Kun fa ya kun. Jadilah! Maka jadilah ia sesuatu.

Sesungguhnya manusia itu hanya kerdil dan Allah maha berkuasa.

Bila menyebut tentang kematian, ia satu pengakhiran amalan manusia kecuali tiga perkara ditinggalkan iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya.

Namun bagaimana jika Allah masih memberi manusia itu peluang kedua untuk terus menikmati kehidupan ini?

Dikongsikan dari fb Ya Muhammad atau nama sebenarnya Muhammad bin Jantan, 27 tahun berkongsi pengalaman “mati” selama 10 saat sebelum Allah memberinya peluang kedua. Dirinya mengalami serangan jantung pada usia muda dan ketika di meja pembedahan, jantung berhenti berdegup seketika.

Saya tak sedar apa yang berlaku.

IKLAN

ENCIKKK ENCIKKKKKK BANGUN…
Encik Muhammad sedar tak ni?
Saya lihat bilik pembedahan menjadi kecoh.

Ada yang menjerit-menjerit, sampai ada yang mencarut “shittt” dalam nada seperti ada sesuatu yang besar baru sahaja berlaku tadi.

Selepas itu Dr Imran bagitahu, jantung tuan Muhammad dah berhenti selama 10 saat tadi.
Mata encik dah ke atas. Mata encik dah putih. Jantung encik dah berhenti berdegup.
Encik Muhammad dah mati 10 saat tadi.

Bilik operation yang tadinya ada lagu-lagu happy, bertukar dengan zikir-zikir untuk mengingati kepada Allah SWT.

IKLAN

Sungguh saya takut masa ni. Saya cuma nak satu sahaja sekarang ni, saya nak jumpa isteri saya Shahida Omar.

Encik saya terpaksa stop sampai di sini kata Dr Imran. Saya akan refer doctor pakar lain untuk situasi encik Muhammad. Saya tak berani nak teruskan lagi. Sebab encik ada 2 anak kecil.

Saya nak encik Muhammad sihat dan boleh bersama dengan anak semula. Doctor doctor yang ada dalam bilik pembedahan pun masih tidak percaya.

IKLAN

Kata doctor 2 saat meninggal pun ada kes yang tak boleh diselamatkan. Saya 10 saat mati, Allah izinkan hidup semula.

Hari Isnin 29 November 2021 saya akan ada sekali lagi operation.
Sesudah diberi peluang kedua dan pembedahannya berjaya, Muhammad turut berkongsi info penting untuk kita menjaga kesihatan.

8 pesanan saya kepada rakan-rakan lain pupaya boleh kurangkan risiko terkena serangan jantung di usia muda

1. Saya dah mula tidur lewat sejak umur 16 tahun.
2. Biasa 2-3 kali sebulan, saya tak tidur 24/48 jam.
3. Saya suka buat kerja sampai lewat pagi.
4. Saya peminat kopi, tak putus kaffeine.
5. Saya suka makan pedas, maklumlah orang melaka. Jadi kalau makan tiada yang pedas memang tak lengkap makanan tu bagi saya.
6. Saya terlalu suka makan seafood, lagi-lagi udang dan sotong.
7. Saya suka makanan bergoreng dan berminyak.
8. Saya dah lama tak bersenam.

Jadi pesanan saya kepada semua, apa yang saya suka buat dahulu tu, kurang-kurangkanlah.
Masa saya di wad, saya sorang sahaja umur 27 lebih, yang lain pesakit umur 50,60,70 dan 80 tahun. Jadi saya tak nak rakan-rakan lain pun kena, sebab ianya sangat menyakitkan.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI