
Isi Kandungan
ToggleSuatu ketika dulu, waktu zaman tiada telefon pintar atau gajet lain, diari menjadi teman paling setia. Pada diari inilah kita menulis apa sahaja aktiviti atau curahan hati yang terlintas ketika itu. Diari seolah-olah menjadi peneman tidur yang paling nyaman sekali.
Siapa sangka, impian sejak kecil yang ditulis dalam diari telah berjaya direalisasikan dan menjadi kenyataan.
Seperti perkongsian lelaki ini Amir Faisal M Khairi terbaca diari isterinya Munazieraa Ab Aziz sehari lepas nikah yang memasang impian untuk tinggal di sebuah rumah banglo di atas bukit yang menghadap tasik.
17 July 2010..
Sehari selepas saya akad nikah, saya terbaca diari zaman kanak2 isteri saya…ditulis masa umur 11 tahun pada 1997..
Diari tu bertulis:
Rumah impian saya…
– bungalow
– 3 tingkat
– atas bukit
– menghadap tasik
saya hanya tersenyum..masa tu, saya masih student, harta saya ada cuma basikal..
saya tutup diari itu..tapi saya tak pernah lupa..
24 Oct 2019…
It tooks me 9 years of hard work..
alhamdulillah..rezeki kami, inilah rumah kami untuk membesarkan anak2..
Jika ditanya saya, apa impian saya..
hanya 1..
iaitu untuk memenuhi impian Munazieraa Ab Aziz
Impian yang ditulis ketika ketika zaman kanak-kanak isterinya itu disempurnakan oleh suami tersayang dengan menghadiahkan sebuah rumah banglo seperti yang digambarkan dalam diarinya.

Rata-rata netizen yang membaca turut gembira dengan perkongsian ini di laman sosial facebooknya. Masing-masing mendoakan pasangan ini akan kekal bahagia till jannah.
Tidak kurang juga yang turut tag nama pasangan masing-masing dan mahukan impian mereka juga terlaksana seperti pasangan ini.

Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Wanita ‘Dicipta’ Dari Tulang Rusuk Lelaki, Simbolik Wanita Itu Tidak Sempurna

Wanita diciptakan dari tulang rusuk lelaki. Bukan dari kepalanya untuk dijunjung, bukan pula dari kakinya untuk dipijak.
Tapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi, dan dekat dengan hatinya untuk dicintai.
Rangka tulang rusuk itu telah direka khas oleh Allah SWT untuk melindungi dan menjaga jantung dab struktur-struktur di sekitarnya.

Tulang rusuk yang melengkung dan bengkok telah dibentuk untuk fungsinya yang menyembunyikan. Dan seperti tulang rusuk yang melindungi jantung, wanita juga diciptakan untuk melindungi dan menjaga manusia.
RASULULLAH SAW BERSABDA
“BARANGSIAPA YANG BERIMAN KEPADA ALLAH DAN HARI AKHIRAT, JANGANLAH DIA MENGGANGU JIRANNYA. DAN BERBUAT BAIKLAH KEPADA WANITA, SEBAB MEREKA DICIPTAKAN DARI TULANG RUSUK DAN TULANG RUSUK YANG PALING BENGKOK ADALAH BAHAGIAN ATASNYA. JIKA ENGKAU CUBA MELURUSKANNYA, MAKA ENGKAU AKAN MEMATAHKANNYA DAN JIKA ENGKAU BIARKAN, IA AKAN TETAP BENGKOK. JADI KERANA ITU, BERBUAT BAIKLAH KEPADA WANITA.” (HR BUKHARI),
Perbandingan yang dibuat antara wanita dan tulang rusuk adalah peringatan yang indah bahawa wanita diciptakan tak sempurna. Ada hari yang mereka diberi “cuti”, bila emosi mereka tertanggung dan mereka rasa tertekan dengan kerja-kerja harian.
FITRAH WANITA
Tapi semua ini adalah sebahagian dari fitrah wanita, dan wanita diciptakan sesuai dengan peranan mereka sebagai penjaga utama. Emosi wanita membantu mereka untuk jadi isteri dan ibu yang lebih baik, dan emosi itu juga membantu bila logik akal dan tak mampu bersabar.
Sebagai suami, anda perlu faham bahawa isteri anda takkan jadi sama seperti yang anda mahukan. Dia ada caranya sendiri untuk menyelesaikan sesuatu perkara, yang tak selalunya sama dengan cara yang anda suka. Tapi yakinlah bahawa dia diciptakan cukup sempurna untuk tugasnya dan untuk anda, pasangan hidupnya.
Nabi Muhamad SAW menasihat kita untuk tidak cuba membaiki “kesalahan” isteri masing-masing atau ubah caranya. Nabi SAW menyarankan supaya kita menerima isteri seadanya dan terima bahawa dia ada banyak sifat yang berlainan dari lelaki.
Ini tak bermaksud bahawa lelaki lebih baik dari wanita atau wanita lebih baik dari lelaki tapi seperti tulang rusuk, lelaki dan wanita telah diciptakan sempurna untuk tujuan masing-masing. Wanita atau lelaki takkan lengkap tanpa satu sama lain. Mana isteri lemah, suaminya kuatkan. Mana suaminya kurang, isterinya lebih.

ISTERI ITU NIKMAT UNTUK SUAMI

Rasulullah SAW menyifatkan manusia seperti gelas yang halus, yang seharusnya dijaga dengan cinta dan kasih sayang. Isteri adalah salah satu nikmat dari Allah SWT, pasangan untuk anda sama-sama cari ketenangan.
Oleh itu, jangan berkeras dengan isteri anda. Terima perbezaanya sebagai fitrah dan ingat bahawa sifat-sifatnya inilah yang buat dia sempurna untuk tugasnya.
Jangan paksa dia ikut kehendak anda kerana wanita susah menerima kata-kata kesar dan arahan. Mereka lebih mudah membalas kebaikan dan kasih sayang.
Cuba sehabis baik untuk lupakan kesalahan dia yang nampak di mata anda, dan fokus kepada kebaikannya.
Paling penting, kasihani dia kerana bila anda cuba “meluruskan” dia, sama seperti tulang rusuk, ia akan patah.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Jangan Bangga Dengan Jutaan Follower & Viewer, Ustazah Asma’ Beri Teguran Buat Influencer Berhijab

Apakah tujuan manusia dilahirkan? Dalam surah Al-Dhariayat ayat 56 menyebut “tidakkah aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah (beribadat) kepadaku”.
Memahami konsep kita dilahirkan, pasti kita akan tahu betapa penciptaan kita akan menjadi sempurna jika mengikut aturan Allah. Namun ramai merasa “bangga” dengan kebolehan diri dan beranggapan bebas melakukan apa saja asal dirasakan betul pada pemikirannya tanpa menyedari ia salah di sisi Allah taala.
Berkongsi nukilan dari pendakwah Ustazah Asma’ Harun mengenai influencer berhijab yang ditemuramah BBC mengenai minatnya suka menari, ia adalah teguran kasih sayang buat gadis tersebut.
INI MEMANG CARA SAYA. SELAGI SAYA RASA APA YANG SAYA BUAT NI BETUL, SAYA RASA INI BUKAN SATU MASALAH.
Astaghfirullah. Allahu Akbar.
Baru-baru ini tular sebuah video mengenai seorang individu Melayu Islam yang muncul dalam video temubual bersama agensi berita antarabangsa, BBC. Individu ini mula popular apabila aktif dalam membuat video-video tarian KPOP di YouTube dan Tik Tok.
Namun yang lebih menarik perhatian ialah tentang penampilannya yang berhijab. Apabila ditanya oleh wartawan, beliau menjawab bahawa dia suka memakai tudung, tetapi dalam masa yang sama amat gemar dengan tarian KPOP.
“Bagi saya, inilah cara saya menjalani hidup. Selagi saya saya tak lukakan sesiapa, saya rasa ia tidak menjadi masalah.”
DUHAI ADINDA YANG DIKASIHI,
Saya menuliskan ini daripada hati yang kasih akan kamu. Sebagai seorang wanita Islam, cara hidup kita di atas bumi Allah ini bukan semata-mata bersandarkan kepada logik akal atau pendapat peribadi, tetapi setiap perkara ada garis panduannya menurut al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW.
Firman Allah SWT:-
قُل لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ ۗ إِنَّ اللَّـهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ ﴿٣٠﴾ وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ﴿٣١﴾
Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (30) Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.” (Surah al-Nur 24: 30-31).
Jika kita sebut tentang tarian, pasti ia melibatkan pergerakan tangan, bahu, dada, kaki dan punggung yang berlatar belakangkan apa jua jenis muzik. Seharusnya video-video tersebut hanya disimpan untuk tatapan peribadi, tetapi hari ini ia dimuat naik secara terbuka untuk tatapan seluruh warga maya tanpa ada rasa segan dan silu.
Mungkin kita berbangga mendapat jutaan ‘followers’ dan ‘viewers’ apabila memuat naik video-video tarian, namun tidak terfikirkah andai satu hari nanti ingin bertaubat, dosa kita insyaAllah boleh terpadam dengan taubat nasuha, namun bagaimana dengan video-video tarian lama yang telah didownload oleh orang ramai?
Bagaimana pula jika tidak sempat bertaubat lalu ajal terlebih dahulu menyapa kita? Dosanya kita tanggung secara berterusan walau sudah berada di alam kubur.
Allahu Akbar.
JARUM HALUS IDEOLOGI LIBERAL YANG MEMBAHAYAKAN.
“Saya bukan kacau orang pun, saya buat video saja, apa masalahnya…”
Sedar atau tidak, inilah antara bentuk normalisasi ideologi liberal yang perlahan-lahan mula meracuni pemikiran masyarakat kita.
Cara berfikir yang tidak mahu terikat dengan agama ini amat berbahaya. Apa jua tindakan ingin dihalalkan atas dasar pemikiran yang terbuka walaupun ia sangat jauh daripada syariat Islam.
Islam tidak melarang untuk berfikiran terbuka bahkan menggalakkan kita supaya berfikir dengan akal yang sihat, tetapi jangan sampai menjejaskan akidah atau melanggar batasan agama.
Renungilah sepotong hadis Nabi Muhammad SAW yang menggambarkan keadaan yang bakal berlaku pada akhir zaman.
Rasulullah SAW bersabda:-
لَتَتَّبِعُنَّ سَنَنَ الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ، شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ، حتَّى لَوْ دَخَلُوا فِي جُحْرِ ضَبٍّ لَاتَّبَعْتُمُوهُمْ قُلْنَا: يا رَسُولَ اللّٰهِ، آلْيَهُودَ وَالنَّصَارَى؟ قالَ: فَمَنْ
Maksudnya: “Sungguh kalian akan mengikuti jalan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sampai jika orang-orang yang kalian ikuti itu masuk ke lubang dhob (yang sempit sekalipun), pasti kalian pun akan mengikutinya.” Kami (para sahabat) berkata, “Wahai Rasulullah, apakah yang diikuti itu ialah Yahudi dan Nasrani?” Beliau menjawab, “Lantas siapa lagi?” (HR Muslim, hadis sahih).
*Dhob – biawak padang pasir
Benar, Islam juga menggalakkan perkembangan seni di dalam agama itu sendiri selagi mana ia bermanfaat, namun mesti dalam lingkungan syariat yang tujuannya untuk memelihara kebaikan ummah, bukan sehingga melalaikan dan mendatangkan kesan negatif mahupun fitnah kepada ummat Islam khususnya.
Sungguh saya menuliskan ini daripada hati yang sayang akan kamu, apatah lagi usiamu masih muda remaja. Ingatlah bahawa kemasyhuran, pengaruh, bakat dan kecantikan bukanlah satu anugerah apabila digunakan untuk maksiat, sebaliknya ia adalah sebuah musibah.
Sedarkah kita, Sungguh Maha Baiknya Allah SWT, walau kita berbuat sesuatu yang dimurkai-Nya, Dia tetap memberikan segala yang kita mahu dan perlu. Maka balaslah kasih sayang Allah dengan mentaati segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Maaf saya lakukan teguran ini secara terbuka, kerana luasnya liputan video temu bual bersama pihak BBC tersebut. Saya bimbang ramai yang sudah menonton terutamanya anak muda lain yang merasakan tiada masalah lalu diambil sebagai pegangan hidup. Nauzubillah.
Saya bertanggungjawab dengan ruang yang Allah berikan kepada saya untuk melakukan nahi mungkar, iaitu mencegah kemungkaran. Jika saya hanya berbuat kebaikan (amar makruf) namun mengabaikan untuk mencegah kemungkaran, maka saya benar-benar menzalimi diri sendiri.
DUHAI PARA ‘INFLUENCER’ DI MEDIA SOSIAL

Ya, kalian diperlukan dalam pelbagai segi, namun bukan dengan cara begini. Kasihanilah diri sendiri, kita semua bakal mati, janganlah ditangguhkan lagi, hajat untuk kembali.
Adakah kalian lebih utamakan minat dan bakat? Tanpa mengambil kira soal berkat, sekalipun setiap saat ajal mendekat, maka takutlah kepada yang Maha Kuat, kerana Dialah sumber kebahagiaan, kesengsaraan, azab dan nikmat.
Atas tiket apa sekalipun, jadilah ‘INFLUENCER’ yang ada rasa tanggungjawab kepada masyarakat Islam, serta tidak menyumbang kepada kerosakan yang sedia parah ini.
Usahalah untuk hentikan apa jua ‘content’ yang menjatuhkan nilai diri sebagai orang Islam lebih-lebih lagi sebagai seorang wanita Muslimah.
Masih ramai ‘influencer’ dalam bidang hiburan yang membawa imej baik, berkaliber, bermaruah, menjaga batasan, namun tetap mampu bertahan dan berjaya dengan cemerlang. Jadikanlah mereka contoh tauladan.
Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ سَنَّ فِى الإِسْلاَمِ سُنَّةً حَسَنَةً فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا وَلاَ يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَىْءٌ وَمَنْ سَنَّ فِى الإِسْلاَمِ سُنَّةً سَيِّئَةً فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كُتِبَ عَلَيْهِ مِثْلُ وِزْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا وَلاَ يَنْقُصُ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَىْءٌ
Maksudnya: “Siapa menjadi pelopor suatu amalan kebaikan lalu diamalkan oleh orang sesudahnya, maka akan dicatat baginya ganjaran semisal ganjaran orang yang mengikutinya dan sedikitpun tidak akan mengurangi ganjaran yang mereka peroleh. Sebaliknya, siapa menjadi pelopor suatu amalan keburukan lalu diamalkan oleh orang sesudahnya, maka akan dicatat baginya dosa semisal dosa orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi dosanya sedikit pun.” (HR Muslim, hadis sahih)
Semoga kita semua sentiasa dalam taufiq dan hidayah-Nya serta bersegera memohon keampunan dan rahmat-Nya.
DOA SUPAYA DITETAPKAN HIDAYAH
رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
Maksudnya: “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat di sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi.”
( Surah Ali Imran 3: 8 ).
Semoga dengan kita memohon bersungguh-sungguh supaya diberi hidayah, Allah SWT menyelamatkan kita daripada terjatuh ke lembah dosa maksiat yang hitam dan melemaskan.
Semoga bermanfaat buat semua.
SILAKAN SHARE, KITA BERKONGSI KEBAIKAN DAN GANJARAN PAHALA.
Asma’ binti Harun & Tim Penyelidikan
#UAHSahabatDuniaAkhirat
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Apabila Pasangan Kita Memberi Teguran, Terimalah Walaupun Pahit, Jangan Melenting Apa Lagi Berdendam

Berkatalah yang benar walau pun pahit kerana ia lebih baik daripada terus berpura-pura. Dalam rumah tangga, ada baiknya suami atau isteri berbicara tentang kebenaran. Mengapa harus bersandiwara sedangkan natijahnya akan memburukkan keadaan pada masa hadapan.
Berikut perkongsian daripada Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
BENAR WALAUPUN PAHIT
Teguran orang yang paling hampir dengan kita selalunya kebenaran, tetapi ia juga selalunya menyakitkan. Apabila pasangan kita memberi teguran, terimalah, walaupun pahit. Jika terlalu pedih, diamkan diri. Jangan melenting, apa lagi berdendam.
Selagi pintu hati kita tidak terbuka menerima teguran, selagi itulah kita tidak akan mampu membuat perubahan. Pedulikan niat orang yang menegur, samada dia ikhlas atau sebaliknya. Yang penting hati kita… cubalah ikhlas menerimanya.
Jika orang yang paling rapat dan paling menyayangi itupun enggan kita terima tegurannya, bayangkan siapa lagi yang boleh kita harap untuk menegur kita. Tegur menegur ialah tradisi sebuah rumah tangga yang baik.
Berikut ialah tips untuk memberi dan menerima teguran dalam rumah tangga:
1. Yang menegur cubalah ikhlaskan hati. Hati yang ikhlas akan menggamit datangnya bantuan Allah untuk memudahkan orang yang ditegur menerimanya.
2. Gunakanlah bahasa dan ayat yang lembut untuk menegur. Nabi Musa AS pun dididik oleh Allah untuk menggunakan kata-kata yang lembut untuk menegur Firaun.

3. Yang ditegur, dengarlah dengan mata, telinga dan hati. Anggaplah teguran itu sebagai suluh yang menerangi titik buta kita.
4. Jika menyakitkan, jangan membalas sebaliknya diam… ambillah tempoh bertenang untuk memikirkannya.
5.Yang menegur dan ditegur, jangan sekali-kali mempersoalkan keikhlasan pihak lain. Katakan dia ikhlas…cuma mungkin cara memberi atau menerimanya sahaja yang kurang tepat.
Sumber kredit: Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI