Suatu ketika dahulu, penerima vaksin Sinovac tidak dibenarkan mengerjakan umrah dan haji kecuali mereka yang menerima Oxford-AstraZeneca, Pfizer-BioNTech, Johnson & Johnson dan Moderna.
Bagaimana pun pada 25 Ogos 2021, Kerajaan Arab Saudi melalui Kementerian Kesihatannya telah meluluskan dua lagi penerima vaksin jenis Sinovac dan Sinopharm masuk ke Arab Saudi dengan syarat telah menerima dos penggalak (booster) yang diiktiraf di Arab Saudi.
Arab Saudi sebelum ini menyatakan bahawa individu juga boleh menerima dua dos vaksin berlainan, berdasarkan kajian saintifik yang menunjukkan kaedah itu berkesan untuk mengekang COVID-19.
Dalam pada itu, seorang individu yang bakal bekerja di Arab Saudi, Ikmal Shah Fazli atau akaun Tik Toknya @Ikmal Shah berkongsi satu pengalaman yang wajar diberi perhatian oleh individu yang ingin mengerjakan umrah di masa-masa akan datang.
Di mana penerima vaksin Sinovac perlu mengambil dos penggalak sekurang-kurangnya beberapa minggu sebelum tiba tarikh mengerjakan umrah. Dan dos penggalak ini adalah DIWAJIBKAN dan kalau tiada dos penggalak perlu suntik di Arab Saudi selain perlu menjalani kuarantin dan kos hotel ditanggung sendiri tanpa sebarang subsidi.
Dalam perkongsiannya, Ikmal Shah yang mendapat tawaran bekerja di negara terbabit menjelaskan, dirinya nyaris tidak dibenarkan masuk ke Arab Saudi kerana tidak mendapatkan dos penggalak sebelum berlepas ke sana.
“Awalnya tiada masalah kerana syarikat sudah memberikan butir lengkap penerbangan. Memandangkan flight transit di Dubai dahulu, ketika itu tiada masalah yang timbul. Dari Dubai untuk ke Arab Saudi, di sinilah masalah bermula,” katanya.
“Syarikat penerbangan tidak memberi kebenaran berlepas ke Arab Saudi kerana saya penerima vaksin Sinovac dan disebabkan tiada dos penggalak, saya di kategorikan sebagai No Vaccine. Saat itu rasa sedih dan marah. Dalam pada itu, saya terpaksa fight memandangkan ada beberapa minit lagi kapal terbang nak berlepas. Saya tunjuk semua dokumen yang mengesahkan bekerja di Saudi.
“Last-last dia bagi juga berlepas dengan syarat saya kena ambil booster. Terpaksalah saya ambil booster Pfizer dan masa yang sama terfikir-fikir, bolehkah dua vaksin berbeza bercampur. Dan akhirnya, saya siap dapat booster Pfizer,”katanya lagi
.
Dalam pada itu, Ikmal Shah memaklumkan untuk mengelak sebarang masalah di Arab Saudi selain memudahkan urusan memasuki negara tersebut, adalah lebih baik mengambil booster di Malaysia.
“Kalau kita dah ada dua dos vaksin dan dos penggalak, tiada masalah untuk masuk ke Saudi.
“Tapi dalam kes yang saya alami dan tidak ada dos penggalak ketika itu, saya perlu menjalani kuarantin 7 hari sebelum di booster di Arab Saudi dan semua kos perbelanjaan semasa kuarantin perlu ditanggung sendiri termasuk kos hotel yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi sendiri.
“Di Arab Saudi, mereka ada app (seperti My Sejahtera kita) dan di situ ada diletakkan senarai hotel yang berdaftar untuk kuarantin. Macam saya, memandangkan pergi atas urusan kerja, semuanya ditanggung oleh pihak majikan. Jadi tiada masalah untuk kosnya.
“Jadi bagi traveller umrah atau melancong bolehlah ambil booster di Malaysia kerana ia memudahkan urusan korang semua,” katanya berharap ia dapat membantu bagi individu yang bakal mengerjakan umrah atau melancong ke negara ini kelak. Sumber : Tik Tok :- @Ikmalshah Fazli