Lepas 3 Tahun Menyepi, Stephanie Kurlow Muncul Kembali Jadi Ballerina Berhijab Pertama Di Dunia

Share

Jika mendengar tarian ballet selain dari lenggok lembutnya, kita mesti membayangkan pakaian yang digayakan penarinya.

Hanya baju kecil dan seperti leging dengan padanan skirt tutu disarung sahaja untuk memudahkan pergerakan.

Malah kebanyakan penari ballet ini kebanyakan adalah gadis atau wanita yang tidak berhijab kerana tuntutan atlet ballerina itu sendiri.

Namun sebenarnya jika minat yang mendalam tiada apa dapat menolak untuk terus menyertai sukan ini.

Hal ini pun berlaku bagi balerina profesional berasal dari Sydney, Stephanie Kurlow. Di negaranya, Australia, Stephanie adalah dianggap sebagai muslim yang minoriti.

Namun hal ini tidak membantutkan impiannya untuk mengejar mimpi menjadi seorang balerina.

Menariknya, Stephanie menjadi ballerina pertama yang berhijab, tidak hanya di Australia, tapi juga di dunia.

Bahkan, kini remaja berusia 17 tahun itu telah menunjukan kehebatan dan kredibilitinya dalam seni tari balet. Malah minat dan kecintaan Stephanie terhadap balet ini juga telah ada dalam dirinya sejak berusia dua tahun.

Namun begitu, ketika dia dan keluarganya memutuskan memeluk Islam dan berhijab di tahun 2010, Stephanie mengambil keputusan berhenti menjadi seorang ballerina. Malah tidak aktif dalam sukan ini selama tiga tahun dari dunia yang dicintainya.

Namun pada akhirnya, dia sedar bahawa hijab bukan penghalang untuk menjadikan mimpinya jadi kenyataan sebagai balerina profesional.

Malah untuk memantapkan kariernya Stephanie mengaku terinspirasi oleh Zahra Lari, seorang ice-skater berhijab.

Selepas melihat anak perempuannya terpaksa berkorban minat, ibunya membuka akademi balet untuk gadis Muslim agar Stephanie dapat berlatih dengan bebas.

Selepas melihat Zahra Lari, peluncur ais pertama yang membuat persembahan dengan pakaian menutup aurat, Stephanie yakin dia juga boleh menjadi penari balet profesional dengan hijabnya.

Gadis berusia 17 tahun dari Australia itu tekad mengejar impiannya untuk menjadi penari profesional.

Dia juga membuktikan bahawa tidak mustahil untuk wanita berhijab yang mengamalkan ajaran Islam untuk menceburi bidang tarian.

Keputusannya untuk memakai hijab dan pakaian menutup aurat ketika menjalani latihan dan melakukan persembahan telah menarik perhatian dunia.

Malah, dia juga mendapat sokongan oleh jenama antarabangsa seperti Converse dan Gaynor Minden, dan Tarese Klemens.

Kini Stephanie dikenali sebagai balerina berhijab pertama di dunia. Dia turut menyarankan agar gadis muslim yang lain juga tidak melihat hijab sebagai sekatan untuk mempelajari seni dan tarian.

“Saya ingin menyuarakan kepada generasi muda bahwa kita semua memiliki kesempatan yang sama untuk menjadi sukses dan mengejar mimpi, apapun perbedaan budaya, agama, ras, latar belakang, atau pendidikan yang dimiliki. Maka jangan takut bermimpi dan berusahalah untuk menjadi hebat,” ujar Stephanie dalam satu temubual ketika berkunjung ke Bandung, Indonesia beberapa tahun lalu.

Dia kini kembali semula ke dunia balet dengan penampilan baharu iaitu skirt tutu yang labuh dan berpenampilan berhijab. Walaupun kelihatan berbeza dan lebih sopan tetapi ia lebih istimewa.

 

KREDIT FOTO: INSTAGRAM STEPHANIE KURLOW

Published by
Siti Zurina Mat Saman