Masih lagi terbayang kemeriahan ‘wedding of the year’ Mira Filzah dan suaminya Wan Emir Astar bulan lalu.
Dan kini keduanya sudah hampir sebulan lebih melayari kehidupan sebagai pasangan suami isteri dengan melakukan pelbagai aktiviti bersama dalam mengukuhkan ikhwah seperti sembahyang berjemaah.
Dalam perkongsian di laman Instagram Wan Emir memberitahu bahawa dengan melakukan solat berjemaah dan membaca Al-Quran bersama paşangan adalah cara terbaik menyatakan kesyukuran atas sebuah perkahwinan.
Menurutnya dia dan isteri memilih melakukan ibadah berkenaan bersama-sama sebagai membayar ‘hutang budi’ kepada Maha Pencipta.
“Sekiranya seorang suami dan isteri bersyukur kepada Yang Maha Kuasa selama-lamanya kerana membuka jalan untuk mereka bernikah serta menyusuri lorong perkahwinan, mengapa mereka tidak terus bersyukur kepada-Nya bersama sepanjang hidup mereka?
IKLAN
“Bagi saya dan isteri, solat berjemaah dan tadarus (membaca Al-Quran bersama-sama) adalah cara untuk menyatakan rasa hutang abadi ini dan penghargaan yang tidak dapat dilukiskan kepada-Nya atas segala yang diberkati-Nya.
“Walaupun dia (Mira) letih atau mengantuk, dia tetap berada di sisiku, bersandar pada saya, menemani saya membaca al-Quran… berkati dia Ya Rabb,” katanya.
Menurutnya lagi dia selalunya akan mengajak pasangannya melakukan rutin amalan ini sehari sekali sebagai tanda penghargaan atas segala rahmat dikurniakan Tuhan.
IKLAN
“Tidak salah melakukan ibadah wajib misalnya solat fardu bersendirian. (Namun) sekiranya suami dan isteri dapat menjalankan tugas-tugas rumah di dalam atau di luar bersama-sama, pasti 5 hingga 10 minit (juga) boleh diluangkan untuk berterima kasih kepada-Nya.
“Dan sekiranya kita memohon kepada Allah untuk mengurniakan insan yang terbaik, tak bolehkah kita memberikan yang terbaik kepada Tuhan selepas Dia mengurniakan apa yang diminta.
IKLAN
“Setiap langkah, bersama-sama, lebih-lebih lagi ketika bertemu Pencipta kita. Lagi pun, tidakkah kita mahu berakhir di tempat rehat yang sama dengan pasangan jiwa kita, kemudian di akhirat?” ujarnya lagi dalam media sosialnya itu.
Ramai pihak turut turun membantu barisan pejuang hadapan atau frontliner kita dalam usaha menentang wabak penularan virus COVID-19 ini.
Jika bukan dari segi wang ringgit atau tenaga, ada sumbangan lain yang boleh diberikan kepada mereka yang dikatakan bekerja siang malam untuk kita.
Dalam ha ini pereka fesyen terkenal, Datuk Radzuan Radziwill mengambil inisiatif memulakan projak amal menjahit pakaian perlindungan diri (PPE) untuk kegunaan jururawat serta petugas barisan hadapan di hospital.
Menurut beliau usaha ini perasaan simpati melihat petugas hospital yang terpaksa menjahit PPE mereka sendiri berikutan keperluan sedia ada tidak mencukupi sedangkan mereka bergelut tanggungjawab merawat dan menyelamatkan pesakit.
Tambah Radzuan lagi,setiap hari beliau mampu menyiapkan 50 pasang jubah luar PPE sejak memulakan projek itu sejurus Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dengan bantuan rakan seorang doktor yang bertugas di Hospital Serdang.
“Rakan saya memberi maklumat mengenai ukuran, material dan maklumat pembekal. Sehingga kini, lebih 200 pasang sudah disiapkan dan saya mahu menghasilkan 1,000 atau 2,000 pasang jubah luar, topi dan tudung untuk diberikan kepada petugas yang memerlukan.
“Saya juga berharap rakan (pereka fesyen) lain atau sesiapa saja dapat membantu menjahit PPE ini kerana saya difahamkan setiap hari di Hospital Serdang dan Hospital Sungai Buloh mereka memerlukan 400 helai berikutan ia adalah pakai buang,” katanya kepada Berita Harian.
Beliau yang sebelum ini banyak menghasilkan rekaan untuk golongan kenamaan dan songket untuk pemimpin dunia berkata sudah membelikan tiga gulung kain yang mempunyai kira-kira 3,000 meter material non-woven untuk díjait menjadi PPE.
“Material ini sama jenis yang digunakan petugas hospital iaitu bahan kalis air, seperti kertas dan plastik. Jadi setiap hari saya berhasil menyiapkan 50 pasang dengan jubah dibuat dalam pelbagai saiz dari S hingga XL.
“Sayu melihat jururawat yang terpaksa menjahit sendiri sedangkan mereka tidak cukup rehat, kepenatan dan tugas itu bukan sepatutnya mereka lakukan.
“Jadi apa salahnya, saya guna kemahiran dan kepakaran yang ada dalam membantu mereka,” katanya lagi yang turut berharap agar lebih ramai pereka dan tukang jahit dapat sama-sama melakukan projek ini sekaligus memberikan sumbangan untuk petugas barisan hadapan memandangkan bekalan untuk memperoleh PPE tidak mencukupi.
Sebentar tadi kita telah mendengar perutusan khas yang dari Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai perkembangan terbaru COVID-19 yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen.
Dalam ucapannya, PM mengucapkan terima kasih semua pihak yang mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18 Mac lalu.
Begitu juga dengan semua petugas terutama barisan hadapan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertungkus-lumus bekerja tanpa henti.
Dan bagi memastikan rakyat semua selamat dari ancaman wabak penyakit yang masih sukar dicari penawarnya, PM menambah PKP selama dua minggu lagi hingga 14 April 2020 ini.
Banyak pesanan yang disampaikan dan paling membuatkan rakyat Malaysia sebak apabila di akhir ucapan beliau menitipkan doa bagi memohon perlindungan negara daripada wabak koronavirus (Covid-19).
Semasa memimpin bacaan doa itu, Muhyiddin memulakannya dengan surah al-Fatihah disusuli doa memohon kepada ALLAH SWT agar mengampuni dosa umat manusia serta melindungi mereka daripada penyakit dan wabak berbahaya.
“Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim. Engkau ampunilah dosa-dosa kami. Engkau rahmatilah diri kami, keluarga kami dan negara kami. Engkau lindungilah hamba-hambaMU yang kerdil ini dari segala musibah. Va. Engkau hindarilah kami dari bala yang berat dan takdir yang buruk.
“Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim. Engkau berilah kekuatan, kecekalan dan kesabaran kepada kami untuk menghadapi dugaanMU yang berat ini. Engkau tiupkanlah ketenangan dalam jiwa kami. Sesungguhnya setiap dugaan yang Engkau turunkan kepada kami, Ya ALLAH, tiadalah ia melainkan untuk meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kami kepadaMU,” kata Muhyiddin dalam doanya.
Perdana Menteri turut berdoa memohon agar ALLAH SWT memberi kesembuhan kepada mereka yang dijangkiti wabak Covid-19 sambil memuji kekuasaan ALLAH SWT terhadap hambaNYA.
“Ya ALLAH Ya Rahman Ya Syaafi. Engkau berilah kesembuhan kepada saudara-saudara kami yang dijangkiti wabak koronavirus walau di mana sahaja mereka berada. Sesungguhnya, tiada penyakit yang tidak dapat Engkau sembuhkan Ya ALLAH.
“Tiada mara bahaya yang tidak dapat Engkau jauhinya dari kami Ya ALLAH. Kami bermohon kepadaMU Ya ALLAH Lindungilah kami. Selamatkanlah kami. Sejahterakanlah hidup kami,” kata Muhyddin dalam doa beliau.
Perdana Menteri kemudian mengakhiri doa dan Perutusan Khas itu dengan sebaris doa pelindung yang bermaksud:
“Dengan nama ALLAH yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi atau di langit. Dan, Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Selepas lima minit saksi anak mengucap dua kalimah syahadah, ibu ikut sekali peluk Islam. Benarlah hidayah milik Allah, pada mulanya ibu ini hanya menemani anaknya untuk mengucap dua kalimah syahadah.
Akhirnya tanpa disangka ibu ini turut mengambil keputusan untuk memeluk Islam mengikuti jejak langkah anaknya. Alhamdulillah syukur kepada Allah.
Keindahan dua kalimah syahadah dilafaz anak perempuannya mendorong seorang wanita memeluk Islam dan bersama-sama mendalami agama syumul itu.
Wanita yang memilih nama Nurul Hidayah Kerashnan berusia 53 tahun itu mengucap lafaz suci lima minit selepas menyaksikan pengislaman anaknya, Nur Shazrin Aisyah Abdullah, 20.
Sebelum itu, dia berkunjung ke Ibu Pejabat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan di Jalan Sultan Azlan Shah, di sini untuk menemani Nur Shazrin.
Saksi Anak Mengucap
Kisah dua beranak itu tular selepas video mereka dikongsi di Facebook (FB) dan TikTok Perkim Kebangsaan serta turut menerima ribuan komen positif serta sokongan orang ramai.
Berdasarkan kenyataan di FB Perkim Kebangsaan, dua beranak itu sanggup berjalan dua kilometer (km) dari rumah mereka di Titiwangsa ke Ibu Pejabat Perkim demi Nur Shazrin Aisyah memeluk Islam.
@perkimkebangsaan IBU IKUTI JEJAK ANAK LEPAS 5 MINIT PELUK ISLAM 🎥: SRZ KUALA LUMPUR, 7 OGOS 2023 – Seorang ibu berbangsa India telah menemani anaknya, Nur Shazrin Aisyah Abdullah, 20, ke Ibu Pejabat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan di Jalan Sultan Azlan Shah dekat sini setelah sekian lama menyimpan hasrat untuk memeluk agama Islam. Demi memenuhi impian anaknya, beliau bersama anak perempuannya berjalan kaki dari rumahnya sejauh 2 kilometer dari Titiwangsa ke Ibu Pejabat PERKIM. Bergenang air mata yang dikesat oleh Shazrin selepas melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan Pegawai Unit Pembangunan Insan dan Operasi, Ustaz Sulaiman Ding Yu Zhong dan disaksikan oleh ibu kandungnya berbangsa India. Menurut Shazrin, ini merupakan saat bahagia yang dinanti-nantikan olehnya sejak sekian lama dan beliau berhasrat untuk mempelajari Islam dengan lebih mendalam seperti solat, mengenali Allah SWT dan Rasulullah SAW. Kata Shazrin, perasaan untuk memeluk Islam itu telah wujud sejak beliau berpindah ke sekolah di Pahang ketika usia 12 tahun di mana beliau merupakan seorang sahaja pelajar bukan Islam di kelasnya. Setelah mengikuti ceramah agama di surau tanpa dipaksa disebabkan tiada kelas pendidikan moral, beliau terdetik di dalam hatinya untuk mengenal Islam. Perasaan yang mendalam kepada Islam itu hadir sekali lagi ketika usia Shazrin atau nama asalnya Sugasini menjangkau 18 tahun selepas beliau bermimpi bertemu dengan wanita berpakaian putih dan memberikan salam kepadanya. Sulaiman Ding turut memberi penerangan mengenai Rukun Iman, Rukun Islam dan kewajipan sebagai seorang Islam kepada Shazrin. Shazrin juga diberi penerangan mengenai tanggungjawab terhadap keluarga bukan Islam serta larangan menyembah selain Allah dan larangan membuat perkara yang ditegah dalam Islam. Sedang Shazrin melengkapkan butir-butir pengislaman sekitar lima minit, ibu Shazrin yang lengkap berpakaian tradisional India itu turut menyatakan hasrat untuk mengikuti jejak anaknya untuk memeluk Islam. Selepas mengikrarkan dua kalimah syahadah dalam Bahasa Arab diikuti dalam Bahasa Inggeris, ibu Shazrin memilih nama Nurul Hidayah Kerashnan kerana Allah SWT telah memberikannya hidayah menjadi seorang Islam. Menurut Nurul Hidayah, sudah menjadi kebiasaan buat dirinya menyesuaikan diri dalam cara kehidupan Islam kerana tiga orang anaknya sebelum ini telah memeluk Islam. Beliau sebelum ini telah mengamalkan dan mempraktikkan perkara haram dan halal dalam Islam. Katanya, di atas berkat doa anak-anak dan rakan-rakan Muslimnya, hari ini beliau telah menjadi seorang Islam. Nurul Hidayah yang juga merupakan seorang chef makanan barat berhasrat untuk belajar dan mendalami Islam bersama anaknya Shazrin di Kelas Pengajian Islam PERKIM Kebangsaan. Di akhir majlis pengislaman, Sulaiman Ding menyampaikan kit pengislaman dan al-Quran Edisi Khas Saudara Baharu kepada Shazrin dan Nurul Hidayah. #pelukislam#masukislam#mualaf#saudarabaru#perkim#perkimkebangsaan#hidayah#hijrah#quotes#quotesdaily#quotesoftheday#quotesislami#islamicquotes#status#fyp#fypシ#fypシ゚viral#foryou#foryourpage♬ Laailaahaillallah (Cover) – BEBIRAIRA CHANNEL
Gadis itu melafazkan syahadah di hadapan Pegawai Unit Pembangunan Insan dan Operasi Perkim, Ustaz Sulaiman Ding Yu Zhong dan disaksikan ibu kandungnya.
Dua Kalimah Syahadah
“Ketika Shazrin atau nama asalnya Sugasini melengkapkan butir pengislaman, lima minit kemudian, ibunya menyatakan hasrat mengikuti jejak anaknya memeluk Islam.
“Selepas mengikrarkan dua kalimah syahadah dalam bahasa Arab diikuti dalam bahasa Inggeris, ibu Shazrin memilih nama Nurul Hidayah Kerashnan kerana Allah SWT sudah memberi hidayah menjadi seorang Islam,” katanya.
Berdasarkan perkongsian itu, Nurul Hidayah memaklumkan sudah biasa menyesuaikan diri dalam kehidupan seorang Muslim kerana tiga anaknya sudah memeluk Islam sebelum ini, sekali gus keluarga mereka mempraktikkan aspek halal haram dalam Islam.
“Saya mula kenal Islam ketika berusia 12 tahun selepas berpindah ke sebuah sekolah yang mana ketika itu hanya saya pelajar bukan Islam,” katanya.
Ibu Ikut Sekali Peluk Islam
Dia juga pernah mengikuti ceramah di surau sekolah tanpa paksaan dan mengakui menerima hidayah ketika berusia 18 tahun selepas bermimpi seorang wanita memberi salam.
“Saya dapat hidayah (ketika itu) tidur, macam mamai terjaga. Tiba-tiba macam dapat mimpi ada seorang perempuan (berpakaian) putih ketuk pintu, dia bagi salam,” katanya.
Shazrin juga terkejut apabila ibunya meluah hasrat memeluk Islam kerana tidak menyangka wanita itu mahu menukar agama.
Ketika Ramadan yang lalu ramai yang begitu bersemangat untuk melakukan ibadah namun bila masuk Syawal semuanya hilang.
Semuanya menjadi lesu tambah lagi masing-masing sibuk dengan...