Lelaki Ini Tak Kisah Tunang Gemuk Atau Kurus Asalkan Dapat Terima Kekurangannya

Share

Biasa sahaja kita lihat ada pasangan yang kononnya tidak sesuai pada pandangan mata kasar. Sampai ada yang mempersoalkan kenapa si lelaki yang tampan berpasangan dengan wanita yang berisi, berkulit gelap dan sebagainya. Sedangkan hakikatnya dalam sesebuah perhubungan, keserasian itulah yang paling penting.

Bagi Instafamous, Beby Tora atau nama sebenarnya Atierah Zulfatie, yang selamat bertunang dengan jejaka pilihan hatinya, Muhammad Haffis al Haffus Johari, bentuk fizikalnya yang agak ‘berisi’ menyebabkan ada yang ‘kurang senang’ dan meninggalkan komen berbaur sendirian terhadap gadis berusia 21 tahun itu di ruangan komen.

Rentetan daripada itu, tunangan Beby Tora tampil mempertahankannya.


brsyukur ada kamu ..gemuk atau kurus aku tak kisah ..asalkan kamu dpat trima kkurangan aku ..kerana bagiku kamu sudah trlalu cantik dn smpurna ..kerana aku mmandangmu dngn mata hatiku …kamu istimewa bagiku..bakal zaujahku insyallah


Dalam masa yang sama juga jejaka ini turut meninggalkan coretan mengapa dia sayang kepada tunangannya itu.

hampa jangan tanya kenapa apit sayang dia .waktu awai apit kenai dia ,dia pompuan paling malu apit penah jumpa .tutur kata dia yang sopan .jalan terkedek2 sbb dia pendek hahaha .apit slesa bercakap dn berkwan dngan dia .mungkin hampa smua tak nampak tapi dia cantik sngat .mak apit kata pilih bini bukan snang .klau pilih hat kuruih lawa skalipun ,dia boleh jaga apit ka .apit taktau nak hbaq .yg apit mampu kata ,apit syang dia sngat ❤️taktau la mcamna klau dia takda .shari tak gaduh dngn dia tak lengkap hdup apit ni .dulu apit sorang,apit sunyi.la ni apit ada dia ,hidup apit dh trisi ☺️ @beby_toratora apapun oqang ckap psai hang,tabah na.aku ada dngn hg slalu



Allah Ta’ala berfirman,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَومٌ مِّن قَوْمٍ عَسَى أَن يَكُونُوا خَيْراً مِّنْهُمْ وَلَا نِسَاء مِّن نِّسَاء عَسَى أَن يَكُنَّ خَيْراً مِّنْهُنَّ وَلَا تَلْمِزُوا أَنفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ بِئْسَ الاِسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ وَمَن لَّمْ يَتُبْ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki mencela kumpulan yang lain, boleh jadi yang dicela itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan mencela kumpulan lainnya, boleh jadi yang dicela itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandungi ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”

(QS. Al Hujuraat :11)


Moga pasangan ini kekal ke jinjang pelamin. Doa yang baik-baik. Aamiin.

Sumber kredit: Instagram: beby_tora_tora dan apit_johari

Published by
wan erni