“Finding the right man for marriage is the second challenge. The first challenge is to be the right woman that a right man wants to marry.”
bila dah semakin matang, yuyu selalu impikan lelaki yang baik lagi soleh. tak kisahlah kalau kalau dia pernah nakal dulu. dan yuyu yakin, bukan yuyu saja impikan lelaki macam tu, tapi, mungkin hampir semua perempuan.
tapi, terfikir tak layakkah kita semua (perempuan) untuk lelaki yang kita selama ni idamkan? lelaki baik lagi soleh. lelaki yang pandai menjaga agamanya. pandai pulak jaga nama. hmm. macam nak simpan dalam almari. sayang. takut nanti perempuan lain ambik.
hikhik.
pernah dengar ayat ini dari Surah an-Nur ayat ke 26? Allah S.W.T berfirman: “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”
walaupun, ayat ini bukan lah satu janji dari ALLAH, tapi ia adalah satu peringatan dari-Nya, semua orang melakukan kesalahan, dan semua orang berhak untuk berubah dan berhak mendapat yang terbaik.
quote dan potongan Surah an-Nur atas tu, ada kaitan. sebagaimana yuyu takda la bagus mana sangat dalam bab agama, tapi, yuyu nak sangat kongsi dengan semua, apa yang lecturer yuyu pernah cakap dulu di kelas subject Jurisprudence. Ustaz Yusef Niteh nama ustaz yuyu tu.
Gambar sekadar hiasan.
kata ustaz ;
“kalau nak pilih pasangan, pilih yang yang baik baik. InsyaALLAH selamat dunia akhirat. tapi sebelum mencari pasangan yang baik, diri sendiri pun kena jadi baik. perempuan baik untuk lelaki baik, lelaki baik untuk perempuan baik.
kalau berubah, berubah kerana ALLAH, jangan kerana “Z” (ustaz suka guna Z untuk ganti nama laki) . kalau kamu berubah sebab Z, Z suruh suka perempuan pakai tudung, kamu pakai tudung, buat baik sebab nak dapat Z, nanti bila tak dapat Z, kamu mula la nak nangis nangis, nak berubah la.
Ads
sebab kamu tak ikhlas lagi.
tapi, bila kamu berubah untuk ALLAH, nanti kamu takkan sedih bila ALLAH beri ujian kat kamu kalau dapat lelaki tak berapa baik. insyaALLAH, ALLAh juga jaga kamu dan tolong kamu untuk berubah. pahala pun kamu dapat.
selalunya, lelaki baik akan dapat perempuan baik. tapi kalau kita dah baik, tapi dapat lelaki tak berapa baik tu, anggaplah tu ujian.”
betul bukan? :’)
Ads
untuk cari pasangan yang betul memang susah. tapi lagi susah untuk betulkan diri. kalau nak lelaki yang jaga solat, terlebih dahulu, kita sendiri yang patut jaga solat kita. kalau nak lelaki yang pandai jaga duit bagai, sepatutnya, kita sendiri yang betulkan diri kita untuk pandai jaga diri.
yuyu pernah. berubah untuk lelaki. sekali lelaki tu ada perempuan lain, yuyu down sangat sangat. sebab bagi yuyu, dialah lelaki yang paling bagus yuyu pernah jumpa. hampir sempurna kepada ciri ciri lelaki yang yuyu suka. (cis.. -.-‘ terpaksa bagitau semua ni)
tapi, makin lama yuyu cuba betulkan diri yuyu sendiri. ikhlaskan diri berubah kerana ALLAH. bukan senang, sungguh susah. tapi Alhamdulillah. ALLAH akan selalu bantu hamba hambanya yang berubah ke arah kebaikan dan selalu berdoa.
dan yakinlah pada ALLAH, ALLAH tak pernah salah memberi sesuatu kepada hamba-Nya.
dan yuyu selalu ingatkan diri yuyu, perkahwinan, bukanlah sesuatu yang suka suka. penuh dengan tanggungjawab, amanah, ujian, dan bukanlah untuk jangka masa yang pendek, tapi selama kita hidup dan InsyaALLAH akan diteruskan hingga ke generasi infiniti.
dan yuyu faham, kenapa perkahwinan selalu dikaitkan dengan ‘Bina Masjid’ dan bukan Kem Bina Negara ataupun Bina Rumah bukan juga Bina Supermarket -.-‘
Ads
sebab musabab, dengan harapan, dengan berkahwin, kita seperti membina Masjid. yang suatu hari nanti kita akan penuhi masjid kita dengan jemaah yang soleh dan solehah. yang selalu dekatkan diri dengan ALLAH. jemaah kita yang penuhkan masjidkan kita tu adalah Anak Anak kita seterusnya.
sweetkan
semoga kita semua sudah bersedia untuk berubah ke arah kebaikan dan terus istiqamah. dan semoga kita semua akan ditemukan dengan pasangan idaman kita semua. amin
Jodoh itu rahsia ALLAH. dan ALLAH telah pun tertulis jodoh terbaik untuk kita di luh mahuz.
Sejak kebelakangan ini nama Pendakwah Bebas yang juga seorang Cina Muslim, Ebit Lew Sangat viral.
Dalam kita sedang berdepan wabak pandemik COVID-19, Ustaz Ebit Lew juga tidak kurang mendapat perhatian.
Ini adalah kerana sifatnya yang banyak membantu golongan susah terutama ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang begitu terkesan dengan wabak ini.
Malah ramai tertanya-tanya dimanakan beliau memperoleh sumber kewangan memandangkan pertolongan yang diberikan begitu tinggi perbelanjaannya.
Dalam posting terbarunya di laman sosial, Ustaz Ebit Lew menjelaskan siapa beliau sebelum ini dan bagaimana memperoleh rezeki untuk disedekahkan kepada golongan yang memang memerlukan.
Bekerja lebih 10 tahun
“Syukur pada Allah yang Maha Kaya dan Maha Penyayang. Berkat doa mak ayah. Berkat cinta kasih sayang pada bidadari. Doa ramai orang baik-baik. Allah beri rezeki mencurah-curah. Ramai tanya saya soalan bukan-bukan. Saya bekerja dan berniaga dah lebih 10 tahun.
Dulu saya tidur masjid. Pernah tidur atas guni. Dari kecil berdakwah dan menyebarkan kasih sayang. Soalan paling banyak saya dengar nanti kau sibuk tolong orang sana sini habis hilang dunia. Kau nak jadi apa dah besar.
“Sampailah universiti. Ramai tak nak ambil saya kerja sebab selekeh. Dengan janggut kasut pun buruk. Stokin takde. Masa tu susah betul. Duit gaji dekat mak semuanya rm800 dengan banyak kerja.
Pernah share sepinggan nasi dengan kawan
“Saya walau ada sepinggan nasi share dengan kawan. Ada orang masuk rm2 dekat poket sebab tolong isi minyak. Saya menangis dapat rm2 tu. Besar nilai untuk saya.
“Saya mula kerja dengan Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof Hanim Mohd Tahir. Sebagai trainer atau motivator. Program korporat teambuilding selama 4tahun. Selepas itu saya mula buat sendiri.
“Syukur syarikat minyak dan kapal buat teambuilding dengan saya. Syarikat kerajaan ada buat program untuk seluruh kementerian. Program keluargasunnah. Prokids remaja. Saya tour seluruh Malaysia.
Ada restauran dan tulis buku
“Saya ada 3 restoren Paramount Coffee House. Sebenarnya dah plan nak buka seluruh Malaysia. Dan nak buka di luar negara. Belum sempat jer. Butik jubah. Syukur rezeki makin melimpah ruah.
“Saya tulis 9 buku. Semua buku laris. Buku yang dah 8 tahun tulis masih laris sampai sekarang.. Tambahan lain Youtube dan Facebook ada bayaran dapat.
“Syukur saya ada 2 program Tv. 2 tahun dah. Door to door ebit lew astro aosis. A bit with ebit di Tv Al Hijrah. Dua program saya sendiri dah 2 musim.
“Dapat juga bayaran syarikat media untuk iklan sedikit sebanyak. Staf kakitangan tetap saya ada 55 orang.
Jaga solat, sayang ibu
“Begitulah rezeki Allah beri. Tapi saya yakin Allah beri semuanya. Jaga solat sayang ibu. Sayangi isteri dan anak-anak. Selalu sedekah dan sayang semua orang. Bekerja kuat untuk bantu orang miskin dan anak yatim jihad.
“Sebarkan kasih sayang. Kaya dihati. Ini semua dunia sementara. Allah punya semua. Dia boleh beri dia ambil semula. Dia Maha Kuasa-ebitlew
Menular secara senyap dalam masyarakat, isu penyelewengan akidah melalui ajaran sesat sentiasa perlu dibendung.
Dalam hal ini orang ramai juga perlu didedahkan dengan ciri-ciri ajaran sesat supaya umat Islam tidak terjebak dalam kesesatan yang membawa kepada syirik.
Dikongsi oleh Majlis Agama Islam Selangor berikut adalah ciri-ciri ajaran sesat yang perlu diketahui orang ramai.
Antara ciri-ciri ajaran sesat tersebut ialah;
Mempersenda, Menghina dan Ingkar Kandungan Al-Quran iaitu sama ada sebahagian dari mana-mana ayat Al-Quran atau keseluruhannya atau mengubah, menambah dan meminda serta menafikan keaslian Al-Quran yang sedia ada sebagaimana iktiqad ajaran Syiah dan Qadiani.
Mempersenda, Menghina dan Ingkar Syariat baginda Nabi Muhammad SAW iaitu ajaran yang mempersenda atau menghina atau ingkar dan menidakkan syariat yang baginda Nabi SAW bawa, baik secara keseluruhan atau sebahagiannya. Contohnya ajaran agama Bahai, Qadiani, ajaran ayah Pin dan Tuhan Harun.
Menyamakan Agama Islam Dengan Agama Lain iaitu tiada bezanya agama Islam dengan agama selain Islam sebagaimana kefahaman liberalisma dan pluralisma yang cuba dipupuk oleh mereka yang berpentingan sama ada melalui medsos mahupun penulisan-penulisan.
Mencela Dan Mengkafirkan Isteri-Isteri Serta Para Sahabat Baginda Rasulullah SAW iaitu sebagaimana yang diiktiqad, dilakukan dan disebarluaskan oleh puak-puak Syiah di seluruh dunia.
Menyerahkan Diri, Harta, Keluarga dan Membayar Zakat Kepada Ketua Kumpulan Sahaja iaitu memperdaya, memperkuda serta mempergunakan pengikut agar mengumpul dana, menyerahkan semua harta sama ada kereta, rumah, wang ringgit dan sebagainya yang kononnya atas dasar perjuangan, Jihad serta pergorbanan yang suci.
Menjadikan Silat Sebagai Wasilah Bagi Mendapat Pengikut iaitu sebagaimana yang pernah diamal oleh pengamal silat Nasrul Haq yang telah diharamkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada tahu 1987 yang mana ajaran Nasrul Haq telah berselindung dibelakang ayat-ayat suci Al-Quran dan hadis sehingga boleh mengelirukan orang lain tentang perkara-perkara yang ghaib.
Mengaku Sebagai Imam Mahdi iaitu merekrut pengikut-pengikut yang ta’sub kepada pemimpin kemudian mengaku sebagai Imam Mahdi atau diangkat oleh pengikut sebagai Imam Mahdi bagi menarik perhatian serta dukungan dalam dan luar negara.
Menjadikan Tarekat Tertentu Sebagai Tapak Mencari Pengikut Dan Pengaruh Bagi Mengaburi Mata Masyarakat iaitu sebahagian daripada mereka yang berkepentingan telah mengambil kesempatan menjadikan tarekat sebagai jalan pintas untuk mendapat sokongan pengikut-pengikut yang cetek ilmu agamanya.
Mengamalkan Wirid-Wirid Tertentu Untuk Mencapai Maqam Tertentu iaitu sebagaimana yang diamalkan oleh sesetengah tarekat yang sesat seperti tarekat Mufarridiyah yang difatwakan sesat pada tahun 1987. Sepatutnya wirid-wirid yang diamalkan adalah untuk mensucikan jiwa seseorang dari sifat mazmumah kepada seorang yang berjiwa mahmudah dan bukannya untuk menjadi insan suci setelah berwirid sehingga akhirnya meninggalkan syariat.
Sekiranya ada kumpulan yang cuba mendekati dengan fahaman dan ciri di atas segera elakkan.
Pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad, 39, membuat kejutan untuk isterinya, Nazirah Ayub, sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-11 ketika siaran langsung program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), malam tadi.
Kesempatan itu diambil Nabil sejurus Pat Candy selesai membuat persembahan sebagai tanda ingatan untuk meraikan hari bermakna bersama isteri tercinta.
Jadi Suami Yang Istiqamah
Kata Nabil, itu adalah satu-satunya peluang yang ada memandangkan dia terikat dengan komitmen kerja dan jadual yang padat.
“Saya tidak sempat nak buat majlis di tempat lain. Inilah ulang tahun saya yang terindah. Terima kasih sayang sebab sudi bersabar, bertahan dan menjadi ibu kepada tiga anak kita.
Nabil Buat Kejutan
“Bukan mudah… Jadi, saya nak minta semua supaya dapat doakan kebahagiaan kami. Doakan agar saya jadi suami yang istiqamah.
“Kaburkan mata saya daripada memandang ke arah wanita lain. Jadikanlah isteri wanita terindah untuk saya.
“Saya sayang awak sehingga tiba masa Allah SWT pisahkan kita,” katanya.
Inilah Ulangtahun Perkahwinan Yang Terindah
Ucapan itu disambut dengan sorakan dan tepukan gemuruh daripada penonton yang hadir memenuhi ruang Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alah (MBSA).
Nabil dan Zira mendirikan rumah tangga pada 30 September 2011. Pasangan ini dikurniakan tiga zuriat perempuan, Naira Mikayla, 9, Layla Medyna, 6, dan Mishall Imani, 3 tahun.
Menjadi rutin atau satu kemestian buat kebanyakan kita pergi ke pasar mahu pun pasar raya bagi membeli keperluan rumah dan diri.Namun satu perkara yang...