Apakah hukumnya bagi lelaki memakai inai? Kita lihat ketika majlis perkahwinan, selalunya pengantin lelaki akan diinaikan jarinya.
Inai adalah perhiasan bagi wanita bukannya untuk lelaki. Dalam sebuah hadith, diriwayatkan daripada ‘Aisyah R.Anha:
Maksudnya: Seorang wanita memberikan isyarat dari belakang tabir bagi menunjukkan pada tangannya ada surat untuk diberikan kepada Rasulullah SAW. Maka Nabi SAW menggenggam menutup tangannya lalu berkata:
“Aku tidak tahu adakah ini tangan lelaki ataupun tangan perempuan?”. Jawab perempuan tersebut: “Perempuan”. Lalu Baginda berkata: “Jikalau kamu ini perempuan, nescaya akan lakukan perubahan pada kuku-kuku kamu (iaitu dengan inai)”.
Ads
Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah menyebutkan di dalam al-Majmu’:
Maksudnya: Adapun mewarnakan kedua tangan dan kaki dengan inai, maka digalakkan bagi yang berkahwin dikalangan perempuan berdasarkan hadith-hadith masyhur padanya dan haram ke atas lelaki-lelaki (memakai inai) kecuali untuk berubat.
Ads
[Lihat al-Majmu’. Dar al-Fikr, 1/294]
Ads
Begitu juga al-Imam al-Syarwani Rahimahullah di dalam hasyiahnya bagi kitab Tuhfah al-Muhtaj karangan Ibn Hajar al-Haitami Rahimahullah turut menyatakan perkara yang sama iaitu digalakkan bagi wanita yang telah berkahwin untuk berinai dan haram ke atas lelaki.
Oleh kerana berinai itu termasuk di dalam perhiasan wanita maka tidak boleh bagi lelaki untuk berinai. Sama ada untuk tujuan perkahwinan ataupun atas dasar berhias, agar nampak cantik dan sebagainya, tetap tidak boleh melainkan untuk tujuan berubat yang mana dengan berinai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit tertentu. Walau bagaimanapun lelaki boleh mengenakan inai pada rambut, ini kerana terdapat hadis yang membenarkannya.
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
AL-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW bagi memberi panduan dan petunjuk kepada seluruh manusia.
Kita digalakkan untuk membaca dan memahami isi kandungan kitab suci yang menjadi pegangan selama ini.
Namun adakah kita benar-benar mengenali dan memahami apa yang terkandung dalam Al-Quran ini. Kadang-kadang kita membacanya tanpa mengetahui apa rahsia yang terkandung di dalamnya.
Dalam satu perkongsian di laman sosial Facebook memberitahu mempunyai pelbagai rahsia yang kita tidak perasan atau ketahuinya.
T : Berapa jumlah Surah dalam Al-Qur’an?
J : 114 Surah.
T : Berapa jumlah Juz dalam Al-Qur’an?
J : 30 Juz.
T : Berapa jumlah Hizb dalam Al-Qur’an?
J: 60 Hizb.
T : Berapa jumlah Kata dalam Al-Qur’an?, dan Berapa Jumlah Hurufnya?
T : Berapa Jumlah Surah Makiyah dalam Al-Qur’an? Sebutkan.
J : 86 Surat, selain surah tersebut di atas.
T : Berapa Jumlah Surah yang dimulai dengan huruf dalam Al-Qur’an?
J : 29 Surah.
T : Apakah yang dimaksud dengan Surah Madaniyyah? sebutkan lima saja?
J : Surah Madaniyah adalah Surah yang diturunkan di Madinah setelah Hijrah, seperti: Al-Baqarah, Al-Imran, Al-Anfal, Al-Tawbah, Al-Hajj.
T : Siapakah nama para Nabi yang disebut dalam Al-Qur’an?
J : Adam a.s , Nuh a.s , Ibrahim a.s, Isma’il a.s, Ishaqa a.s, Ya’qub a.s, Musa a.s, Isa a.s, Ayub a.s, Yunus a.s, Harun a.s, Dawud a.s, Sulaiman a.s, Yusuf a.s, Zakaria a.s, Yahya a.s, Ilyas a.s, Alyasa a.s’, Luth a.s, Hud a.s, Saleh a.s, ZulKifli a.s, Syuaib a.s, Idris a.s, Muhammad Shalallahu’alaihi wa sallam.
T : Siapakah satu-satunya nama Sahabat yang disebut namanya dalam Al-Qur’an?
J : Zaid bin Haritsah. Rujuk dalam surah Al-Ahzab ayat 37
T : Apakah ayat dalam Al-Qur’an yang pertama kalil turun?
J : surah Al-alaq ayat: 1-5 ( إقرأ باسم ربك الذي خلق)
T : Apakah nama Surah yang tanpa Basmalah?
J : Surah At-Tawbah (bara’ah).
T : Apakah nama Surah yang memiliki dua Basmalah?
J : Surah Al-Naml.
T : Apakah yang disebut surah Al-mu’awidzatain (2 surah penjagaan)?
J : Surah Al-Falaq dan An-Naas.
T : Apakah nama Surah yang bernilai seperempat Al-Qur’an?
J : Surah Al-Kafirun.
T : Apakah nama Surah yang bernilai sepertiga Al-Qur’an?
J : Surah Al-Mulk.
T : Apakah nama Surah yang apabila dibaca pada hari Jum’at akan menerangi sepanjang pekan?
J : Surah Al-Kahfi.
T : Apakah ayat yang paling Agung dan dalam Surah apa?
J : Ayat Kursi, dalam Surah Al-Baqarah ayat No.255.
T : Apakah ayat yang paling bijak dan dalam surah apa?
J : Firman Allah Ta’ala: Barang siapa yang melakukan kebaikan sebesar biji sawi ia akan lihat. Barang siapa melakukan kejahatan sebesar biji sawi ia akan lihat..(Surah Al-Zalzalah ayat: 7-8).
T : Apakah nama Surah yang ada dua sajdahnya?
J : Surah Al-Haj ayat: 18 dan ayat: 77.
T : Pada Kata apakah pertengahan Al-Qur’an itu di Surah apa? ayat no Berapa?
J : وليتلطف Surah Al-Kahfi ayat No: 19.
T : Ayat apakah yang diulang-ulang sbyk 31 kali dalam satu Surah dan di Surah apa?
J: Ayat فبأي آلاء ربكما تكذبانِ ) pada Surah Al-Rahman.
T : Ayat apakah yang di ulang-ulang sebanyak 10 kali dalam satu Surah dan di surah apa? Apakah ayat ini ada juga disebut dalam surah lainnya? Di Surah apa?
J : Ayat (ويل يومئذ للمكذبين) pada Surah Al-Mursalat, juga ada dalam Surah Al-Muthaffifiin ayat No: 10.
Berdekatan lah dengan Al-Qur’an sedekat kita dengan pasangan, anak-anak dan teman-teman kita hari ini…
Bersahabat lah dengan-Nya…karena Al-Qur’an tidak akan meninggalkan kita sebagai sahabat ketika yang lain berpaling, dia akan datang sebagai syafa’at bagi sahabat-sahabatnya di akhirat kelak..
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Setiap apa sahaja butiran yang keluar daripada mulut kita umpama satu doa. Oleh itu berhati-hatilah ketika berkata-kata. Ucapkanlah perkara yang baik-baik. Jika tidak ada perkataan yang baik untuk diucapkan adalah lebih baik untuk kita diam sahaja kerana diam itu lebih baik daripada kita mengungkap kata-kata yang negatif.
Seperti perkongsian Nur Aliah Mohd Nor yang antaranya mengatakan bahawa betapa pentingnya kita berkata hal yang baik-baik.
Amalkan Je Doa Ni Kalau Nak Tebalkan Dompet Anda
Baru ni Lia geram sangat bila sorang kawan Lia ni buka dompet dia masa nak beli makanan, lepas bagi duit dekat kakak yang meniaga ni, dia cakap,
“Aduhh! Duit aku dah tak ada dah.”
Lia bukan apa, kadang kata-kata kita ni doa, kalau tersalah cakap takut jadi kenyataan pula!
Jadi Lia kongsikan terus 1 tips setiap kali nak bayar duit kat orang boleh terus baca doa ini,
“Inna haza larizquna maalahu minnafad”. – Surah Sad Ayat 54.
Maksudnya, “Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis”.
Kalau dapat duit baki pula, masa nak masukkan duit dalam dompet tu terus baca surah Al-Fatihah.
Yakin dan percaya lah, bila buka dompet tu duit sentiasa je ada. Tak kisah walaupun dalam dompet ada RM0.10 atau RM1, ucapkan Alhamdulillah.
FIKIR YANG BAIK-BAIK
Sebab tu la pentingnya juga mindset kita, kalau kita fikir duit tak ada, maka duit pon takut nak datang dekat kita.
Kalau kita yakin duit tu sentiasa ada, walaupun masa tu tak ada duit, yakin Allah pasti bantu.
Jom sama-sama amalkan doa ini selalu agar kita menjadi orang yang Menjemput Rezeki. Katakan “I Am A Money Magnet!”.
Melalui perkongsian Fedtri Yahya di akaun Instagramnya, dia berkongsi tentang kelebihan orang yang membaca At Taubah ayat 128-129.
Dikatakan bahawa barangsiapa yang membaca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah – jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat. – jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia. – jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan. – jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan. – jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar. – jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya. – jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan.