka berani tampil di khalayak tanpa rasa bersalah.
Lihat saja dalam satu majlis anjuran sebuah stesen televisyen kelmarin lelaki berpakaian wanita hadir dan tak segan silu memperagakan penampilan wanita. Lebih malang ada juga yang memuji penampilan ini walaupun hakikatnya ia adalah perbuatan terlarang dan Allah SWT melaknat golongan lelaki yang menyerupai wanita dan juga sebaliknya.
Sabda Rasulullah ﷺ:
لَعَنَ اللهُ المُتَشَبهِينَ مِنَ الرّجالِ بالنّسَاءِ، وَالمُتشبِهاتِ مِن النّسَاءِ بالرّجَالْ
“Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki. (HR al-Bukhari).

Usah iktiraf kemungkaran

Situasi yang berlaku ini mendapat turut ditegur oleh beberapa ahli agama antaranya Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi.
“Andai berpakaian dengan pakaian dengan jantina yang bertentangan dengan jantina asal pun telah dilarang, apatah lagi cubaan menormalisasi dan mengiktiraf ‘elgeebitee’ yang jelas bertentangan dengan syarak.
“Adalah menjadi tanggungjawab seorang Muslim untuk mencegah tindakan mengiktiraf kemungkaran. Ini sesuai dengan sabda Rasulullah:
ما من قومٍ يُعْمَل فيهم المعاصي، ثم يقدرون على أن يغيِّروا ثم لايغيروا؛ إلا ويوشك الله أن يعمَّهم بعقابٍ
“Tiada satu kaum yang melakukan maksiat, sedangkan ada dikalangan mereka yang mampu mencegahnya, melainkan akan dibimbangi keseluruhan mereka akan ditimpa azab ke atas kesemuanya” (HR Abu Daud).

Lelaki berpakaian wanita bimbang dinormalisasi

Dalam pada itu  Ustazah Asmak Husin juga dalam nada yang sama turut bimbang dengan trend lelaki berpakaian wanita yang dinormalisasi oleh masyarakat.
” Dulu, orang kita malu dan segan, tapi sekarang ia dilihat seperti fesyen dan trend. Ada juga yang saya tengok asalnya tidaklah nampak perempuan sangat pakaiannya tetapi semalam ada yang melebih-lebih dengan cara jalannya dan lain-lain.
“Inilah yang dinamakan normalisasi. Lebih parah apabila masyarakat mula rasa biasa dan industri mengiktirafnya.
Jangan sesat dalam cahaya rasa seronok dan bahagia sebegini. Ia hanya sementara lama kelamaan hati jadi kosong dan semakin kusut. Kami tegur bukan sebab angkuh tetapi sayang. Saya tengok ramai anak muda kita berpotensi tetapi sebagai orang tua kami patut tegur sebelum terlambat,”ujarnya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI