Lepas 2 Bulan Belajar Agama Di Kelantan, Mawar Rashid Nekad Berhijab Sempena Maal Hijrah Lalu. Alhamdulilah!

Share

Sebelum ini namanya pernah tercalar gara-gara di media sosial membuat lathi challenge hingga menimbulkan kemarahan sesetengah pihak. 

Namun hidayah Allah itu datang tidak cepat atau lambat.

Artikel Berkaitan: “Jangan Suka-Suka Buat Lathi Challenge, Hukumnya Haram & Menyalahi Apa Dibenarkan Oleh Syarak” – Pu Syed

Siapa sangka setelah dua bulan mengikuti kelas agama di Kelantan, Mawar Rashid akhirnya beroleh kekuatan untuk mula berhijab ketika umat Islam memyambut Maal Hijrah.

Sebenarnya sejak Ramadan lalu lagi Mawar Rashid sudah membiasakan diri untuk bertudung, namun begitu hatinya masih berbolak balik dan tidak bersedia.

Menceritakan pengalaman dilalui, Mawar yang mengumumkan dirinya berhijab melalui entri di Instagram (IG) memberitahu, keputusan yang dibuat pada tahun baharu kalendar Islam itu, cukup simbolik dan bermakna.

Artikel Berkaitan: “Alhamdulillah, Comel & Cantiknya Berhijab” – Hikmah COVID-19, Ernie Zakri Ambil Keputusan Bertudung Sepenuhnya

“Hendak dijadikan cerita, Allah lorongkan saya menyertai kelas agama. Setiap bulan saya pulang ke Kelantan untuk menimba ilmu agama. Saya belajar dengan salah seorang guru di sana.

“Sekembalinya ke Kuala Lumpur pada 17 Ogos lalu, tanpa berfikir panjang, saya mencapai tudung dan memakainya. Alhamdulillah, pada sambutan Maal Hijrah (Khamis lalu), saya berniat betul-betul untuk terus istiqamah bertudung,” katanya.

Mawar atau nama penuhnya, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid berkata, dengan pengumuman itu, bermulalah pengembaraan baharu dalam hidupnya.

“Keputusan ini bagai episod permulaan di mana saya memulakan kembara baharu sebagai manusia biasa yang tidak pernah sempurna.

“Saya juga mahu mendapatkan keredaan Allah. Saya cintakan Allah dan Rasulullah SAW. Niat menutup aurat sudah lama. Impian saya hendak menjadi muslimah sejati.

“Namun, saya sedar terlalu banyak kekurangan dan kelemahan diri selama ini, saya terlalu hina di mata-Nya,” tambahnya lagi.

Menceritakan penghijrahannya itu, Mawar mengaku menangis setiap kali bersolat.

“Saya menangis kerana Allah sudah beri terlalu banyak nikmat dalam hidup. Namun, saya masih tidak menutup aurat dan beri pelbagai alasan,” ujar Mawar yang memberitahu suaminya sangat bahagia dengan keputusan dilakukan.

Menurutnya lagi suaminya itu tidak memaksa dia bertudug tetapi sering memberi ‘hint’ untuknya berhijab.

Namun dia tidak mahu keputusan didorong kerana paksaan atau sebab orang lain, sebaliknya datang dari dalam diri.

Ayuh, kita doakan semoga Mawar Rashid kekal istiqamah dengan berhijab dan doakan hatinya terus tetap dan tidak berbolak baik lagi dengan keputusan dibuat.

Artikel Berkaitan: “Rasa Selamat Bila Keluar Rumah Bertudung” – Zila Bakarin Akui Keinginan Berhijab Datang Tiba-Tiba

Kredit Foto: Instagram Mawar Rashid

Published by
webadmin