Selalunya kita hanya membaca surah Al-Fatihah dipermulaan solat ataupun untuk dihadiahkah kepada mereka yang sudah meninggal dunia.
Pernah atau tidak terfikir untuk sedekahkan surah pembuka ini kepada diri sendiri. Jika belum lakukannya hari ini kerana Al-Fatihah merupakan makanan yang baik untuk roh kita, selain bacaan zikir.
Malah ia adalah hadiah terbaik untuk Rohani kita. Ada cara untuk mengamalkannya iaitu sebaik setiap pagi apabila bangun dari tidur.
Al-FATIHAH untuk DIRI SENDIRI
Pernahkah anda menghadiahkan Al-Fatihah untuk DIRI anda sendiri…?
Jika belum, lakukanlah mulai hari ini karena ini adalah makanan yang baik bagi ROH kita, iaitu zikir-zikir dan Al-Fatihah. Ia adalah sebaik² hadiah untuk Ruhani kita.
CARA MENGAMALKANNYA :
Setiap pagi apabila kita bangun dari tidur…
1. “Beri salam” pada diri sendiri dahulu
2. Lalu panggil nama PENUH kita dengan lembut 3 kali
3. kemudian sentuh dada kiri kita ( jantung ) sambil mengucapkan :
” ALHAMDULILLAH “
4. Kemudian katakanlah :
Aku hadiahkan Al-Fatihah ini untuk diriKu sendiri, lahir dan batinku, Yaa Allah jagalah hamba-Mu ini, lindungi hamba-Mu, Jadikanlah hamba Penjemput rezeki Allah yang berlimpahan seperti air sungai yang mengalir tiada hentinya..
Aamiin Ya Allah.
Lalu baca surah” Al-Fatihah 1x.
Lakukan sekarang kerana mungkin sudah lama atau tidak pernah anda menghadiahkan Al-Fatihah pada diri sendiri, lakukan sekarang dan nikmatilah RASAnya…
Rasulullah S.A.W bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” – (HR. Al-Bukhari)
Aamiin ya Rabbal’alamin
Saya doakan semua yang ngebagikan 2 grup dan mengaminkan doa ini, di beri rezeki melimpah 7 turunan dan diundang segera oleh Allah menunaikah Haji dan Umroh dengan cara2Nya.
Aamiin….
Yng bilang aamiin semoga panjang umur Aamiin
Ucapan adalah doa
Semoga bermanfaat dunia akhirat… Aamiin.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Sebelum Tidur, Suami Isteri Kena Luah Perasaan ‘Tak Puas Hati’ Supaya Tiada Dendam Disimpan Dalam Hati
Komunikasi positif merupakan asas utama dalam sebuah perkahwinan yang teguh.
Apabila suami isteri gagal berkomunikasi dengan baik maka perjalanan sesebuah rumah tangga itu akan terganggu.
Perkahwinan menuntut persefahaman dan jalinan komunikasi yang berkesan antara kedua-dua pasangan.
Walau bagaimanapun hari ini suami isteri sentiasa sibuk dengan tugas harian. Natijahnya komunikasi antara suami isteri menjadi hambar gara-gara masing-masing tiada masa untuk berbicara.
Berikut perkongsian Akhtar Syamir
PILLOW TALK. PERNAH DENGAR TAK?
Saya pertama kali alami sendiri semasa masih kecil lagi. Saya masih ingat arwah Ayah saya dan Umi saya ber Pillow Talk hampir setiap malam sebelum tidur.
Mereka akan berbincang serta berbicara mengenai anak-anak, tempat kerja dan perkara antara mereka berdua. Walaupun sewaktu itu saya kecil lagi, tapi saya masih ingat tentang keadaannya.
Ada kalanya mengenai kerisauan pasal saya dan abang-abang saya. Perangai kami, apa yang kami telah buat, impian-impian dan angan-angan mereka terhadap kami dan lain-lain lagi.
BINCANG CARA SANTAI TAPI PADAT
Masa itu saya tak faham. Kenapa Dad dan Umi ni bercakap dalam gelap? Hari ini, semasa saya terdetik untuk menulis mengenai hal ini barulah saya teringat dan faham apa yang mereka pernah lakukan dahulu.
Pillow Talk ini adalah perbincangan kecil, bebas, ringkas, santai, adakalanya menjadi berat, adakalanya menjadi panjang, tetapi selalunya ringkas santai dan padat.
Di mana? Seperti namanya, pillow yang ertinya bantal, sudah semestinya di katil.
Bila? Selalunya sebelum tidur. Apabila aktiviti atau apa yang telah berlaku seharian terhenti dan kita hampir untuk memulakan hari baru selepas selesainya tidur nanti.
APA YANG DIBINCANGKAN? BOLEH BERBICARA APA SAHAJA. CONTOHNYA:
➡️ Mengenai anak-anak. Masalah dan penyelesaian.
➡️ Mengenai kerja. Luahan, kebimbangan, kegembiraan atau sekadar bercerita.
➡️ Perhubungan. Masalah, motivasi, penghargaan, cinta. Perkara yang mengingatkan mengenai pasangan.
➡️ Borak kosong. Angan-angan, lawak, cita-cita.
➡️ Permintaan atau peringatan mengenai sesuatu perkara yang perlu dilakukan.
➡️ Sesuai juga digunakan untuk memujuk atau menyatakan harapan.
Kadang-kala, Pillow Talk juga bagus untuk bertanya apa-apa kerana keadaan masa itu yang selesa dan tenang. Contohnya :-
▶️ Soalan tentang pakaian yang pasangan suka lihat kita pakai. Tudung ke, baju ke, pakaian di luar atau di rumah ke?
▶️ Soalan mengenai kekurangan diri yang boleh diperbaiki.
▶️ Soalan mengenai benda yang disukai atau tidak disukai.
▶️ Soalan tentang masa depan keluarga atau kerjaya.
Kenapa Pillow Talk ini penting?
1. Mengakhiri hari dengan tenang dan baik
2. Menjadikan perhubungan lebih terbuka.
3. Memperbaiki komunikasi sesama pasangan. Keadaan yang gelap membantu untuk lebih terbuka.
4. Menambah kemesraan sesama suami isteri.
5. Mengurangkan tekanan.
6. Menambah kepercayaan dengan pasangan.
7. Mendalami hati pasangan. Kadang-kala pasangan malu untuk cakap atau berterus- terang semasa keadaan terang benderang.
Bagaimana untuk mula buat Pillow Talk jika tak pernah buat sebelum ini? Mudah sahaja. Setkan dalam minda yang Pillow Talk ini santai sahaja. Jangan ada tekanan.
↪ Baring bersama di katil atau tilam.
↪ Sangat sesuai jika dalam posisi “cuddle”. Lebih mesra
.
↪ Selalunya dilakukan sebelum tidur. Jangan tunggu sampai terlalu mengantuk. Nanti cakap sorang-sorang pulak.
↪ Bercakap sambil membelai atau memeluk pasangan amat digalakkan.
↪ Pejamkan mata dan berbicara dari hati.
↪ Buat semasa anak dah tidur. Kalau tidak diorang akan dengar. Macam saya dulu. Hahaha..
Semoga tajuk kali ini memberi manfaat untuk meningkatkan keharmonian rumah tangga.
Kongsilah supaya lebih banyak keluarga yang mengamalkan Pillow Talk ini.
Sumber Kredit: Akhtar Syamir
VIDEO KASHOORGA:
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Pelukis Ini Sengaja ‘Cacatkan’ Bahagian Mata, Guna Konsep Patuh Syariah Elak Tanggung Dosa Dipuja
Namanya mula jadi tular apabila melukis mural gergasi memaparkan seorang lelaki dikenali sebagai Uncle Roti yang pada dinding sebuah bangunan di balik Pulau, Pulau Pinang.
Tidak seperti orang lain, pelukis muda, Mohd Amir Andhar Abu Samah, 26 tahun, ini nyata mempunyai trademark tertentu untuk menghasilkan lukisan bermutu tinggi.
Jika pelukis lain akan menghasilkan lukisan yang sempurna tetapi tidak baginya. Setiap lukisan dihasilkan terdapat sedikit ‘kecacatan’ di bahagian mata potret dihasilkan dan ia mempunyai maksud tersendiri.
Dalam artikel di Mstar, Mohd Amir memberitahu dia berbuat demikian kerana ingin mematuhi syariah Islam yang melarang lukisan potret seakan-akan hidup.
Kata Andharas, kesemua hasil kerjanya yang berdasarkan figura adalah begitu kerana sebagai orang Islam dia bimbang hasil seninya itu menjadi pujaan sehingga jatuh kepada dosa.
“Mana-mana pun saya akan buat begitu… Saya akan cacatkan sedikit bahagian mata kerana itulah yang akan membuatkan lukisan nampak hidup.
“Seboleh-bolehnya dalam berkarya juga saya mahu mengikut seni di dalam Islam itu kerana tidak mahu apa dilakukan jatuh sebagai dosa,” ujarnya yang berasal dari Melaka.
Dia yang minat melukis dari kecil dan kemudiannya penyambung pengajian bidang Seni Halus di UiTM Alor Gajah Melaka. Minatnya melukis itu diwarisi daripada bapanya yang juga pemilik bengkel cat kereta.
Karya terbaru Amir atau dikenali dengan nama Andharas adalah lukisan potret pemain bola sepak legenda, Datuk Hassan Sani di dinding Terminal Feri Antarabangsa Labuan.
SUMBER: FACEBOOK MOHD AMIR
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
LGBT Isu Sepanjang Zaman, Seakan Tidak Pernah Ada Jalan Kesudahan
Masyarakat yang beriman dan berbudaya tinggi dapat menilai budaya yang harus diikuti dan sesuai dengan syariat. Tetapi bagi masyarakat yang tidak cukup ilmu keagamaannya dan lemah pula keimanannya, budaya songsang terus menjadi ikutan lebih-lebih lagi banyak prasarana yang disediakan.
Antara budaya songsang yang menjadi ikutan umat Islam, khususnya remaja ialah budaya lelaki menyerupai perempuan dan sebaliknya. lni adalah kerana tersebarnya fahaman unisex, iaitu satu kefahaman yang tidak menyediakan pemisah antara yang lelaki dan yang perempuan. Sehubungan itu, sekarang ini wujud pula golongan anak-anak gadis yang membedung payu daranya, memakai pakaian lelaki, malah ada pula yang sanggup melakukan apa sahaja.
Begitu juga bagi golongan lelaki yang sudah mula berpakaian perempuan (lakonan dalam sitkom) membentuk buah dada dan menyuntik silikon, walaupun memerlukan perbelanjaan yang besar. Walaupun kes-kes ini jarang kedengaran, tetapi ianya memberikan impak yang besar kerana ia bukan sekadar satu kisah, tetapi sedikit sebanyak telah mendorong pembinaan pemikiran hingga mengharuskannya dan menjadikannya satu hak asasi pula.
Dr. Abdullah Nasih ‘Ulwan dalam buku beliau menyebut bahawa: “Pemuda-pemudi kita telah dilanda gelombang penyerupaan dan ikutan membabi buta. Justeru, semestinya tanggungjawab terhadap pendidik merawat penyakit ini dengan cara yang baik.” Tanpa berprasangka, inilah antara dakyah musuh-musuh Islam untuk merosakkan kemuliaan umat Islam itu sendiri.
lsu yang berlaku pada masa kini berkenaan dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan rayuan kes lelaki berpakaian wanita telah menjadi perbincangan hangat di kalangan pengamal undang-undang dan cerdik pandai di Malaysia ini.
Dengan menginsafi apa yang dinyatakan oleh mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad: “Apabila hukum syara’ diukur dengan nilai liberal, hak asasi ala-Barat dan apabila hukum syara’ boleh dicabar atas alasan ia tidak munasabah kepada seseorang hakim, termasuk yang bukan Islam, maka hukum syara’ akan sentiasa terdedah kepada kemungkinan diisytiharkan sebagai tidak sah.”
Penyakit GID
Gender Identity Disorder (GID) atau Gangguan Identiti Jantina ialah keadaan seseorang merasakan bahawa dia adalah seorang lelaki atau wanita, di mana terjadi konflik antara anatomi jantina seseorang dengan identiti jantinanya. Keadaan kesihatan ini mencirikan individu yang ingin menjadi atau menegaskan bahawa mereka adalah anggota jantina yang berlawanan. Gejala gangguan identiti jantina boleh berlaku seawall usia kanak-kanak 2 hingga 4 tahun.
Bagi individu yang dilahirkan sebagai lelaki, pengenalan silang jantina dimanifestasikan oleh keasyikan dengan permainan, pakaian dan aktiviti-aktiviti yang bersifat wanita. Manakala bagi individu perempuan, mereka mengenal pasti dengan jantina yang bertentangan melalui keasyikan terhadap role-play, impian dan fantasi.
GID adalah penyakit mental dan tidak ada kena kaitannya dengan golongan transgender. Golongan transgender kebanyakannya terkait dengan tindak-tanduk dan juga penampilan yang mereka bawakan. Kecenderungan peribadi seseorang untuk berperwatakan dan perilaku jantina berlainan tidak boleh dikatakan seseorang itu dikatakan menghidap GID.
Apakah GID Boleh Dirawat?
Gangguan identity jantina dikatakan hanya boleh dirawat dengan terapi hormone dan pembedahan untuk membantu fizikal individu menyerupai jantina yang diingini. Langkah-langkah ini secara umumnya diambil hanya selepas ujian dan penilaian yang ketat.
Sebenarnya kecelaruan identiti mula tersebar pada segelintir masyarakat masa kini merupakan isu yang perlu diberi perhatian dan hendaklah ditangani dengan bijaksana. Isu pemulihan mereka boleh dilaksanakan dan kebolehan untuk berjaya dengan berkesan adalah tinggi. Ini kerana telah terbukti lebih 3,000 ribu individu transgender terdiri daripada mak nyah, lesbian, gay dan biseksual berjaya dibimbing ke pangkal jalan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan
Setelah meneliti pelbagai isu dan juga pendapat para ulama dan cendiakawan serta pengamal undang-undang, kami berpendapat seperti berikut:
*Perlunya rayuan dibuat dan kesungguhan dari semua pihak untuk mendaulatkan hukum dan fatwa yang telah diputuskan sementelahan lagi ianya berdasarkan nas syarak yang sarih lagi nyata. Alhamdulillah, tahniah kepada badan-badan yang terlibat hingga mampu mempertahankan Islam.
*Memuliakan syara’ dan mematuhinya hendaklah mengatasi segala-galanya. Ia sekali-kali tidak boleh dihukum kepada hukum syara’ kerana ia datang daripada Rabb al-‘Alamin.
*Islam telah menetapkan bahawa lelaki hendaklah menjadi lelaki begitu juga perempuan hendaklah menjadi perempuan mengikut sunnatullah yang telah ditetapkan. Hikmah Allah dalam penciptaan sudah pasti membawa pelbagai rahmat dan rahsia-Nya kepada makhluk seperti manusia.
*Beralasan dengan penyakit tertentu tidaklah boleh diterima dengan begitu mudah apatah lagi ia merupakan kesongsangan jiwa dan watak yang sepatutnya dihalang untuk menjadi golongan yang ketiga dalam masyarakat.
*Kami berharap agar rasa takut kepada Allah dan perasaan dalam hati untuk mentaati perintah Allah SWT dengan sami’na wa ata’na (kami dengar dan kami taat) hendaklah sentiasa terpahat di dalam sanubari setiap umat Islam.
*Hukum bukanlah diasaskan kepada logik akal semata-mata atau merasakan sebagai kebebasan hak setiap manusia tetapi dalam Islam hendaklah berpandukan wahyu Ilahi dan hadyun nabawi (petunjuk nabi). Inilah yang mesti difahami oleh umat Islam.
*Jangan sesekali mencabar fatwa yang diputuskan oleh para ulama kerana mereka bukan mengeluarkan hukum sesuka hati mereka dan juga mahu kepada pengaruh atau harta benda dunia tetapi fatwa yang diberikan mempunyai asas sandaran dan sumber yang muktamad daripada Al-Quran, al-Sunnah, qiyas dan juga ijma’.
*Menghormati para ulama adalah salah satu daripada ciri muslim dan mukmin yang baik. Kalaulah kita tidak menghormati ulama maka siapa lagi yang patut kita hormati.
Semoga kenyataan ini menjadikan kita bermuhasabah sebagai seorang mukmin yang taat dan patuh kepada perintah Allah. Marilah sama-sama kita mencari mardhatillah.
Sumber kredit: Mufti Wilayah Persekutuan. Sahibus Samahah Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
*****************************************************************************************************************
Untuk kupasan lanjut tentang topik ini, jangan lupa untuk menonton episod ke lapan Kashoorga Talk bersama @radin_era mengupas topik hangat, “LGBT: Drama Pondan di Media Sosial?” bersama @PUAzman dan @harryzulkifli.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI