Sebelum berlakunya kiamat, dikisahkan Imam Mahdi akan turun ke muka bumi untuk menegakkan keadilan di muka bumi serta menghancurkan semua kezaliman yang berlaku.
Dalam satu hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Thabrani:

Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Sungguh, bumi ini akan dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan. Dan apabila kezaliman serta kesemena-menaan itu telah penuh, maka Allah s.w.t. akan mengutus seorang laki-laki yang berasal dari umatku, namanya seperti namaku, dan nama bapanya seperti nama bapaku (Muhammad bin Abdullah). Maka ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi) telah dipenuhi sebelum itu oleh kezhaliman dan kesemena-menaan. Di waktu itu langit tidak akan menahan setitis pun dari titisan airnya, dan bumi pun tidak akan menahan sedikit pun dari tanaman-tanamannya. Maka ia akan hidup bersama kamu selama 7 atau 9 tahun.” (HR. Thabrani).

Selain itu, ada hadis lain menerangkan tentang kedatangan Imam Mahdi:

Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya. Dan ia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya.” (HR. Muslim dan Ahmad).

Menurut laporan Harian Metro, seorang pengawal keselamatan di Arab Saudi digelar sebagai wira selepas menggagalkan cubaan seorang lelaki yang mahu menyerang imam di Masjidil Haram, di sini, Jumaat lalu. Babak dramatik itu dapat disaksikan kerana ia berlaku ketika program siaran langsung di televisyen.

Siasatan polis terhadap individu itu yang ditahan kemudian mendedahkan penyerang itu mendakwa dirinya sebagai ‘bakal imam Mahdi’. Ketika kejadian, tindakan pantas pengawal keselamatan Mohammed Al-Zahrani menghalang penyerang berkenaan. Dia kemudian dengan dibantu pengawal keselamatan lain dapat menahan suspek.

Susulan kejadian, Al-Zahrani digelar sebagai wira oleh orang ramai yang berterima kasih atas usahanya. Media sebelum ini melaporkan polis menahan seorang lelaki yang tiba-tiba meluru ke arah khatib yang sedang menyampaikan khutbah solat Jumaat di Masjidil Haram.

IKLAN

Berdasarkan rakaman video, lelaki itu yang memakai ihram dan memegang objek seperti kayu kecil, berjaya ditahan oleh anggota pasukan keselamatan.
Siasatan kejadian itu masih diteruskan, lapor Arab News.

Sosok tubuh Imam Mahdi seperti digambarkan hadis

Sosok tubuh Imam al-Mahdi sebagaimana disebutkan dalam hadis Nabi SAW? Ciri-ciri al-Mahdi adalah seperti berikut:

1. Al-Mahdi dilahirkan di Madinah [pendapat yang paling tepat dan sahih yang diriwayatkan dari Abu Nu’aim dari Hammad dari Ali bin Abi Thalib Radhiallahu anhum]

IKLAN

2. Daripada Abu Sa’id al-Khudri R.A beliau berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: Maksudnya: Al-Mahdi dariku. Dahinya luas dan hidungnya mancung.
Dia akan memenuhkan bumi dengan keadilan sebagaimana ia dahulunya dipenuhi dengan kezaliman dan dia akan menguasai selama tujuh tahun.[Riwayat Abu Dawud (4285)]

3. Beliau merupakan seorang anak Adam.

4. Kedua-dua matanya bercelak.

IKLAN

5. Wajahnya bercahaya seakan-akan beliau adalah bintang yang menyinar.

6. Di bahagian bahunya ada tanda seperti yang terdapat pada Rasulullah S.A.W.

7. Warna kulitnya adalah warna orang Arab dan tubuh badannya seperti tubuh orang Israel.

8. Umurnya 40 tahun dan dalam sebahagian riwayat 30 hingga 40 tahun.

9. Akhlak beliau menyerupai akhlak Nabi S.A.W.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI