Lepas Kahwin Lakukan Rutin Solat Berjemaah, Tadarus Bersama, Tanda Syukur Mira Filzah & Suami Pada Allah

Share

Masih lagi terbayang kemeriahan ‘wedding of the year’ Mira Filzah dan suaminya Wan Emir Astar bulan lalu.

Dan kini keduanya sudah hampir sebulan lebih melayari kehidupan sebagai pasangan suami isteri dengan melakukan pelbagai aktiviti bersama dalam mengukuhkan ikhwah  seperti sembahyang berjemaah.

Artikel Berkaitan: Pasangan Pengantin Paling Manis & Santun, Mira Filzah Sah Bergelar Isteri Emir Hanya Dengan Sekali Lafaz!

Dalam perkongsian di laman Instagram Wan Emir memberitahu bahawa dengan melakukan solat berjemaah dan membaca Al-Quran bersama paşangan adalah cara terbaik menyatakan kesyukuran atas sebuah perkahwinan.

Menurutnya dia dan isteri memilih melakukan ibadah berkenaan bersama-sama sebagai membayar ‘hutang budi’ kepada Maha Pencipta.

“Sekiranya seorang suami dan isteri bersyukur kepada Yang Maha Kuasa selama-lamanya kerana membuka jalan untuk mereka bernikah serta menyusuri lorong perkahwinan, mengapa mereka tidak terus bersyukur kepada-Nya bersama sepanjang hidup mereka?

“Bagi saya dan isteri, solat berjemaah dan tadarus (membaca Al-Quran bersama-sama) adalah cara untuk menyatakan rasa hutang abadi ini dan penghargaan yang tidak dapat dilukiskan kepada-Nya atas segala yang diberkati-Nya.

“Walaupun dia (Mira) letih atau mengantuk, dia tetap berada di sisiku, bersandar pada saya, menemani saya membaca al-Quran… berkati dia Ya Rabb,” katanya.

Menurutnya lagi dia selalunya akan mengajak pasangannya melakukan rutin amalan ini sehari sekali sebagai tanda penghargaan atas segala rahmat dikurniakan Tuhan.

“Tidak salah melakukan ibadah wajib misalnya solat fardu bersendirian. (Namun) sekiranya suami dan isteri dapat menjalankan tugas-tugas rumah di dalam atau di luar bersama-sama, pasti 5 hingga 10 minit (juga) boleh diluangkan untuk berterima kasih kepada-Nya.

Artikel Berkaitan: Solat Berjemaah, Rahsia Kekal Bahagia Ustaz Don & Dr Husna Sepanjang 8 Tahun Berkahwin

“Dan sekiranya kita memohon kepada Allah untuk mengurniakan insan yang terbaik, tak bolehkah kita memberikan yang terbaik kepada Tuhan selepas Dia mengurniakan apa yang diminta.

“Setiap langkah, bersama-sama, lebih-lebih lagi ketika bertemu Pencipta kita. Lagi pun, tidakkah kita mahu berakhir di tempat rehat yang sama dengan pasangan jiwa kita, kemudian di akhirat?” ujarnya lagi dalam media sosialnya itu.

Untuk makluman, pasangan ini sah diijabkabulkan pada 3 September lalu dalam satu majlis yang dilakukan secara sederhana tetapi penuh gemilang.

Semoga hubungan pasangan sama cantik sama padan ini akan berkekalan hingga ke jannah.

Artikel Berkaitan: “Abah Bertanggungjawab” – Netizen Puji Cara Didikan Ayah Mira Filzah, Tegur Penampilan Jadi Wanita Muslimah

Kredit Foto: Instagram Wan Emir & Mira Filzah

Published by
webadmin