Sesungguhnya manusia itu hanya kerdil dan Allah maha berkuasa.
Bila menyebut tentang kematian, ia satu pengakhiran amalan manusia kecuali tiga perkara ditinggalkan iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya.
Namun bagaimana jika Allah masih memberi manusia itu peluang kedua untuk terus menikmati kehidupan ini?
Dikongsikan dari fb Ya Muhammad atau nama sebenarnya Muhammad bin Jantan, 27 tahun berkongsi pengalaman “mati” selama 10 saat sebelum Allah memberinya peluang kedua. Dirinya mengalami serangan jantung pada usia muda dan ketika di meja pembedahan, jantung berhenti berdegup seketika.
Saya tak sedar apa yang berlaku.
Ads
ENCIKKK ENCIKKKKKK BANGUN… Encik Muhammad sedar tak ni? Saya lihat bilik pembedahan menjadi kecoh.
Ada yang menjerit-menjerit, sampai ada yang mencarut “shittt” dalam nada seperti ada sesuatu yang besar baru sahaja berlaku tadi.
Selepas itu Dr Imran bagitahu, jantung tuan Muhammad dah berhenti selama 10 saat tadi. Mata encik dah ke atas. Mata encik dah putih. Jantung encik dah berhenti berdegup. Encik Muhammad dah mati 10 saat tadi.
Bilik operation yang tadinya ada lagu-lagu happy, bertukar dengan zikir-zikir untuk mengingati kepada Allah SWT.
Ads
Sungguh saya takut masa ni. Saya cuma nak satu sahaja sekarang ni, saya nak jumpa isteri saya Shahida Omar.
Encik saya terpaksa stop sampai di sini kata Dr Imran. Saya akan refer doctor pakar lain untuk situasi encik Muhammad. Saya tak berani nak teruskan lagi. Sebab encik ada 2 anak kecil.
Saya nak encik Muhammad sihat dan boleh bersama dengan anak semula. Doctor doctor yang ada dalam bilik pembedahan pun masih tidak percaya.
Ads
Kata doctor 2 saat meninggal pun ada kes yang tak boleh diselamatkan. Saya 10 saat mati, Allah izinkan hidup semula.
Hari Isnin 29 November 2021 saya akan ada sekali lagi operation.
Sesudah diberi peluang kedua dan pembedahannya berjaya, Muhammad turut berkongsi info penting untuk kita menjaga kesihatan.
8 pesanan saya kepada rakan-rakan lain pupaya boleh kurangkan risiko terkena serangan jantung di usia muda
1. Saya dah mula tidur lewat sejak umur 16 tahun. 2. Biasa 2-3 kali sebulan, saya tak tidur 24/48 jam. 3. Saya suka buat kerja sampai lewat pagi. 4. Saya peminat kopi, tak putus kaffeine. 5. Saya suka makan pedas, maklumlah orang melaka. Jadi kalau makan tiada yang pedas memang tak lengkap makanan tu bagi saya. 6. Saya terlalu suka makan seafood, lagi-lagi udang dan sotong. 7. Saya suka makanan bergoreng dan berminyak. 8. Saya dah lama tak bersenam.
Jadi pesanan saya kepada semua, apa yang saya suka buat dahulu tu, kurang-kurangkanlah. Masa saya di wad, saya sorang sahaja umur 27 lebih, yang lain pesakit umur 50,60,70 dan 80 tahun. Jadi saya tak nak rakan-rakan lain pun kena, sebab ianya sangat menyakitkan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Buat masa banyak kisah inspirasi yang kita baca membabitkan apa saja berkenaan COVID-19.
Terbaru pelakon, pengacara Alif Satar yang berkongsi di laman Instagramnya kisah yang cukup memberi inspirasi.
Menurutnya dalam perkongsian itu menceritakan kisah daripada seorang doktor Perubatan yang dikenali dengan nama Dr Wilson Tiang sewaktu sedang melakukan pemeriksaan di wad sekitar jam 5 pagi, dia melihat seorang lelaki tua sedang bersedia untuk melakukan solat Subuh.
Sebaik solat doktor tersebut memeriksa nadi dan bertanya perihal kesihatannya, namun lelaki tua itu kemudian memegang tangannya dan berdoa “Ya Allah lindungilah doktor muda ini dari terkena penyakit ini”. Dan itu cukup membuatkan perjuangannya berbaloi.
Tambah Alif lagi, kisah begini yang orang mahu baca. Sesuatu yang memberikan aura positif, kasih sayang, tidak membenci dan menyalahkan satu sama lain.
Dia juga turut memberitahu bahawa doktor berkenaan serta frontliner yang lain inilah boleh kita panggil hero sebenar.
Dan seperti biasa, netizen turut memberi respon serta menitipkan doa kepada barisan hadapan serta mengharapkan wabak ini dapat diatasi segera.
yanamira_shoppe Terharunya baca. Jom kita sama2 juga doakan frontliner semua sentiasa sihat, pesakit semua sembuh dan kita semua dilindungiNya selalu. Jangan degil. Duduk rumah diam2.
ahmdzlkhri_semoga barisan hadapan negara skrg ni terus kuatkan semangat untuk berjuang hanya Tuhan sahaja dapat membalas nya
zaff_serunding Semoga Allah lindungi dan jauhkan kita semua dr virus nie dan perkara2 yg x diingini.. Terima kasih para doktor, nurse, semua frontliners utk pengorbanan mereka.. Semoga semua nie cepat2 reda.. Aamiin
Banyak persoalan tentang keadaan yang menyebabkan seseorang itu tidak perlu berpuasa. Untuk tidak menimbulkan kekeliruan, ini penjelasannya.
Soalan: Seseorang yang boleh berbuka kerana musafir, bolehkah dia teruskan makan apabila sudah sampai ke tempat yang dituju ataupun kena tahan diri sehingga waktu berbuka. Macam itu juga bagi yang sakit pada awal hari tapi sembuh sebelum waktu berbuka, bolehkah dia terus makan atau kena tunggu sehingga masuk waktu berbuka?
Jawapan:
1. Para ulama berbeza pendapat mengenai seseorang musafir yang berbuka puasa; apakah dia wajib menahan diri dari makan dan minum apabila sudah sampai ke negeri atau tempat tujunya, sedangkan orang ramai berpuasa.
Pendapat yang terpilih; dia tidak wajib menahan diri dari makan dan minum kerana dia tidak berpuasa dan perbuatan itu tidak memberi apa-apa makna kepadanya. Ia bukan puasa yang sah kerana dia telah pun berbuka. Tiada dalil syarak yang mewajibkannya berbuat demikian.
Kata Abdullah bin Masud r.a:
مَنْ أَكَلَ أَوَّلَ النَّهَارِ فَلْيَأْكُلْ آخِرَهُ “Sesiapa yang makan pada awal hari, maka dia boleh makan pada akhir hari” (Riwayat Ibn Abi Syaibah dalam al-Musannaf dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra).
Demikian juga bagi wanita haid, nifas dan sakit. Mereka boleh makan tanpa perlu menahan diri pada siang hari pada bulan Ramadan.
2. Namun hendaklah mereka menyembunyikan perbuatan makan di siang hari tersebut. Sekalipun syarak mengizinkan mereka, namun orang ramai tidak mengetahuinya, maka itu akan menjadi tohmahan dan fitnah.
Begitu juga ia boleh menggalakkan perbuatan tidak berpuasa bagi mereka yang tidak layak berbuka pada bulan Ramadan. Islam agama yang berusaha mengelakkan fitnah dan salah sangka dalam kalangan manusia.
3. Maka seseorang yang mempunyai alasan yang diizinkan syarak untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan seperti faktor musafir ini –seperti perbahasan di atas-, maka dia boleh berbuka dan diganti pada hari-hari yang lain.
Sumber: Dr Maza.com
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Nampaknya semakin hari kes penularan wabak pandemik koronavirus ini semakin serius dan membimbangkan.
Malah setiap hari ada saja kematian dicatatkan dan sehingga artkel ini ditulis, menurut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah ada 23 kes kematian dengan keseluruhan sebanyak 2,031 kes.
Sehubungan itu, satu kenyataan media yang dikeluarkan melalui posting di Laman Sosial Instagram Menteri Agama, Datuk Dr. Zulkfli Mohamad Al-Bakri memberitahu titah Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong tentang cadangan perlaksanaan Solat Hajat secara serentak di seluruh negara esok Jumaat.
Solat hajat ini boleh dilakukan selepas solat Zohor di rumah dan tempat masing-masing. Justeru itu, Menteri Agama juga turut meminta kita semua memenuhi hari Jumaat dengan zikrullah, taubat dan munajat kepada-Nya. Sesungguhnya kepada Allah SWT jua kita berserah.
KENYATAAN MEDIA
PELAKSANAAN SOLAT HAJAT SERENTAK DI SELURUH NEGARA
1. Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada 26 Mac 2020 telah menitahkan kepada saya agar memberikan cadangan untuk melaksanakan Solat Hajat serentak di seluruh negara untuk kesejahteraan rakyat Malaysia dalam menghadapi situasi terkini.
2. Berdasarkan taakulan saya – dengan ilham daripada-Nya – , tarikh dan waktu yang sesuai bagi cadangan pelaksanaan Solat Hajat serentak di seluruh Negara adalah pada hari Jumaat (esok) pada 27 Mac 2020 bersamaan 2 Sya’ban 1441H selepas Solat Zohor di rumah dan tempat masing-masing.
3. Renungkanlah firman Allah SWT:
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka);Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku.” (Surah al-Baqarah: 186)
4. Maka, saya menyeru kepada seluruh umat Islam di Malaysia untuk menyahut titah KDYMM Tuanku Agong dengan melaksanakan Solat Hajat serentak di seluruh Negara adalah pada hari Jumaat (esok) pada 27 Mac 2020 bersamaan 3 Sya’ban 1441H selepas Solat Zohor di rumah dan tempat masing-masing dan memenuhi hari Jumaat dengan zikrullah, taubat dan munajat kepada-Nya. Kepada Allah SWT jua kita berserah.
YB SENATOR DATUK DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)
26 MAC 2020
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Menjadi rutin atau satu kemestian buat kebanyakan kita pergi ke pasar mahu pun pasar raya bagi membeli keperluan rumah dan diri.Namun satu perkara yang...