Kisah Saidina Umar Al Khattab dan isterinya sering dijadikan rujukan dalam melayari rumahtangga bahagia. Ini kerana Khalifah kedua selepas Saidina Abu Bakar ini hanya diam membisu saat dimarahi isteri. Pada hal semua orang tahu, Saidina Umar seorang yang sangat garang dengan musuh-musuh islam.
Diceritakan, ada sahabat Rasulullah SAW datang berkunjung ke rumah Umar Al Khattab. Dirinya mahu mendapatkan nasihat kerana sering dimarahi isteri dan dirinya berasa rimas hingga timbul rasa nak ceraikan isteri.
Namun ketika tiba di hadapan rumah Saidina Umar, dari luar dirinya terdengar isteri Khalifah ini sedang marah-marah kepada suami. Masa yang sama, langsung tidak kedengaran suami Umar membentakkan suaranya atau melawan bebelan isteri walau suara isterinya sangat lantang. Dari niat nak mengetuk pintu rumah Umar,dirinya terdiam. Namun dirinya terfikir, kalau Umar sebagai Khalifah begitu, bagaimana dengan diri aku.
Baru beberapa langkah meninggalkan rumah Umar, Khalifah ini membuka pintu. Melihat sahabatnya, Umar lantas memanggil.
“Ada apa engkau datang ke rumahku,” kata Umar kepada sahabat.
Sahabat lantas menceritakan masalah rumahtangga dihadapinya. Dia ceritakan isterinya sering marah-marah. Namun dia terdengar isteri Umar sedang marah-marah Khalifah itu. Aku tidak ingin mengganggu kerana dilihat tuan juga sedang dalam masalah, kata sahabat kepada Umar.
Mendengar kata sahabatnya itu, Umar Al Khattab terus tersenyum.
Katanya untuk apa dia marah-marah bila isteri membebel kerana isterinya itu sudah memasak untuknya, mencuci baju, mengasuh dan mendidik anak-anak.Mengandung dan bersalin serta membesarkan mereka, apa lagi yang aku mahukan kerana isteri meluahkan apa dirasainya. Kerana itu aku menerimanya sekali pun dimarahi,” kata Umar.
Sahabat tersebut lalu bertanya, “Wahai Amirul Mukminin, apakah aku juga harus berbuat demikian terhadap isteriku?.”
“Ya, terimalah marahnya. Kerana apa yang dilakukan isterimu tidak akan lama, hanya sebentar saja,” jawab Umar bin Khattab.
Dikisahkan bahwa sahabat tersebut kemudian pulang dan tak jadi menceraikan isterinya.
Wahai lelaki, kalau isteri marah-marah, jangan benci atau memarahinya balik kerana sudah banyak tugas suami diambil alih seorang isteri. Jadi sentiasalah bersabar kerana marah isteri sebagai tanda dirinya meluahkan apa yang sudah lama dipendamnya.