Seringkali kita mendengar, lelaki yang baik takkan bertanyakan kisah silam wanita. Bagi sesetengah perkara, jika dilihat dari sudut positif, ia baik demi menjaga kehormonian perhubungan dan kita bersedia menerima baik dan buruknya pasangan.
Namun dari sudut agama, ayat ini salah dari konsepnya kerana adalah wajar lelaki mengambil tahu khususnya demi menjaga nasab keturunan kerana ia melibatkan nasab keturunan keluarga yang penting dijaga.
Dikongsikan oleh seorang peguam syarie, Nur Fatihah Azzahra dari Tetuan Wali Azli & Associates di fbnya, peguam ini berkongsi betapa pentingnya pasangan mengetahui hal silam wanita demi nasab. Baca perkongsiannya.
Lelaki dan perempuan kedua-duanya perlu ambil tahu sejarah hidup kedua-dua belah pihak apabila wujud kisah-kisah hubungan terlanjur atau zina, terutamanya dalam kes calon isteri telah mengandung.
Isu nanti dia nak terima kita ataupun tidak,adalah isu selepas. Dia tak terima kita move on dan cari orang yang bersedia sama-sama hendak jadi lebih baik.
Banyak kes di Mahkamah Syariah melibatkan Pengesahan Nasab Anak berpunca daripada wanita merahsiakan janin / bayi yang sedang dia kandungkan ketika akad nikah dengan suami.
Antara senario yang selalu berlaku dalam kes-kes sebegini dalam masyarakat adalah:-
– Berzina dengan tunang sendiri kemudian mengandung, alasan tarikh nikah dah dekat.
– Berzina dengan orang lain kemudian mengandung; atau
– Diperkosa
Ads
Isu yang paling banyak timbul adalah selepas berkahwin, baru si suami diberitahu oleh isterinya bahawa anak sulung pihak-pihak bukan daripada air mani suami tetapi orang lain.
Isteri buat pengakuan ada melakukan hubungan kelamin (zina) dengan individu lain sebelum akad nikah. Kini atas sebab menyesal dan bertaubat, dia tidak mahu berterusan menipu suami sampai mati.
Dalam kes yang lain, sebab ingin bercerai ataupun sudah bercerai dengan suami, baru dia beritahu yang anak sulung adalah bukan hasil hubungan kelamin dengan suami tetapi orang lain. Dari segi prosedur undang-undang, isu ini melibatkan hak jagaan anak tidak sah taraf yang mana mereka diletakkan bawah jagaan si ibu dan pertikaiannya panjang.
Dalam kes yang lain pula, suami sendiri dapat tahu daripada pihak-pihak yang lain berkenaan hubungan isteri dengan lelaki-lelaki lain menyebabkan dia pula meragui nasab anak kandungnya sendiri. Daripada tidak bercerai jadi bercerai-berai apabila terjadi begini.
Menurut pandangan muktabar, nasab seorang individu adalah kepada pemilik air mani tetapi hanya melalui akad pernikahan yang sah. (الولد للفراش).
Secara undang-undang dan Hukum Syarak pula
Ads
Anak tidak sah taraf tidak boleh dinasab (bin/bintikan) kepada lelaki lain ataupun kepada lelaki yang menjadi punca ia dikandungkan oleh ibunya apabila usia kandungan kurang 6 bulan 2 lahzoh (qamariah).
Selain itu, anak tidak sah taraf juga tidak boleh mewarisi harta bapa biologinya tetapi mewarisi harta si ibu dalam isu faraid. Jika ia masih dipelihara dan dijaga oleh bapa biologinya, hibah ataupun wasiat boleh dilakukan oleh si bapa sebagai pemberian sebelum mati.
Paling utama, anak perempuan tidak sah taraf tidak boleh diwalikan oleh bapa biologinya, namun akan diwalikan oleh Sultan / Hakim. Boleh lakukan Permohonan Wali Hakim di Mahkamah Rendah Syariah.
Daripada Abi Bakrah dan Sa’d bin Abi Waqas, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Siapa yang mendakwa untuk menisbahkan kepada selain ayahnya, sedangkan dia mengetahui bahawa orang itu bukan ayahnya, maka haram ke atasnya untuk menghuni syurga. _ Muslim (63), Abu Daud (5113).
Rasulullah SAW juga bersabda:
مَن ادَّعى إلى غيرِ أبيهِ، أو انتَمَى إلى غيرِ مواليه، فعلَيه لعنَةُ اللهِ المتتابعةُ إلى يومِ القِيَامَةِ
Maksudnya: Siapa yang mendakwa untuk menisbahkan kepada selain ayahnya, atau menisbahkan kepada bukan maulanya, maka ke atasnya dilaknat oleh Allah secara berterusan hingga hari kiamat.”_ Riwayat Abu Daud (5155)
Perlu ambil tahu perkara yang berkaitan nasab
Pertikaian nanti orang mengambil kesempatan adalah isu kecil, wanita hendaklah menjaga maruah dan harga diri sendiri.
Bertahun hidup bersama, baru nak timbul isu sebegini sebab anak-anak hendak dirikan rumahtangga ataupun berlaku kematian si bapa, susah.
“Walaupun perlu kerja keras, saya tak putus semangat belajar membaca Al-Quran.’ Kekurangan bukanlah alasan untuk mempelajari kitab suci Al-Quran kerana banyak lagi cara lain untuk belajar jika kita tak boleh melihat.
Semangat wanita muda ini sudah tentu menjadi inspirasi kepada golongan senasibnya. Ternyata membaca Al-Quran sememangnya tak mudah apatah lagi bagi mereka yang mengalami kecacatan penglihatan seperti wanita ini.
Namun begitu, bagi Raja Noor Hani Raja Dollah, 26, yang dilahirkan sebagai orang kurang upaya (OKU) penglihatan mengatakan bahawa ia bukan penghalang untuknya menguasai bacaan al-Quran menggunakan naskhah Braille.
Jelas Raja Noor Hani, dia sekarang sedang mendalami bacaan al-Quran sebagai persiapan untuk menyertai pertandingan tilawah al-Quran anjuran Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis) pada Disember depan.
Saya Tak Putus Semangat
Katanya, dia mula diperkenalkan dengan muqaddam Braille ketika berusia sembilan tahun dan mengambil masa selama dua bulan untuk belajar kod dan mengingati titik Braille yang agak mencabar.
“Walaupun perlu bekerja keras untuk mempelajari al-Quran berbanding individu normal, ia tidak mematahkan semangat saya untuk mendalami kalam suci ini.
“Jangan jadikan kekurangan diri sebagai alasan untuk tidak mahu membaca al-Quran kerana di sisi Allah SWT, setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing,” katanya lagi.
Belajar Membaca Al-Quran
Menurut anak kesembilan daripada 10 beradik ini, ketika bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Princess Elizabeth, dia diajar membaca al-Quran braille dan mula memupuk kesungguhan untuk menguasai bacaan sehingga mendalami kalam suci itu.
“Saya pernah menangis kerana pada awalnya terlalu sukar disebabkan setiap baris ayat perlu dirasai dengan jari, tetapi berkat sabar akhirnya saya mampu juga menguasainya.
“Kini seminggu sekali, saya akan menyertai kelas membaca al-Quran di Pertis Beris Kubu Besar, Bachok, Kelantan, selain turut membantu rakan-rakan yang senasib,” katanya.
Kekurangan Bukanlah Alasan
Bercerita mengenai masalah penglihatan yang dialami, Raja Noor Hani menerangkan, dia dilahirkan tanpa pancaindera berkenaan.
“Saya berazam mahu mendidik lebih ramai golongan senasib mendalami al-Quran kerana sebagai orang Islam, kitab suci ini menjadi pedoman hidup,” katanya.
Sebelum ini tular cerita mengenai pendakwah bebas ini, Ustaz Ebit Lew yang tidak putus-putus asa menghulurkan sumbangan kepada golongan memerlukan.
Biarpun menerima pelbagai dugaan dan rintangan, tetapi niat yang baik diteruskan dengan mencari pahala berganda.
Dalam posting terdahulu juga, Ustaz Ebit Lew memberitahu dia sangat bahagia jika dapat menghulurkan pertolongan kepada golongan susah.
Pohon doakan yer sahabatku semua. Doa semua sangat penting dalam usaha ini. Syukur 10 elewsMart dan DC kami sedang renovate.
Saya pergi mana semua tanya kenapa tiba-tiba nak buka 10 cawangan ElewsMart? Hari-hari saya kerja buat Training. 3 Restoren ParamountCoffeeHouse. Butik Elews. Kenapa tiba-tiba mart.
Saya sangat bahagia dapat membantu orang susah..Melihat senyuman mereka setelah tangisan. Saya fikir macam mana nak bantu mereka walau sedikit tapi berterusan. Saya teringin nak bantu semua tanpa mengira bangsa dan agama.
Kita sebuah keluarga. Saya nak buat food bank di setiap ElewsMart Dan teringin nak bantu jual dengan harga paling murah dan dapat bantu semua orang. Begitu juga peluang pekerjaan.
Masa PKP. 3 lori besar beli makanan agihkan 3hari jer dah habis. Disitu saya fikir nak bantu lebih ramai orang. Saya juga ada ambil tangungjawab untuk bayar sewa dan yuran anak sekolah ramai orang. Saya bahagia buat kerja ini.
Dari kecil saya bercita-cita nak jadi asbab kebaikan buat semua manusia. Nak Allah sayang. Nak Redha Allah. Nak lihat senyuman lebih ramai orang.
Dulu saya miskin susah. Alas tidur orang pernah bagi. Yuran pun begitu. Doakan yer semua.
Dan terbaru sekali lagi Ustaz Ebit Lew menghulurkan bantuan kepada rakyat Malaysia apabila dikatakan menawarkan 100 pekerjaan bagi mengisi kekosongan jawatan di 10 cawangan pasar raya miliknya Elews Mart di sekitar Lembah Klang.
Pasar raya yang akan dibuka pertengahan bulan depan itu menawarkan jawatan seperti pengurus, penolong pengurus, pegawai pemasaran, penyelia dan kakitangan peruncitan bagi setiap cawangan tersebut.
Perkara tersebut dikongsi melalui akaun Facebook dengan mengumumkan lokasi cawangan di Bandar Baru Bangi, Cyberjaya, Subang Perdana, Sungai Buloh, Shah Alam dan beberapa lagi lokasi terpilih.
Jadi kepada yang hilang pekerjaan ketika PKP lalu, bolehlah mengisi kekosongan jawatan ditawarkan ini dengan menghantar resumu ke hrelessmart@gmail.com untuk dilihat secara mendalam oleh pihak pengurusannya.
“Doakan yer…Elews Mart membuka peluang pekerjaan untuk 100 orang.
“Siapa berminat untuk bersama ElewsMart untuk jawatan Branch Manager, Assistant Manager, Marketing Officer, Supervisor dan Retail Staf untuk 10 tempat. Bandar Baru Bangi,Kajang, Cyberjaya,Subang Perdana, Sg Buloh, Prima Sri Gombak, Gombak Traders,Shah Alam, Damansara dan Balakong Cheras.
“Boleh email Resume ke hrelewsmart@gmail.com
ElewsMart Saudaraku, Murah
Sebaik muat naik posting ini, menerima pelbagai komen netizen dan rata-rata memberi cadangan supaya beliau membuka cawangan di negeri lain juga.
Ini kerana rata-rata mereka turut berhasrat ingin membeli-belah di pasar raya tersebut selain membuka peluang pekerjaan bagi golongan menganggur.
Semoga dipermudahkan urusan
Terus dimurahkan rezeki
Buka cawangan di tempat lain
Terus berkembang maju di serata dunia
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Baru ini tular di media sosial perkahwinan melibatkan ketua pasukan hoki India, Manpreet Singh Pawar yang telah melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia, Illi Najwa Saddique. Lapan tahun menjalin hubungan cinta, Illi akhirnya selamat dinikahkan dengan pasangannya beberapa minggu lalu.
Bagaimana pun status perkahwinan ini mendapat perhatian ramai kerana semasa majlis di sebelah lelaki, kelihatan Illi mengenakan persalinan sut Punjabi dan masa yang sama status suaminya menjadi tanda tanya, adalah sudah memeluk agama Islam?.
Manpreet, 28, mengenakan sut perkahwinan punjabi yang lengkap dengan serban, sementara Illi Najwa kelihatan menawan dengan pakaian pengantin punjabi ketika mereka bertukar ikrar perkahwinan.
Majlis yang ringkas dan meriah itu dihadiri keluarga, saudara mara, pemain pasukan kebangsaan, pengurusan dan tetamu jemputan.
Pasangan itu dijadualkan berkahwin pada April lalu, dengan resepsi majlis di Ludhiana, namun terpaksa ditangguhkan kerana penularan Covid-19.
Difahamkan Illi Najwa, 27, berjaya mendapatkan permohonan khas daripada kerajaan Malaysia dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri India untuk terbang ke New Delhi seterusnya meneruskan perjalanan ke kampung halaman Manpreet.
Hari ini Harian Metro melaporkan, kerajaan akan memanggil Illi Najwa Saddique yang berkahwin dengan Kapten Hoki India, Manpreet Singh Pawar, bagi mendapatkan penjelasan berhubung status agama mereka.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata, wanita itu akan dipanggil sekembalinya ke Malaysia.
Katanya, setakat ini pihaknya masih menunggu maklumat rasmi daripada Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) berhubung status agama wanita berkenaan.
"Bagaimanapun, berdasarkan maklumat awal yang diterima, wanita berkenaan masih seorang Muslim dan setakat ini tiada permohonan diterima untuk menukar agama.
"Pada masa sama, kita juga tidak menerima permohonan daripada wanita berkenaan untuk berkahwin di luar negara. Menerusi pembacaan saya di media sosial, wanita berkenaan masih Islam dan lelaki itu dikatakan sudah memeluk Islam akhir tahun lalu.
"Bagaimanapun, perkara ini akan terungkai sebaik kita mendapat penjelasan daripada wanita itu sendiri," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pengagihan Bantuan Musim Tengkujuh kepada Nelayan dan Petani di Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor, di sini, hari ini.
Rabu lalu, Kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia, Illi Najwa Saddique.
Pasangan itu sudah menjalinkan hubungan cinta sejak lapan tahun lalu. Majlis resepsi perkahwinan diadakan di kampung halaman Manpreet di Mithapur dekat Jalandhar, Punjab. Manpreet, 28, mengenakan sut perkahwinan punjabi yang lengkap dengan serban, sementara Illi Najwa kelihatan menawan dengan pakaian pengantin punjabi ketika mereka bertukar ikrar perkahwinan.
Mengulas lanjut, Marzuk bagaimanapun berkata, majlis resepsi yang diadakan itu bercanggah dengan ajaran Islam kerana terdapat unsur agama lain. "Kita memahami kegusaran masyarakat berhubung perkara berkenaan kerana ia agak sensitif. Bagaimanapun, setakat ini kita bersangka baik dan mengandaikan wanita itu masih Islam," katanya. Sumber: Harian Metro
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Solat jenazah ibu bapa, anak lebih afdal jadi imam...Hati mana yang tak tersentuh bila mana melihat anak yang kematian ibu bapa mengambil tanggungjawab menyempurnakan...