Lelaki fasiq tak sesuai dengan wanita solehah. ‘Suami mengaku songsang, isteri berhak tuntut fasakh.’ Demi kelangsungan hidup dan keharmonian hidup bersama, sebaiknya berbincang dari hati ke hati.
Jika suami ingin berubah, bertaubat dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang sama, sebagai isteri berilah peluang. Namun jika beberapa peluang disia-siakan adalah lebih baik anda sebagai isteri angkat kaki.
Adakah seorang isteri dibenarkan untuk menuntut fasakh atau bercerai apabila situasi ini menimpa. Ikuti kemusykilan yang dikemukakan kepada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ini. Hadam baik-baik penjelasannya.
Soalan
Saya telah berkahwin dengan suami hampir dua tahun. Sebelum ini saya hanya mengesyaki suami saya ini seorang gay atas beberapa faktor.
Akan tetapi baru-baru ini barulah saya dapat mengesahkannya apabila suami sendiri mengaku. Apakah yang saya perlu lakukan, adakah saya perlu meneruskan perkahwinan ini kerana saya berasa amat kecewa.
Dengan Wanita Solehah
Ringkasan jawapan
Dalam kes ini, suami wajib bertaubat dan berazam tidak akan mengulangi lagi perbuatan maksiat tersebut. Namun sekiranya perkara ini masih berlarutan, tindakan undang-undang hendaklah diambil seperti membuat tuntutan fasakh mengikut peruntukan yang ada.
Ini kerana status perkahwinan itu dianggap tidak sekufu dari sudut kesolehan dan ketakwaan pasangan.
Ads
Suami Mengaku Songsang
Huraian jawapan
Sifat kafaah (sekufu) dalam membuat pilihan pasangan adalah suatu perkara yang penting bagi kelangsungan hidup di dalam rumah tangga. Seorang suami yang fasiq tidak sama taraf dengan isteri yang solehah. Firman Allah SWT:
Maksudnya: “(Jika demikian halnya) maka adakah orang yang beriman sama seperti orang yang fasik? Mereka tidaklah sama (dalam menerima balasan)”.- Surah al-Sajadah (18)
Imam Zakaria al-Ansori menyatakan di dalam kitabnya bahawa kesolehan dan iffah iaitu penjagaan maruah diri sebagai salah satu daripada aspek sekufu bagi setiap pasangan. Beliau menyebut:
Maksudnya: “Seorang yang fasik itu tidaklah sekufu dengan seorang yang menjaga maruah diri. Orang yang menjaga maruah diri itu adalah sekufu dengan seorang yang menjaga maruah diri juga”.
(Rujuk: Fath al-Wahhab, 2/47)
Ads
Isteri Berhak
Dalam hal ini, isteri wajib memberi nasihat kepada suami agar kembali bertaubat dan berazam tidak akan melakukan perbuatan songsang tersebut.
Namun sekiranya perbuatan itu masih dilakukan oleh suami, isteri diberi hak menuntut fasakh melalui peruntukan Undang-Undang Keluarga Islam di dalam seksyen 52 (h) (ii) iaitu menyebut:
“Perintah untuk membubarkan perkahwinan atau fasakh. (h) bahawa suami atau isteri menganiayai isteri atau suaminya, mengikut mana-mana yang berkenaan, iaitu, antara lain—(ii) berkawan dengan perempuan atau lelaki yang berperangai jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan Hukum Syarak.”
Berdasarkan perbahasan di atas, keadaan suami seperti melakukan perbuatan yang tidak bermoral, berkelakuan songsang, dan seumpamanya merupakan dosa-dosa besar yang dilarang keras oleh hukum syarak.
Ads
Suami hendaklah segera bertaubat daripada dosa yang dilakukannya itu dan kembali beramal soleh, nescaya Allah SWT akan menggantikan dosanya dengan amal kebaikan, sebagaimana firman Allah SWT:
Maksudnya: “Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” – Surah al-Furqan (70)
Jika perbuatan tersebut masih berlarutan, status perkahwinan itu adalah tidak sekufu dari sudut kesolehan dan ketakwaan pasangan. Seorang yang fasiq dan suka melakukan perbuatan maksiat tidak sekufu dengan seorang yang mengikut syariat yang benar dan sentiasa melakukan amal-amal soleh.
Tindakan undang-undang hendaklah diambil seperti membuat tuntutan fasakh mengikut peruntukan perundangan yang telah termaktub dengan merujuk kepada pengamal undang-undang syariah.
Kashoorga : Isteri juga berhak merasa bahagia dan disayangi, jangan sia-siakan masa depan dek kerana seorang lelaki. Nak sayang suami pun berpada-padalah.
‘KJ pilih nama Jibreil Ali, Timor, Raif Averroes sebab unik&bawa maksud baik.’ Begini caranya namakan anak ikut islam. Setiap daripada kita disarankan untuk menamakan anak yang baik-baik setelah dia dilahirkan.
Begitu juga kisahnya Khairy Jamaluddin atau KJ berkongsi inspirasi di sebalik setiap nama anak-anaknya.
Baru-baru ini Khairy Jamaluddin sekali lagi menjadi tumpuan warga Malaysia apabila menerima tawaran menjadi DJ di Hot FM minggu lalu.
Dalam masa yang sama, KJ sekali lagi viral di media sosial apabila menjadi tetamu dalam program Kerusi DJ Nazz, Molek FM.
Selain perihal politik, menerusi sesi temubual tersebut, DJ Nazz turut bertanya tentang keunikan nama anak-anak KJ iaitu Jibreil Ali Jamaluddin, Timor Abdullah Jamaluddin dan Raif Averroes Jamaluddin. KJ mengakui setiap nama-nama itu mempunyai sebabnya tersendiri.
Jibreil Ali, Timor, Raif Averroes
“Jibreil Ali dinamakan selepas Malaikat Gabriel, Ali pula diambil daripada nama pak cik isteri saya. Jadi nama itu sangat bermakna dan dia (Jibreil Ali) merupakan anak pertama kami.
“Ramai yang kata ‘Timor’ itu diambil daripada ‘Amir Timur’, seorang pejuang daripada Uzbekistan. Sebenarnya tidak, kami sukakan bunyi nama itu dan ‘Abdullah’ diambil daripada datuknya, ‘Pak Lah’.
“Raif (Rev) tiada sebab. Kami cuma sukakan nama itu. Dan ‘Averroes’ sudah tentu diambil daripada ‘Ibnu Averroes’, seorang pemikir yang saya hormati,” terang KJ kepada DJ Nazz.
Selain menjadi DJ di Hot FM, KJ juga kini memegang dua portfolio di kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai Penasihat Belia Johor dan Lembaga Pengarah JDT.
Sebab Unik
Melalui perkongsian Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, dalam Islam, tatkala anak dilahirkan, maka hendaklah ibu bapa menamakan anaknya.
Dengan nama yang baik dan nama yang tidak dihambakan selain kepada Allah SWT. Begitu juga, nama yang tidak ada unsur takabbur, bongkak dan yang buruk.
Justeru menamakan dengan nama yang baik adalah digalakkan kerana ianya merupakan doa dan akan diseru pada Hari Kiamat kelak.
Daripada Abi al-Darda’ R.A, Rasulullah SAW bersabda: إِنَّكُمْ تُدْعَوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِأَسْمَائِكُمْ وَأَسْمَاءِ آبَائِكُمْ فَأَحْسِنُوا أَسْمَاءَكُمْ
Maksudnya: Sesungguhnya kamu semua akan diseru pada hari kiamat kelak dengan nama kamu dan nama bapa-bapa kamu. Maka perelokkanlah nama kamu. Riwayat Abu Daud (4948) Berdasarkan persoalan di atas, selama mana nama tidak diertikan dengan sebarang bentuk syirik atau seperti yang dinyatakan di atas, maka hukumnya adalah dibolehkan. Inilah pendapat kebanyakan fuqaha’ sekalipun nama yang afdhal dengan dihambakan kepada Allah atau yang dipuji.
Begini Caranya
Daripada Ibn Umar R.Anhuma, bahawa Rasulullah SAW bersabda: إِنَّ أَحَبَّ أَسْمَائِكُمْ إِلَى اللَّهِ عَبْدُ اللَّهِ ، وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ
Maksudnya: Sesungguhnya nama yang paling disukai oleh Allah ialah Abdullah dan Abd al-Rahman.
Riwayat Muslim (6/169), Abu Daud (2/307), al-Tirmizi (4/29),
al-Nasa’ie (2/119), Ibn Majah (2/404), al-Darimi (2/294),
Ahmad (4774) dan al-Hakim (4/274)
Namakan Anak Ikut Islam
Seorang Muslim dibenarkan menamakan anak lelaki ataupun anak perempuan, sama ada dengan nama Arab ataupun nama bukan Arab.
Walaupun begitu, kami cadangkan berilah nama yang baik dan tiada sebarang unsur syirik serta ada harapan dan doa untuk anak yang kita namakan itu.
Kami juga sarankan agar nama-nama yang diberikan perlu terbeza daripada nama yang bukan Islam. Begitu juga dengan penggunaan bin atau binti amat patut dikekalkan. Ini sesuai dengan budaya yang telah kita fahami sejak sekian lama.
Tujuannya supaya tidak menimbulkan sebarang persoalan dan pertanyaan adakah seseorang ini Islam atau tidak, tetapi dengan hanya disebut nama maka akan diketahui seseorang itu Islam atau sebaliknya.
Media sosial kini menjadi medium dalam kalangan selebriti untuk berkongsi ilmu dan menyebarkan dakwah di alam maya. Ramai warga net akan berkongsi ilmu berkenaan dengan memilih butang ‘share’ kepada netizen lain.
Seperti perkongsian selebriti Ruby Che Wan yang juga merupakan adik kepada pelakon popular Rozita Che Wan.
Sejak memilih gaya hidup lebih Muslimah, dia dilihat rajin berkongsi ilmu di media sosial melalui laman Instagramnya.
Baru-baru ini dia berkongsi peringatan tentang siapa sahabat yang perlu kita elak dan dampingi untuk memastikan mendapat ganjaran daripada Allah.
NASIHAT IMAM AL-GHAZALI .
Sesiapa sahaja yang sering duduk bersama 8 orang kelompok manusia, ALLAH AKAN MEMBERINYA AKAN 8 PEKARA:
1. Barangsiapa yang duduk bersama orang-orang kaya, Allah akan menambahkan CINTA kepada dunia & SEMANGAT untuk mendapatkan dunia.
2. Barangsiapa yang duduk bersama orang-orang miskin, Allah akan menambahkan perasaan SYUKUR & REDHA atas pemberian Allah.
3. Barangsiapa yang duduk dengan para pemimpin/raja, Allah akan menambahkan perasaan SOMBONG & KERASNYA hati.
4. Barangsiapa (lelaki) yang duduk dengan PEREMPUAN, Allah akan menambahkan Kebodohan & syahwat.
5. Barangsiapa yang duduk dengan ANAK-ANAK kecil, Allah akan menambahkan lalai & gurau senda.
6. Barangsiapa yang duduk dengan orang-orang FASIK, Allah akan menambahkan BERANI berbuat DOSA & kemaksiatan serta mendorongkan diri untuk berbuat maksiat kemudian MENUNDA-nunda akan taubat.
7. Barangsiapa yang duduk dengan orang-orang SOLEH, Allah akan menambahkan perasaan CINTA kepada AMALAN2 KETAATAN.
8. Barangsiapa yang duduk dengan PARA ulama’, Allah akan menambahkan ILMU & perasaan TIDAK cintakan dunia. . (Kitab Tanbihul Ghofilin) . – Maulana Iqbal Zain – . Renungkanlah dengan SIAPA kita bersahabat..
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Dalam dunia ini kalau ada wang banyak kita boleh membeli apa saja makanan yang kita sukai dan mahal-mahal harganya. Namun makanan ruji kebanyakan dari kita tentunya nasi semasa di dunia ini.
Namun bagaimana pula semasa di alam akhirat terutama di dalam syurga yang digambarkan sangat indah dan makanannya semua lazat-lazat belaka. Tahukah apa makanan pertama yang dinikmati oleh ahli syurga sebaik kaki melangkah ke tempat dambaan ramai ini? Tentunya makanan ini tidak pernah kita fikirkan untuk makan walau ada banyak duit semasa di dunia.
Dalam kitab Fath al-Baari, penjelasan Shahih Bukhari karya Ibnu Hajar Al-Asqalani, dinyatakan mengenai makanan ini. Disebutkan bahawa makanan pertama yang dinikmati ahli syurga ialah hati ikan paus.
أن عبدالله بن سلام سأل النبي صلى الله عليه وسلم أول قدومه المدينة أسئلة منها: ما أول شيء يأكله أهل الجنة؟ فقال: زيادة كبد الحوت
Abdullah bin Salam bertanya kepada Nabi Muhammad SAW saat Nabi baru tiba di Madinah. Dirinya bertanyakan kepada Nabi Muhammad apakah makanan pertama yang akan dinikmatinya seandai dirinya masuk syurga.
Malah dirinya turut bertanyakan tiga hal yang hanya Nabi sahaja yang tahu dan di antaranya apakah makanan pertama yang akan dinikmati oleh penghuni syurga.
Abdullah bin Salam bertanya, “Apa makanan pertama yang akan dimakan oleh penhuni syurga?” Lalu Nabi SAW menjawab, “Hati ikan Paus, yang dimakan dari tepi surga.” Sebagaimana dipetik dari Mawdoo, yang dimaksud dari hati ikan paus ialah sepotong hati ikan paus dan ia merupakan makanan terbaik bagi penghuni syurga. Malah kisah binatang ini turut tercatit kerana membantu Nabi Ynus yang dibuang dari kapal lalu menelan Nabi Yunus.
Lebih lanjut, Ibnu Hajar Al-Asqalani juga menjelaskan mengapa hati ikan paus menjadi makanan pertama ialah kerana manusia sudah lama lelah dengan kehidupan dunia dna akhirat kehidupan abadi.
Dalam mencari imam yang boleh memimpin kita ke syurga untuk bersama-sama menikmati hati ikan paus ini, apa kata sertai webinar jodoh kami. Anda akan diajar mengenal imam yang jujur dalam percintaan dan seterusnya membina jannah anda berdua.
WEBINAR JODOH : SUAMI KIRIMAN ILAHI
Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku”
Jelas dan yakin dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
Akan dijauhi heartbreak dan lelaki yang tak serius
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis
Anak yang selalu beri duit dimanja dan disayangi, tapi anak yang jarang hulur duit kerana hidup susah dilayan kasar dan dimarah-marah. Bukan hanya dalam...