Suatu ketika dulu, waktu zaman tiada telefon pintar atau gajet lain, diari menjadi teman paling setia. Pada diari inilah kita menulis apa sahaja aktiviti atau curahan hati yang terlintas ketika itu. Diari seolah-olah menjadi peneman tidur yang paling nyaman sekali.
Siapa sangka, impian sejak kecil yang ditulis dalam diari telah berjaya direalisasikan dan menjadi kenyataan.
Seperti perkongsian lelaki ini Amir Faisal M Khairi terbaca diari isterinya Munazieraa Ab Aziz sehari lepas nikah yang memasang impian untuk tinggal di sebuah rumah banglo di atas bukit yang menghadap tasik.
Impian yang ditulis ketika ketika zaman kanak-kanak isterinya itu disempurnakan oleh suami tersayang dengan menghadiahkan sebuah rumah banglo seperti yang digambarkan dalam diarinya.
Rata-rata netizen yang membaca turut gembira dengan perkongsian ini di laman sosial facebooknya. Masing-masing mendoakan pasangan ini akan kekal bahagia till jannah.
Tidak kurang juga yang turut tag nama pasangan masing-masing dan mahukan impian mereka juga terlaksana seperti pasangan ini.