Pelbagai peristiwa manis berlaku sepanjang kita menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan salah satunya adalah melahirkan zuriat.
Seperti perkongsian lelaki ini Haris Daud yang berdepan pengalaman isteri tersayang yang melahirkan bayi mereka pada 10 April lalu.
Menurutnya dia tidak dibenarkan masuk menemani isteri bersalin untuk elakkan wabak COVID-19 ini.
Namun sepanjang tempoh menunggu itu, dia telah mengamalkan beberapa surah yang boleh diamalkan untuk mengurangkan kesakitan dan memudahkan isterinya bersalin.
Rupanya surah diamalkan itu juga turut menjadi amalan ilmuan Islam yang juga telah sembuh dari dijangkiti COVID-19 ini.
“10 April adalah ulangtahun kelahiran isteri saya. Tadi, pada tarikh yang sama, isteri saya dibawa masuk ke kamar bersalin. Saya menunggu di luar. Tidak dibenarkan menemani isteri bersalin sebab nak elakkan penyebaran covid-19.
“Siap saja melahirkan anak, dia beritahu saya, proses bersalin tadi senang dan sekejap saja. Lebih kurang 10 minit saja. Alhamdulillah.
“Saya senyum baca text whatsapp-nya. Dia tak tahu yang suaminya ini membacakan sesuatu untuknya di luar kamar bersalin.
“Amalan ini dikongsikan oleh seorang ilmuwan islam, Maulana Hamid. Ini amalannya semasa dijangkiti virus Covid-19 dan baik.
“Alhamdulillah, berkat amalan ini, proses kelahiran bayi perempuan kami tadi berjalan dengan baik. Senang dan sekejap saja. Saya baca surah Yaasin dan diikuti dengan bacaa ini:
1. Selawat 3 kali.
2. Baca surah Al Fatihah 3 kali.
3. Baca surah Al-Ikhlas 3 kali.
4. Baca “Hasbunallahu Wani’ Mal Wakil 313 kali.
5. Penutup dengan selawat 3 kali.
Dan maafkan isteri. Maafkan isteri. Maafkan isteri.
“Kita ada Dia. Dia sebaik-baik penolong. Kita doa pada-Nya. Tak kira yang kecil atau besar ujian itu , semuanya dari Dia.
“Alhamdulillah. Kami dikurniakan satu lagi amanah dari-Nya. Anak perempuan seberat 2.8kg. Mudah-mudahan tanggungjawab ini dipikul sebaiknya.
Haris Darus
Tahun depan Papa jimat duit beli kek besday. Beli satu saja dan sambut besday mama dan kamu.