Orang Perempuan Kena Tunggu Habis Solat Jumaat Dulu, Baru Boleh Solat Zohor?

Share

Rutin tiap kali Jumaat yang lelaki wajib solat Jumaat, manakala kaum wanita pula solat Zohor seperti biasa. Tapi adakah benar bahawa  bahawa wanita kena menunggu selesai khutbah Jumaat  barulah dibenarkan solat Zohor?

Sebenarnya tidaklah begitu, masuk sahaja waktu zohor, kaum wanita sudah dibolehkan untuk mendirikan solat seperti biasa seperti kelazimannya.

Tak perlu pun kena menunggu kaum lelaki selesai solat Jumaat dulu. Ini kerana wanita adalah golongan yang tidak diwajibkan untuk mendirikan solat Jumaat seperti golongan lelaki.

Habis Solat Jumaat Dulu

Hanya golongan yang wajib solat Jumaat sahaja wajib berbuat demikian. Kalaulah kaum lelaki solat Zohor sebelum habis imam memberi salam solat Jumaat, maka solat itu tidak sah.

“Sebab solat Jumaat ini dia tidak boleh senang-senang sahaja, kita hendak ganti dengan solat zohor melainkan ada beberapa keuzuran yang dibenarkan syarak.”

“Perlu diingat, lelaki tidak dibenarkan dengan sengaja tidak mahu menunaikan solat Jumaat tapi memilih untuk solat Zohor di hari Jumaat.

“Sebaliknya, kita yang perempuan ini memang secara umumnya tidak terikat pun dengan hukum ini dan kita boleh solat macam biasa.”

Baru Boleh Solat Zohor

Masuk saja waktu zohor di hari Jumaat, wanita terus boleh solat. Solat Jumaat merupakan solat fardu 2 rakaat pada hari Jumaat bagi menggantikan solat zuhur yang diiringi dengan khutbah Jumaat.

Orang yang wajib melaksanakan solat Jumaat sahaja yang tidak boleh sewenangnya menggantikannya dengan solat Zohor. Alasannya ialah solat Jumaat ialah fardhu ke atasnya pada hari Jumaat pada waktu ia dilaksanakan.

Namun apabila seseorang itu sengaja meninggalkan solat Jumaat, kemudian waktu pelaksanaan solat Jumaat telah luput apabila imam memberi salam di suatu tempat, maka orang yang meninggalkan solat Jumaat tadi berdosa kerana cuai dan diwajibkan ke atasnya untuk solat Zohor.

HUKUM MENINGGALKAN SOLAT JUMAAT DISEBABKAN TUGASAN

  1. Solat Jumaat wajib ditunaikan oleh setiap mukalaf yang memenuhi syarat-syarat wajib solat Jumaat. Maka seseorang mukalaf tidak boleh meninggalkan Jumaat tanpa keuzuran yang dibenarkan oleh syarak.
  1. Termasuk dalam keuzuran meninggalkan Jumaat ialah tugasan kritikal seperti pengawal keselamatan, petugas kesihatan, petugas trafik udara dan darat, anggota tentera, polis, bomba dan penyelamat, dan seumpamanya yang terpaksa bertugas di waktu Jumaat dan tiada pengganti lain yang tidak diwajibkan Jumaat seperti orang bukan muslim, wanita atau orang yang bermusafir.
  1. Seseorang yang tidak menunaikan Jumaat disebabkan keuzuran hendaklah menggantikannya dengan solat Zohor.
  1. Seorang mukalaf hendaklah berusaha sedaya mungkin untuk menghadiri solat Jumaat. Jika sekiranya dia terpaksa meninggalkan Jumaat disebabkan keuzuran.

(Petikan Pejabat Mufti Negeri Perlis)

Syarat Wajib Solat Jumaat

Solat ini diwajibkan ke atas setiap individu lelaki yang telah mencapai syarat-syarat berikut:
1. Islam
2. Baligh
3. Merdeka
4. Berakal
5. Lelaki
6. Sihat
7. Bermukim

Niat solat Jumaat

Baca Di Sini:

Hukum Dirikan Solat Jumaat Secara Live Streaming

Kashoorga: Jadilah lelaki yang bertanggungjawab dan jangan culas dalam menunaikan solat Jumaat yang seminggu hanya sekali.

Sumber: Husna Ghani, Pejabat Mufti Negeri Perlis

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Published by
Syazwani Mehat