Mencari keredhaan merupakan salah satu daripada ciri atau sifat yang terpuji. Ini kerana, kita dituntut untuk sentiasa mencari keredhaan Allah SWT dan juga keredhaan orang yang berada di sekeliling dengan kita. Ini berdasarkan kepada sebuah hadith:
Maksudnya: “Barangsiapa yang mencari redha Allah sekalipun memperolehi kemurkaan manusia, maka Allah akan cukupkan kebergantungannya terhadap manusia. Barangsiapa yang mencari redha manusia sekalipun memperolehi kemurkaan Allah, maka Allah akan serahkannya kepada manusia.” [Riwayat al-Tirmizi (2414)]
Kisah yang dikongsikan oleh saudara Jaja Muktahiri di fbnya mengenai kisah seorang tua bernama Hasan yang ditemui ketika solat Subuh di Masjid Nabawi cukup memberikan teladan buat kita semua. “Cukuplah Allah sebagai tempat pergantungan dan selebihnya berserah dengan aturannya.
Namanya Hasan, tinggal di sekitar al Usayfirin, 2 km ke barat dari pintu 318 Masjid Nabawi, di usianya yang menghampiri 70 tahun. Ia bersendirian kerana 20 tahun si isteri sudah menghadap Ilahi.
Menarik mengenalinya Subuh ini, tak sengaja kerana berjalan dengan tongkat dan saya berusaha membantu. Tapi dia menyatakan, “Laa.. kholas, Allah ma’i.. insyaAllah aqwa minka walau yashghuruni bis sanawat”
Ads
MasyaAllah.. dia tidak mahu dibantu, malah diberitahu “Jangan, sudah, ada Allah denganku, insyaAllah saya lebih kuat dari kamu walau kamu bertahun tahun lebih muda dari ku”
Begitulah jiwa jika Allah sudah ada, tidak bergantung pada mahluk-Nya.
Saya mengikuti di belakangnya, setelah sunnah 2 rakaat, saya tunggu, rupanya dia terus hingga 11 rakaat, sehingga jam 4 pagi.
Ads
“Syeikh laqod fasad sitrok min ro’yi, sa ahdhir laka hasanatan bada sholah” kata saya
(Pakcik, saya lihat jaketnya sudah rosak, saya belikan yang baru setelah sholat)
MasyaAllah lagi-lagi jawapan tidak terduga:
“Isteri saya wafat sekitar 20 tahun lalu, dia suka jaket ini, dia beli untuk hadiah saya, saya pakai selalu untuk solat agar pahalanya selamanya Allah berikan padanya”
Ads
Kami terus solat Subuh, selesai, melalui pintu 318 masjid Nabawi, saya hantar sambil bertanya lagi:
“Qoryatak baid wa anta tamsyi fith thoriqith thowil, lima tusholli fil qhurfah”
(Pakcik, kampungmu agak jauh, jalan kaki pula, kenapa tak solat di rumah saja).
“Allah sudah berikan saya kaki hampir 70 tahun, saya berharap kaki ini jadi saksi bahawa tiap langkahku ke Nabawi ada nama Ayah dan Ibu ku yang meringankan mereka berjalan di atas sirotulmustaqim Allah kelak”
Sambil menangis saya menulis ini, pakcik Hasan, sendiri, dengan tongkat menempuh dua kilometer untuk kejar keberkahan jemaah subuh, saya?
Masjid Nabawi, 30 Rejab 1423 H
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Ramai yang mengikuti perkembangan terkini mangsa belasahan suami sehingga koma iaitu Jahidah Nordin, 43.
Alhamdulillah, di sebalik ujian menimpanya, Jahidah selamat melahirkan bayi lelaki, Jihady dalam keadaan dirinya terusan koma ketika janinnya berusia 15 minggu melalui kaedah pembedahan minggu lalu.
Bahkan dirinya kekal stabil selepas pembedahan itu (masih di wad dan dalam pemantauan doktor) dan berita gembira ini dikongsikan oleh adiknya, Fauziah Nordin yang setia menjaga kebajikan kakaknya yang terlantar kesan menjadi mangsa seorang suami yang tidak bertanggungjawab.
Dayus kerana memukul seorang perempuan yang lemah hingga mengalami kecederaan di otak, patah tulang belakang, rusuk, tidak mampu bercakap mahu pun respon dan hanya mampu membuka matanya, itu pun dalam keadaan separuh sahaja.
Dalam perkongsian di tik toknya @ziahzara15, Fauziah memaklumkan sehari selepas Jihady dilahirkan (dinamaikan Baby J), terdapat sedikit salah faham dengan Jabatan Sosial hospital kerana dirinya tidak dibenarkan untuk mengenal pasti jantina Baby J namun hal ini kemudian dapat diselesaikan.
Bahkan anak kecil itu juga terpaksa ditahan di wad seketika kerana mengalami demam kuning dan kini “malaikat kecil” itu sudah pun berada di depan mata mereka sekeluarga.
Dapat dilihat dari perkongsian videonya, wajah Baby J yang comel hinggakan ramai terusan mendoakan agar baby ini membesar sihat untuk bersama-sama ibunya di dunia. Bahkan ramai yang mendoakan kesejahteraan anak kecil ini selain mampu membela ibunya kelak selepas dewasa. Malah ada mendoakan anak ini menjadi anak soleh apabila membesar kelak.
Tulis Fauziah, “kuatnya Baby J. Dia tahu ibunya tak mampu, sakit. Tak normal macam dulu. Tapi kerana kuat nak bertemu ibunya, lahirnya Baby J ke dunia walau pun penuh dugaan, kesakitan dan kesedihan. Moga Baby J dan ibunya sama-sama kuat untuk bertemu di dunia. Kuasa Allah mengatasi segala-galanya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Maksudnya: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.” Riwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651), al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880).
Satu perkongsian yang tular di mana seorang lelaki menginfakkan keseluruhan duitnya ke jalan Allah. Walau itu wang terakhirnya, tapi dirinya yakin Allah akan cukupkan keperluannya di masa hadapan. Satu semangat yang sangat luar biasa dari orang yang juga luar biasa pemikirannya. Hal ini dikongsikan oleh Afiz Ayub yang aktif menjalankan kerja kebajikan dengan menyediakan van jenazah dan ambulan secara percuma untuk masyarakat di negeri Perak.
Baca perkongsian ini.
Ada sahabat ‘GILE’ saya ni tetiba wassap. Mungkin Allah buka hatinya ketika beliau sedang dengar khutbah jumaat. Tajuk hari ini pun best ‘Bile Izrail Datang memanggil’.
Dia ni sahabat baik saya dan beliau memang kuat infak pada banyak NGO. Asal dia nak infak pada TeamAA memang susah sebab kami tak ambil duit. Kalau nak kasi barangan kami tadah tapak tangan.
Baru baru ini dia belikan barangan jenazah kasi pada TeamAA Perak. Dia ni pernah sakit hingga penghujung nyawa malah bangkit dan bangun semakin sihat malah sentiasa mendahulukan Ummah Allah.
Hari ni di mereng sikit nak kasi hampir semua duit dia untuk infak ke jalan Allah. Dia tengok kita nak tambah asset MPV jenazah dia pun nak join.
Tapi kita ni duk risau kerana apabila menyumbang, pastikan kalian cukup untuk sara diri. Tapi dia ni sanggup bagi segalanya ke jalan Allah. Apa jawapan dia bile saya tanye kang duit tak cukup macam mane. Jawapan dia ’Allah kan ada’.
Teringat dalam Al quran ada sebut,
“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi.”
(Surah Ali-Imraan ayat 92)
Tahniah sahabat!! Insyallah nanti kita sama sama cari asset untuk jariah awak. Biar awak beli dan buat sendiri baru seronok dari bagi orang tak jalan 100% jariah awak. Semoga Allah sentiasa murahkan rezeki kalian.
Seperti mana kifa faham, antara fadilat bersedekah berdasarkan firman Allah SWT:-
Maksudnya: “Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Baqarah: 265).
Sumber: FB Afiz Ayub
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Hari kiamat adalah sebuah kepastian yang akan terjadi tanpa pernah diketahui waktunya.
Meski pun begitu beberapa hal mahu pun peristiwa boleh dijadikan petanda hari kiamat sudah semakin hampir.
Dahsyatnya peristiwa kiamat tentu tidak akan pernah terbayangkan dalam fikiran kita.
Pada hari kiamat, Allah SWT menumpahkan kemarahan-Nya kepada hamba yang derhaka dan banyak berbuat dosa.
Allah pun tidak akan memandang mereka, melainkan memberikannya azab yang teramat pedih atas semua dosa mereka di dunia.
Berikut adalah sembilan golongan manusia yang tidak akan disapa oleh Allah SWT pada hari kiamat nanti.
Hadis Pertama
Rasulullah bersabda: “Tiga orang yang tidak akan diajak bicara oleh Allah pada hari kiamat, Allah tidak akan melihat mereka, tidak juga menyucikan mereka dan bagi mereka azab yang pedih.” Rasulullah SAW bersabda demikian sebanyak tiga kali. Abu Dzar berkata: “Alangkah ruginya. Siapa mereka wahai Rasulullah?” Lalu Rasulullah bersabda: “Musbil (orang yang memakai kain melebihi mata kakinya), orang yang selalu mengungkit pemberiannya dan orang yang melariskan dagangannya dengan sumpah palsu.” (HR. Imam Muslim).
Tiga golongan yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah:
Orang yang menyombongkan diri atas segala sesuatu yang dimilikinya.
2. Orang yang sentiasa mengungkit apa yang telah diberikannya sehingga menghapus amal baiknya. Golongan ini cenderung memiliki sifat riak sehingga menyakiti hati orang yang telah diberi.
3. Orang yang berniaga tetapi berbohong demi melariskan dagangannya. Ketidakjujurannya boleh merugikan pembeli. Sehingga Allah pun akan menghilangkan keberkatan pada keuntungan yang diperoleh.
Hadis Kedua
Rasulullah bersabda: “Tiga orang yang tidak akan diajak bicara oleh Allah pada hari kiamat dan Allah tidak akan menyucikannya. Dan tidak akan dilihat Allah dan bagi mereka azab yang pedih iaitu orang tua yang berzina, raja yang suka berdusta dan orang miskin yang sombong.” (HR. Muslim).
Tiga golongan yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah:
1. Orang yang berzina tidak akan disapa oleh Allah SWT kerana zina merupakan perbuatan keji yang dimurkai oleh Allah.
2.Pemimpin yang adil dan amanah akan mendapatkan darjat yang tinggi di dunia mahu pun akhirat. Sebaliknya, pemimpin yang zalim akan mendapatkan murka Allah sehingga baginya azab yang pedih dan tidak akan disapa oleh Allah pada hari kiamat.
3.Orang miskin yang menyombongkan diri ketika mendapatkan kenikmatan dari Allah termasuk golongan manusia yang tidak akan disapa oleh Allah pada hari kiamat nanti.
Hadis Ketiga
Rasulullah bersabda: “Tiga orang yang tidak akan diajak bicara oleh Allah pada hari kiamat, Allah tidak melihat mereka, tidak juga menyucikannya dan bagi mereka azab yang pedih. Seseorang yang mempunyai kelebihan air di padang pasir, namun dia mencegahnya daripada Ibnu Sabil yang memerlukannya. Dan orang yang berjual beli dengan orang lain pada waktu Asar lalu dia bersumpah dengan nama Allah bahawa dia mengambilnya segini dan segini, lalu orang itu mempercayainya padahal tidak demikian keadaannya. Dan orang yang membai’at pemimpinnya kerana dunia. Bila ia diberi sesuatu oleh pemimpin, ia akan melaksanakan bai’atnya, dan bila tidak diberi maka ia tidak mau melaksanakan bai’atnya.” (HR. Imam Bukhari dan Muslim).
Tiga golongan yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah:
1.Orang kedekut dan tidak mahu membantu orang lain yang memerlukan pertolongan.
2.Orang yang melakukan sumpah palsu dalam urusan perdagangan demi mendapatkan keuntungan yang lebih banyak.
3.Orang yang membai’at pemimpin kerana kepentingan duniawi dan mahu mendapatkan imbuhan yang diinginkan.
Wallahu a’lam Bish-shawab. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan menjadikan kita sebagai manusia yang lebih baik lagi.
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Ramai dalam kalangan lelaki yang memilih untuk berambut panjang. Tiada masalah tentang hal ini namun perlu diingat ketika solat rambut tersebut sebaiknya dilepaskan dan...