Amalan bersedekah yang amat dianjurkan Islam sememangnya akan mendapat ganjaran pahala yang besar. Sedekah ialah pemberian semasa hidup kepada seseorang tanpa ada tukar ganti atas dasar semata-mata kerana mendekatkan diri kepada Allah.

Hukum bersedekah itu adalah sunat. Ketika melakukan amalan bersedekah, kita perlulah ikhlas kerana Allah bukan disebabkan sesuatu seperti kerana nama atau asal bersedekah sahaja. Supaya perbuatan bersedekah itu tidak menjadi sia-sia dan sentiasa ‘mengalir’ ada sedekah-sedekah yang boleh dijadikan saham akhirat.

Berikut perkongsian Najmi Farisham tentang bagaimana untuk mendapatkan ganjaran pahala yang berterusan melalui bersedekah.


Ada seseorang hantarkan nasihat ini di grup WhatsApp kami. Jadi aku terjemahkan ke bahasa Melayu mengikut kesesuaian masyarakat kita.

Lelaki Ini Kongsi Enam Cara Bagaimana Pahala Sedekah Sentiasa Mengalir

IKLAN

Katanya ada ENAM cara untuk memastikan pahala sentiasa mengalir masuk walaupun setelah kita meninggal dunia nanti:

1. Wakafkan mushaf al-Quran di mana-mana surau, masjid, sekolah tahfiz dan agama.

2. Dermakan kerusi roda untuk kegunaan di rumah kebajikan atau rumah sakit.

IKLAN

3. Ambil bahagian dalam pembinaan masjid walaupun sekadar infak RM10.

4. Sediakan air mineral di tempat awam seperti taman, pantai dan lain-lain kawasan orang berkumpul. Mudah jika mereka dahaga, dapat melegakan kering tekak.

IKLAN

Di Arab Saudi, mereka mengagihkan air mineral ketika kereta berhenti di lampu isyarat. Letakkan di depan pintu masjid, kedai-kedai dan juga di jalanan.

5. Tanam pokok untuk kemudahan orang ramai mengambil manfaat daripadanya seperti berteduh dan memetik buah. Bahkan haiwan pun dapat merasa tempiasnya juga dengan membuat sarang di atasnya.

Dan yang paling senang lagi adalah, kongsi dan sebarkan kepada rakan kalian semua. Mereka baca dan amalkan hasil perkongsian kita. Mudah-mudahan dikira sebagai amalan baik oleh Tuhan yang Maha Berkuasa.

Sumber kredit: FB: Najmi Farisham

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI