Suatu ketika dulu, waktu zaman tiada telefon pintar atau gajet lain, diari menjadi teman paling setia. Pada diari inilah kita menulis apa sahaja aktiviti atau curahan hati yang terlintas ketika itu. Diari seolah-olah menjadi peneman tidur yang paling nyaman sekali.

Siapa sangka, impian  sejak kecil yang ditulis dalam diari telah berjaya direalisasikan dan menjadi kenyataan.

Seperti perkongsian lelaki ini Amir Faisal M Khairi terbaca diari isterinya Munazieraa Ab Aziz sehari lepas nikah yang memasang impian untuk tinggal di sebuah rumah banglo di atas bukit yang menghadap tasik.

17 July 2010..

Sehari selepas saya akad nikah, saya terbaca diari zaman kanak2 isteri saya…ditulis masa umur 11 tahun pada 1997..

Diari tu bertulis:

Rumah impian saya…

– bungalow
– 3 tingkat
– atas bukit
– menghadap tasik

saya hanya tersenyum..masa tu, saya masih student, harta saya ada cuma basikal..

saya tutup diari itu..tapi saya tak pernah lupa..

24 Oct 2019…

It tooks me 9 years of hard work..

alhamdulillah..rezeki kami, inilah rumah kami untuk membesarkan anak2..

Jika ditanya saya, apa impian saya..

hanya 1..

iaitu untuk memenuhi impian Munazieraa Ab Aziz

Impian yang ditulis ketika ketika zaman kanak-kanak isterinya itu disempurnakan oleh suami tersayang dengan menghadiahkan sebuah rumah banglo seperti yang digambarkan dalam diarinya.

Rata-rata netizen yang membaca turut gembira dengan perkongsian ini di laman sosial facebooknya. Masing-masing mendoakan pasangan ini akan kekal bahagia till jannah.

Tidak kurang juga yang turut tag nama pasangan masing-masing dan mahukan impian mereka juga terlaksana seperti pasangan ini.

ZuraRahim Henna Wow betuahnyaaaaa isteri
Sri Juhari Alhamdulillah, rezeki
Ana LyanaMior Mohd Azli salah seorang contoh dpt capai impian lepas tulis impian dia hehehe
Nur Zakiah Nor HalimAlhamdulillah… Rezeki keluarga…
Anne LyraAlhamdulillah… bertuah badan…
Noor Liza Abu HasanBtuahnya dpt suami mcm tuan memenuhi impian sorg isteri..tahniah tuan..