Beruntungnya bagi pasangan yang berkahwin kerana berpeluang untuk saling kasih-mengasihani dan mencintai satu sama lain.
Dalam usaha untuk mengukuhkan hubungan sedia ada, setiap pasangan itu perlu berkomunikasi satu sama lain bagi memastikan tiada insan ketiga akan muncul dalam hidup.
Seperti perkongsian berguna dari isteri Adam Corie Lee yang mengingatkan wanita lain agar tidak mudah jatuh hati apabila diusik lelaki lain.
Apatah lagi jika mengetahui si lelaki sudah berpunya. Dan kepada lelaki itu pula janganlah sesuka hati untuk sengaja ‘test market’ mendekati wanita itu dengan ayat manis kerana hati wanita itu memang sangat mudah untuk tersentuh dengan pujian.
Pagi tadi Bidadari saya @puan_fazi_fuad tulis di ig dia.
Dia kata ; “Percaya atau tidak ,
Wanita akan cepat perasan apabila ada seorang lelaki suka mengusiknya.
Wanita akan menyangka lelaki itu suka padanya..
Padahal lelaki tersebut hanya mengusik sahaja. Itu mmg fitrah lelaki suka melihat wanita. Sbb itu kat akhirat , lelaki yg baik akan dpt bidadari. Manakala wanita akan dpt emas iaitu perkara bersifat kebendàan.
Jadi kita sebagai wanita jgn cepat perasan, apabila ada org lelaki senyum, cakap manja-manja dgn kita…. jgn cepat jatuh hati… tambah-tambah kalau lelaki tersebut sudah dimiliki.
Dan kpd lelaki, jgn main-mainkan wanita jika tiada niat yg betul. Jangan cuba suka suka nak test market.
Hati perempuan ni lembut dan cepat rapuh jika tersalah sentuh dan rempuh.
Dan hati wanita ini jika sudah terjatuh cinta, dia nekad untuk memiliki hati lelaki tersebut walaupun sudah berpunya.
pesanan utk semua tak kisah lah lelaki atau perempuan. Terutama khas adik-adik, anak-anak perempuan ku , anak lelaki ku @adamfatehlee juga.
dan juga suami ku .
#adamcorrie
P/s: pernah terjadi pada saya, saya senyum pada rakan saya di belakang seorang wanita .. tiba-tiba wanita itu kata saya artis gatal.
Dan ada juga saya tak perasan pon ada seorang gadis senyum pada saya, lalu jerit kata saya sombong. redha je la
Perkongsian ini turut mendapat perhatian dari warganet. Masing-masing bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh isteri kesayangan Adam Corie ini.
rinetworkfoodklselangor_hq Betul2..setuju sgt… Peringatan utk diri sendiri juga utk org2 tersayang disekeliling Saya
sueishh bagus pesanan ni bro corrie
sharifahz MasyaAllah.. Nasihat yg bguna..
finaz.saedun Good sharing.. Moga cinta dan kasih syg @adamcorrielee dan isteri sehingga ke syurga.. Doakan yg sama utk saya dan suami.. Amin
aliazulieka84 Btul. Itula fitrah. Ingatan utk diri sendiri dan org lain juga.
damy1131 Padu satu pesanan mendalam terbaik.