Jodoh rahsia Allah taala. Kadang ia datang tanpa diduga tapi masa yang sama perlu dicari. Jangan pernah ada rasa putus kalau hubungan pernah terhenti dan jangan juga takut melalui alam perkahwinan bagi yang masih terfikir-fikir tentangnya.

Dalam soal mencari jodoh, setiap orang ada kriteria dan pilihan masing-masing. Ada yang mahukan sebaya, ada berbeza beberapa tahun usia malah ada yang dijodohkan dengan pasangan yang lebih matang usianya.

Mungkin ramai anak muda masa kini yang menolak pasangan jauh beza usia kerana takut “tidak sekufu” atau berbeza pemikiran tetapi selepas menjalin hubungan ternyata lelaki berusia lebih penyayang, romantik serta bersifat pelindung.

KASHOORGA menghubungi Ir. Mastura Ibrahim, 38 tahun yang berkongsi video di Tik Toknya @masturaibrahim83 dan mencapai tontonan hampir 300 k bagaimana perbezaan usia berjarak 18 tahun adalah pilihan tepat dalam kehidupan selepas melalui perkahwinan kali kedua.

Jelas jurutera di Jabatan Kerjaya Malaysia di Pulau Pinang ini, dia dan suami, Abdul Jalil Mohd Hassan berbeza usia 18 tahun di mana mereka baru melalui alam perkahwinan mencecah 8 tahun.

“Ini perkahwinan kedua saya. Pada perkahwinan pertama, bekas suami dan saya sebaya. Satu sekolah dan kemudian satu universiti. Mungkin sama-sama muda, semua nak menang. Yalah kita kenal dah lama tapi bila disatukan, macam-macam masalah timbul. Ketika itu kami ada dua orang. Ternyata jodoh tak panjang dan kami kemudian berpisah dengan dua orang anak masih kecil (berusia 4 tahun yang sulung).

https://www.tiktok.com/@masturaibrahim83/video/6952840008705281282?lang=en&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6973624686812366338

Tambah Ir Mas, dia mengambil masa lama sebelum membuat keputusan berkahwin kali kedua.

Ads

“Makan masa bertahun-tahun juga. Mak juga larang. Katanya tak payah la sebab faham perangai kita. Kebetulan saya kenal suami masa kami anjurkan kursus. Masa tu kita tengok karektornya dan wow.

“Hampir tiga tahun juga masa diambil sebelum kami disatukan. Mak mentua ada juga bertanya, boleh ke saya terima suami sebab usia saya ketika itu 29 tahun manakala suami pula hampir 50 tahun. Masa yang sama duda anak satu. Yalah banyak nak difikirkan terutama dari segi kesihatan dan sebagainya.

“Tapi Allah sebaik-baik perancang. Semasa dengan jodoh sebaya, kami sering berselisih pendapat sebab masing-masing muda. Tapi bila memilih lelaki berusia semuanya berubah 100 peratus. Masuk ke alam perkahwinan ini, satu perbezaan ketara saya alami terutama melihat kematangan fikiran suami, rasa tanggungjawabnya, rasa sayang, pembuat keputusan yang tepat dan lain-lain lagi.

“Saya belajar mengikut flow dirinya dan banyak keputusan suami tepat. Dengan kematangannya, suami banyak mempengaruhi pemikiran saya kerana kita rasa lebih tenang. Tak ada apa nak digopohkan. Suami pun seorang yang pengemas, sangat teratur. Jadi dengan sikapnya saya jadi terikut-ikut.

Ads

“Jujurnya saya tak rasa pun kami jauh berbeza usia kerana suami sentiasa bertindak sebagai pelindung. Dia kelakar, romantik dan banyak sikap baiknya,”katanya yang mempunyai dua anak dari perkahwinan kedua ini berusia enam dan lima tahun dan kedua-duanya perempuan.

Jadi, kalau korang sekarang tengah berkawan dengan lelaki berusia jangan takut membuat keputusan. Yakinlah Allah sebaik-baik perancang.

Lelaki Matang Romantik & Penyayang, Wanita Kongsi Bahagia Dalam Perkahwinan Walau Beza Usia 18 Tahun

WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI

✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘

Ads

Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..

✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽‍♀‍

✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)

✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻

Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞

Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-jodoh-suami-kiriman-ilahi/

.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI